Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN PIDATO

Dari Nilai pergi ke Seremban,

Terus pula ke Kampung Geddes,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbak berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1


Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para
peserta serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

1
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi
ini iaitu Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017. Pada
kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-
alukan kehadiran hadirin sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa Melayu


Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017 telah
menerima sebanyak 16 penyertaan dari sekolah-sekolah di Negeri
Sembilan.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan


Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017. Sebelum pertandingan
bermula, izinkan saya membaca peraturan pertandingan.

Peraturan Pertandingan

1. Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta


wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut.
2. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian yang
telah dijalankan.

2
3. Peserta diingatkan supaya berada pada tempat masing-masing
mengikut giliran yang ditentukan.

4. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK


DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan daerah
masing-masing.

BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang


telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas


tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas
sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat
tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di
pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas
catatan, alat komunikasi dan alat eletronik.

3
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Peserta terdiri daripada murid tingkatan 4 dan tingkatan 5.


2. Peserta diberi masa TUJUH (7 minit) untuk pidato bahagian
pertama, dan EMPAT (4 minit) untuk pidato bahagian kedua.
3. Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit) sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.
4. Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi
setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
5. Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
6. Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang.
7. Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.
8. Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah /
pakaian kebangsaan.

4
9. Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-
mana peraturan di atas.

Izinkan saya memperkenalkan panel hakim pertandingan. Yang pertama


Pn/En. _________________ selaku ketua hakim, kedua En/Pn
_______________, ketiga En/Pn ___________________, keempat
En/Pn ________________________ dan kelima En/Pn
__________________________.

Penjaga masa ialah saudari/ saudara __________________.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah


Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017 dimulakan dengan pidato
Bahagian Pertama.

5
Untuk itu, majlis dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk
menyampaikan pidato beliau. Dipersilakan saudara/saudari
_____________________ dengan pidatonya yang bertajuk
___________________.

………………………………………………(tunggu sehingga pemidato


selesai)…………………………………

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk


menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan


pidatonya yang bertajuk ___________________.

…………………………………………..(ulang perkara yang sama


sehingga peserta ke-16)……………

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Pidato Bahagian Pertama. Para


peserta diminta bersedia untuk pertandingan Pidato Bahagian Kedua
iaitu pidato secara spontan. Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan
disambung semula pada jam ………………..

……………………………………………………………………………

6
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada
semua hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu pidato
Bahagian Kedua. Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 4
minit untuk menyampaikan pidatonya.

Para peserta perlu memilih tajuk dari sampul yang berada pada pihak
hakim. Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk membuat
persediaan bagi menyampaikan pidato mereka tanpa apa-apa bantuan
nota, alat tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk


memilih sampul tajuk spontan.

Dipersilakan saudara/ saudari …………………… .

………………………………………..(tunggu peserta selesai berpidato)


………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/


saudari ________________________ untuk memilih sampul tajuk
spontan. Majlis mempersilakan.

………………………………….(ulang dialog sehingga peserta ke-16)


………………………………………..

7
Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka
berakhirlah Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017. Majlis akan
berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat
permarkahan pertandingan.

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita


menjemput ketua hakim
…………………………………………………………………………
untuk menyampaikan rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato,
Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan
bagi tahun 2017.

Majlis merakamkan terima kasih.

Maka dengan ini, selesailah sudah Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa


Melayu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017

Budak-budak bermain galah,


Bermain galah di tepian gelanggang;
Ada yang menang ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan.

Dengan berakhirnya acara pidato spontan itu tadi maka berakhirlah juga
Pertandingan Pidato, Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah

8
Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2017. Saya bagi pihak majlis,
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan dan salah
silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. Terima


kasih.

Anda mungkin juga menyukai