Anda di halaman 1dari 7

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR SKTM KUMPULAN 1976 -
1981.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan
bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat
dan bersedia untuk solat maghrib berjemaah dan akan diteruskan dengan Majlis
bacaan Yasin dan doa selamat.
- Azan
- Iqamah
- Solat Maghrib berjemaah
-
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT, kita telah bersama2 dapat menunai solat
Maghrib secara Jemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan Doa selamat
yang akan dipimpin oleh ___________________________

- Bacaan Yasin dan doa selamat.

- Azan Isyak

- Solat Isyak berjemaah

MAJLIS MAKAN MAKAN MALAM


Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam


Silaturrahim.

Yang berusaha,
Encik -----------------------------------------------
Sebagai Tuan Rumah dan Penyelaras Program MAJLIS PERTEMUAN SEMULA
BEKAS PELAJAR SKTM KUMPULAN 1976 - 1981.

Yang berusaha,
Encik -----------------
Wakil bekas pelajar
Sekolah Kebangsaan Temiang Muar
Batch 1976-1981

Yang berusaha,
Pn -------------------------------------
Admin Pertama Wasap Grp ExSKTM 69

Yang dihormati,
Ahli Jawatankuasa Program MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR
SKTM Batch 1976 - 1981.

Yang Dikasihi
Rakan-rakan seperjuangan dan semua ahli keluarga yang hadir pada hari ini.
Serta hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR SKTM


KUMPULAN 1976 – 1981. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan ke majlis ini.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis Pertemuan
Semua Bekas Pelajar SKTM Batch 1976 - 1981.

Awal bismillah menepek inai,


Inai ditepek terasa nyaman,
Mari berdoa beramai-ramai,
Supaya majlis di dalam aman.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dengan segala hormatnya di persilakan
Encik ____________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

Sidang Hadirin Yang dimuliakan,


Kalau dilipat sebesar kuku,
Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh diimbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam, sejambak kata,
Degup bicara merisik kata.

Embun menitik hamparan rumput,


Kekwa merimbun tepian melati
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Kini tiba masa yang dinantikan, Majlis dengan hormat dan sukacitanya
mempersilakan Encik Kamaruddin Bin Musa, Wakil Bekas Pelajar SKTM
KUMPULAN 1976 – 1981 untuk memberikan sepatah dua kata.

.......“UCAPAN WAKIL PELAJAR”......

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih pada Encik Kamaruddin Bin Musa
atas kesudian beliau memberikan ucapan di dalam Majlis Pertemuan Semula Bekas
Pelajar SKTM ini.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sebelum kita menjamu selera, dijemput sekali lagi Encik ________________ untuk
memimpin bacaan doa makan. Dipersilakan.

Hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Selamat Menjamu


Selera.

Sambil menikmati juadah, majlis ada menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada
tetamu yang hadir pada hari ini. Diminta En _____________________ untuk
membuat cabutan bertuah sebanyak 5 undian.

Bagi cabutan bertuah yang pertama, majlis menjemput


Encik______________________________

……… “CABUTAN BERTUAH BERLANGSUNG”…….

Terima kasih diucapkankepada


Encik/Puan _________________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pemberi hadiah-hadiah cabutan


bertuah. Semoga Allah SWT memberikan yang terbaik dan memberkati rezeki Tuan
Puan.

Majlis diteruskan dengan permainan kerusi beracun. Diminta semua anak2 yang
mengambil bahagian untuk bersedia dan mengambil tempat masing2.

........”PERMAINAN KERUSI BERACUN’.............


Majlis diteruskan semula dengan cabutan bertuah yang berikutnya. Dijemput
En ___________________ untuk menbuat cabutan bertuah.

……… “CABUTAN BERTUAH BERLANGSUNG”…….


Terima kasih kepada En ………….

Majlis seterusnya ingin menjemput En ______________________ untuk


mengumumkan pemenang bagi Teka kacang dan seterusnya menyampaikan
hadiah.

Bagi permaianan kerusi beracun Pemenang nya adalah ___________________

Seterusnya, majlis menjemput rakan-rakan untuk mengambil tempat di


____________________bagi sesi fotografi sbagai tanda kenang-kenangan.

Majlis mempersilakan.

.....................SESI FOTOGRAFI...............................................

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah MAJLIS PERTEMUAN
SEMULA BEKAS PELAJAR SKTM BATCH 1976-198. Majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada guru-guru, bekas pelajar serta hadirin dan hadirat sekalian atas
kesudian untuk bersama-sama menjayakan majlis pertemuan semula ini.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,


Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampong,
Hari esok kita bercerai.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian


majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati
memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang
Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami.

Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai