Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS PERKAHWINAN

MOHAMAD SYAHRIZAL BIN YUSOP & NURQAMARINA BINTI KAMAL


6 MEI 2017
DEWAN SRI BUNGA RAMPAI

PENGANTIN BERGERAK KE DEWAN

Panas kering siapakan tahu


Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Paluan kompang sudah berbunyi, sama cantik dan sama padan, beriringan
masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang
cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

Mohamad Syahrizal bin Yusop & Nurqamarina binti Kamal

Anak Patin terjerat di lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari;


Mohamad Syahrizal bin Yusop & Nurqamarina binti Kamal

PENGANTIN KE PELAMIN

Diiringi alunan selawat Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk


sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad
S.A.W.

Dari miri pergi ke serian


singgah sebentar di pekan subis
Harap semua berikan perhatian
Mohon kamek mulakan majlis
KATA ALUAN PENGACARA

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.
Salam Sejahtera

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:


Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa


Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Yang Berbahagia Ayahanda Kamal Bin Ali serta Bonda Mariam Bt Morni,
selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang
diraikan pasangan mempelai; Mohamad Syahrizal bin Yusop &
Nurqamarina binti Kamal, yang dihormati Ayahanda Yusop Bin hj
Mohamad serta Bonda Haniyah Bt Hj Sidi,ahli-ahli keluarga, saudara-mara,
sahabat handai kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang
diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke:

Majlis Persandingan Mohamad Syahrizal bin Yusop & Nurqamarina


binti Kamal.

BACAAN DOA

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
al-Fadil Ustaz Zehan Bin Idrus Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada al-Fadil Ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Putera Hang Lekir mengail patin


Mengail pula di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Untuk pengetahuan semua, dengan . kali lafaz kedua-dua mempelai ini


telah selamat diijabkabulkan pada pagi tadi, 6 Mei 2017 bersamaan 9
Syaaban 1438 Hijrah.

BACA BIODATA RINGKAS PENGANTIN.

Mempelai lelaki.
Mempelai perempuan.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

UPACARA MERENJIS AIR MAWAR

Meneruskan hari Bahagia kedua-dua mempelai pada pagi ini, Majlis


diteruskan dengan upacara merenjis air mawar.

(MUZIK LIVE)

Dengan itu, majlis menjemput :


(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama Yang Berbahagia Ayahanda Kamal Bin Ali serta


Bonda Mariam Bt Morni
Seterusnya Ayahanda Yusop Bin hj Mohamad serta Bonda Haniyah
Bt Hj Sidi

3 Nenda Tuan Hj Fadillah Hamzah Bin Sidi serta Puan Hajah Aisyah
Bt Sirat.

Demikianlah tadi, upacara merenjis air mawar kepada pasangan dua sejoli
yang segak dan cantik di singgahsana.

Terima kasih diucapkan.

UPACARA MAKAN NASI TEMUAN

Majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan upacara yang menjadi kebiasaan
kita orang Sarawak dalam majlis perkahwinan, Makan Nasi Temuan. Untuk
itu, majlis mempersilakan kedua-dua mempelai untuk berangkat ke
gelanggang Makan Nasi Temuan yang akan diadili oleh Puan Hajah Rabiah Bt
Drahman.

3 peringkat

1.suap diri sendiri

2. suap antara suami istri

3.suap antara suami istri.

Kita akan menyaksikan wakil Miri dan Kuching dalam acara makan nasi
temuan ini.

Keputusan..

Terima kasih puan pengadil

UPACARA POTONG KEK

Majlis diteruskan dengan upacara pemotongan kek Perkahwinan.

Kedua-dua mempelai dipersilakan untuk ke sudut kiri Pelamin bagi


memotong kek Perkahwinan.

(Muzik Live)
Pengantin Lelaki suap perempuan
Pengantin Perempuan suap Lelaki

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis
makan beradab. Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan
pengantin dengan diiringi kedua-dua ayahanda dan bonda untuk bersama -
sama ke meja makan beradab yang disediakan bagi menikmati hidangan.

Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan


bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh
Dipersilakan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)


PENGANTIN DUDUK

(FOOD PRESENTATION)

Sebagai pembuka acara jamuan dipersilakan Sri Bunga Rampai Food


Presentation.

Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirahim hadirin hadirat para tetamu


dipersilakan untuk menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu
yang baru tiba, kami juga mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan
puan ke majlis yang bersejarah ini.

PERSEMBAHAN NYANYIAN

Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Ustaz
Zehan Bin Idrus sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-dua
mempelai kita pada hari ini.
UCAPAN WAKIL KELUARGA

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati Kakanda


Mohd Hilmi Bin Kamal, selaku wakil bagi pihak keluarga perempuan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan yang telah disampaikan


sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada
wakil kedua-dua belah keluarga yang mendoakan agar ikatan yang terbina
akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana


cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari
yang penuh keberkatan ini.

PENGANTIN BERSALAMAN DENGAN TETAMU JEMPUTAN

Majlis mempersilakan kedua-dua mempelai bersama-sama kedua-dua


ayahanda dan bonda untuk berangkat ke pintu masuk untuk bersalam
dengan para tetamu jemputan.

Dipersilakan.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari
yang penuh keberkatan ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum
W.B.T.

SESI FOTOGRAFI/BERGAMBAR

mengikut giliran yang ditetapkan.

1. Rakan-rakan
2. Ahli keluarga Perempuan
3. Ahli keluarga lelaki
4. Saudara mara

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari
kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi
alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan
lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Anda mungkin juga menyukai