Anda di halaman 1dari 6

Masa: 12.

00pm ; Ketibaan Pengantin dan Rombongan

[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN RUMAH BERSAMA ROMBONGAN]

Para tetamu sekalian, majlis mengumumkan ketibaan rombongan pihak pengantin perempuan.

Bunga disanggul seri wajahnya


Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Majlis mengumumkan perarakan masuk pasangan pengantin diiringi pengapit, keluarga


pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan

[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]


[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]

[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]

Tanam serai berumpun-rumpun


Disiram air setiap hari
LEmah gemalai hayun tersusun
Maklumlah dipanggil raja sehari

[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN LELAKI]

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang


diucapkan ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan Faiz Fahmi b Ramli dan pasangannya
Liana Nazurah bt Ghazali

Yang Berbahagia Dr Ramli b Taib dan YM Dr Engku Adibah bt Dato Engku Hatim, selaku tuan
rumah kepada majlis kita pada hari ini.
Yang diraikan pasangan mempelai; Faiz Fahmi b Ramli dan pasangannya Liana Nazurah bt
Ghazali

Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin perempuan,
rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T.
sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua. Sekali lagi sanjungan kasih kami
abadikan.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita
berkumpul pada hari yang permai ini untuk bersama – sama meraikan majlis berbahagia ini.

Atas nama yang empunya majlis


Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat

Masa: 12.15 petang; Bacaan Doa

[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]

Buah rambai tumbuh dihutan


Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Memberkati majlis pada hari ini, marilah sama – sama kita menadah tangan untuk
mengaminkan bacaan doa

Untuk itu dipersilakan dengan segala hormatnya Ustaz Fairuz / Ustaz Amir untuk memimpin
bacaan doa.

[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]

Mawar merah harum mewangi


Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
UPACARA SALAM RESTU

Ikan sembilang enak disalai


Dimasak gulai buat santapan
Bersalam bersama kedua mempelai
Tanda restu ikatan perkahwinan

Majlis diteruskan lagi dengan upacara salam restu oleh kedua ibu bapa kepada pasanagn
pengantin kita. Untuk itu dengan segala hormatnya majlis menjemput bapa pengantin lelaki
Yg Berbahagia Dr Ramli b Taib dan ibu pengantin lelaki YM Dr Engku Adibah bt Dato Engku
Hatim bagi memulakan upacara salam restu dan bergambar bersama kedua mempelai,
dipersilakan.

Anak cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Awal bismillah menepak inai


Inai ditampal di tapak tangan
Di panjat doa buat mempelai
Restu keluarga membawa aman

Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Ghazali b Megat Hassan dan Pn Hajjah Maizan bt Mohd
Nor ibubapa kepada pengantin perempuan untuk meneruskan upacara salam restu dan juga
bergambar bersama kedua mempelai. Dipersilakan

Di dalam dulang berisi sagu


Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi


Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Seterusnya, majlis menjemput ibubapa pengantin lelaki, untuk bersama – sama bagi sesi
bergambar bersama mempelai dan keluarga besan yang baharu.

Demikianlah tadi, upacara salam restu oleh kedua ibubapa pasangan dua sejoli yang segak dan
cantik di singgahsana. Semoga segala restu dan doa yang diberikan mengukuhkan lagi
ikatan cinta kedua mempelai
Masa:12.30pm; Sesi Bergambar

Seterusnya majlis menjemput sanak saudara kepada pasangan mempelai kita untuk
meneruskan sesi bergambar kenang – kenangan bersama - sama kedua mempelai. Kita
mulakan dengan mempersilakan…….

1. Keluarga waris Hj Taib


2. Keluarga Waris Engku Hatim
3. Keluarga terdekat Pengantin Lelaki
4. Keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan
5. Keluarga terdekat pengantin perempuan
6. Keluarga Cik Zan
7. Keluarga Ayah Dan
8. Keluarga Cik Na
9. Keluarga Cik Su
10. Keluarga Pak Uda

Terima kasih atas kerjasama semua sepanjang sesi bergambar sebentar tadi.

Masa: 1.20 pm; Memotong kek

Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar ke upacara seterusnya iaitu upacara memotong kek
pengantin. Dipersilakan kedua mempelai diiringi pengapit berangkat ke sudut kiri bersebelahan
dengan meja beradab untuk upacara memotong kek.
[PENGANTIN MEMOTONG KEK)

Majlis juga mempersilakan keluarga rombongan pengantin perempuan untuk menikmati


hidangan di meja khas yang telah pun sediakan. Selamat menjamu selera.

Masa: 1.30 pm; Makan Beradab

Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari kita, dengan diiringi pengapit ke upacara
makan beradap di meja santapan beradap. Dipersilakan.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]

Rendang kambing memanglah sedap


Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan
Buat Faiz dan juga Liana ,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.

[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]

Mengumumkan keberangkatan pulang rombongan pengantin perempuan kembali ke destinasi

Masa: 3.00 petang; Bersurai

Dengan pengumuman keberangkatan pulang rombongan itu tadi maka selesai la sudah majlis
yang berbahagia ini.

Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,


Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung

Kalau lesung sama menumbuk


Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa

Kalau sedikit, sesudu seorang,


Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi

Sekali lagi majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang
berbahagia ini.
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak ampun
dan maaf.

Kalau ada wajah yang tersalah pandang,


Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah

Bak kata orang,


Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.

Yang termimpi-mimpi sudah terjadi


Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.

Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan
selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah
Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
[SELEKSI LAGU]

Anda mungkin juga menyukai