Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUN 6 2018

“TAUTAN KASIH TAHUN 6”

DESKRIPSI SKRIP
Checklist Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-


masing untuk menunggu ketibaan ........................................................

Mengumumkan
ketibaan .......................................................................... para hadirin
dijemput berdiri.

Alu-aluan Assalamualaikum wbt.

Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya berpantun bagi


memulakan majlis makan malam pada malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Puan Rohani bt Shamsuddin, Guru Besar SK Seri Jaya


...........................................................................................
Pn Suraini bt Che Mat Zahari, GPK Pentadbiran
En Ismail bin Atan, GPK Hal Ehwal Murid
Pn. Dayang Fatimah Wati bt Osman, GPK Kokurikulum
Guru Cemerlang, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke


hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya jua dapat kita berkumpul
1
di sini di malam yang indah ini bagi meraikan majlis Tautan Kasih
Tahun 6 bagi tahun 2018, di dewan An Najaah, SK Seri Jaya.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, tujuan utama majlis makan


malam Tautan Kasih Tahun 6 ini diadakan adalah untuk meraikan
murid-murid Tahun 6 yang telah berusaha sebaik mungkin bagi
memastikan kejayaan mereka dan sekolah dalam UPSR 2018. Selain
daripada itu, majlis ini juga diadakan sebagai penghargaan kepada
guru-guru dan ibu bapa yang telah sama-sama memberi sumbangan
dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan semua aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tahun.

Doa Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yg penuh bermakna
ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ahmad Hanafi bin Mohd
Sufian Soo. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Amin...amin ya rabbal ‘alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz atas
bacaan doa itu tadi.)

Ucapan GB Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin hadirat yang dimuliakan...


Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya mempersilakan Puan
Rohani bt Shamsuddin, Guru Besar SK Seri Jaya untuk
menyampaikan ucapan beliau bersempena dengan Majlis Tautan
Kasih Tahun 6 pada malam ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan...

(Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Guru


Besar atas kesudian memberikan sepatah dua kata itu tadi.)

Tayangan Video Hadirin hadirat sekalian,


Sebagai meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama menyaksikan
satu tayangan video bertajuk “Memori Sepanjang 2018”.

2
Jamuan Makan Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Dipersilakan hadirin-hadirat untuk menikmati juadah yang telah


disediakan, sambil ditemani oleh 3 persembahan yang akan
dipertontonkan oleh murid-murid SK Seri Jaya.

Persembahan Seterusnya, bagi menambah kemeriahan majlis, marilah kita


Murid menyaksikan beberapa persembahan.

Persembahan pertama - .................................................................


Persembahan kedua - ....................................................................
Persembahan ketiga - ....................................................................

Penyampaian Sekarang tibalah kita pada sesi penyampaian cenderahati kepada


Cenderahati murid-murid dan guru-guru Tahun 6 pada tahun ini. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Rohani bt
Shamsuddin, dengan diiringi
oleh .........................................................................................................
untuk menyampaikan cenderahati tersebut. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Terima kasih Pn Guru Besar di atas penyampaian hadiah itu tadi.)

Penutup Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis Tautan Kasih Tahun 6 pada


malam ini. Saya, Pn Jaslinda Jaafar, mohon maaf atas keterlanjuran
kata....sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang
buruk itu atas kekhilafan diri saya sendiri. Sekian, wabillahittaufiq
walhidayah wbt.

3
4

Anda mungkin juga menyukai