Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA SEMINAR AMALAN TERBAIK

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA


PENDIDIKAN KHAS & PEMULIHAN KHAS 2019
BIL. PERKARA
1. Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Yang dihormati,
Ketua-ketua Sektor,
Pengawai-pegawai Pendidikan Daerah,
Pegawai-pegawai Unit Pendidikan Khas JPN Selangor,
Penolong-penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Semua Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Para Pembentang Kertas Kerja Pendidikan Khas &
Pemulihan Khas 2019
Serta semua barisan guru pendidikan khas & pemulihan
khas yang dimuliakan sekalian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
menjayakan Seminar Amalan Terbaik Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Khas & Pemulihan Khas Negeri
Selangor bagi Tahun 2019.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan
diri ke seminar ini terutamanya kepada para pembentang
kertas kerja kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu
dalam seminar ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua
peserta seminar terdiri daripada guru-guru pendidikan khas
& pemulihan khas yang hadir untuk menimba ilmu dan
berkongsi pengalaman. Sesungguhnya menuntut ilmu itu
tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga
‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga
ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
Insya Allah.
2. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang
penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh saudara ………………………………………………...

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal `alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada saudara …………………………………………
di atas bacaan doa itu tadi.

3. Sebelum saya memulakan sesi pembentangn pada hari ini,


elok kiranya, saya membacakan peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi oleh para pembentang

1. Pembentang diberikan masa sebanyak 10 minit untuk


membentangkan pembentangan kertas kerja mereka dan
tiada sesi soal jawab.
2. Apabila loceng pertama dibunyikan sekali, masa 7 minit
sudah berlalu.
3. Apabila loceng kedua dibunyikan sebanyak 2 kali, ini
bermakna masa 10 minit telah berlalu maka sesi
pembentangan sudah tamat.
4. Diharap para pembentang dapat menggunakan bahasa
yang sopan dan bertatsusila sepanjang sesi pembentangan
dijalankan.
5. Dimohon para pembentang untuk sentiasa peka dengan
giliran pembentangan masing-masing dan diminta untuk
bersedia serta berada lebih awal di meja urusetia supaya
pembentangan kertas kerja seterusnya dapat dijalankan
dengan lancar dan menjimatkan masa.
6. Semua pembentang perlu kekal berada di dewan atau
bilik-bilik pembentangan kertas kerja dari mula sehingga
akhir bagi menghormati para pembentang yang lain untuk
membentang kertas kerja mereka.
7. Sijil dan cenderamata akan disampaikan semasa majlis
perasmian penutup seminar pada esok hari. Oleh itu para
pembentang dinasihatkan untuk berada dan duduk di kerusi-
kerusi serta tempat yang telah ditetapkan oleh pihak majlis
agar majlis dapat berjalan dengan lancar.
4. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput pembentang
yang pertama bagi sesi pertama/kedua iaitu encik/puan
………………………………………………………………..
Dengan tajuk pembentangannya

……………………………………………………………….

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

Terima kasih kepada encik/puan ………………….


atas perkongsian ilmu sebentar tadi.

5. Seterusnya, saya menjemput pembentang yang kedua bagi


sesi pertama/kedua iaitu encik/puan
………………………………………………………………..
Dengan tajuk pembentangannya

……………………………………………………………….

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

Terima kasih kepada encik/puan ………………….


atas perkongsian ilmu sebentar tadi.

6. Sesi pembentangan kita semakin hampir ke kemuncaknya,


tanpa melengahkan masa, saya menjemput pembentang
yang ke-____ bagi sesi ini iaitu encik/puan
………………………………………………………………..
Dengan tajuk pembentangannya
…………………………………………………………….

Terima kasih kepada saudara/saudari ……………………


atas pembentangan yang penuh manfaat sebentar tadi.
7. Akhirnya sampai sudah kita ke pembentangan yang terakhir
bagi sesi ini, saya dengan sukacitanya menjemput
pembentang yang terakhir bagi sesi pertama/kedua iaitu
encik/puan
………………………………………………………………..
Dengan tajuk pembentangannya
………………………………………………………………..

Terima kasih kepada encik/puan ……….………………..


atas pembentangan yang padat dengan ilmu sebentar tadi.

8. Dengan ini berakhirlah sesi pembentangan kita pada


sesi pertama/kedua ini.
Saya ………………………………………………………
mewakili semua pihak urusetia menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan
sepanjang seminar ini berlangsung.

Baiklah perhatian kepada para pembentang semua, kita


akan berhenti untuk rehat selama lebih kurang 1 jam
setengah dan kita akan bersama semula di dewan/bilik ini
tepat pada jam 2 petang untuk meneruskan pembentangan
kertas kerja bagi sesi yang kedua. Harap maklum kepada
semua pembentang untuk berada di dewan/bilik-bilik
pembentangan.

Sekian, Wabilahi Taufiq Walhidayah Wassalamu Alaikum


w.b.t.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai