Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN

Aluan Dari raub pergi ke pontian,


Terus pula ke kuala perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang , 
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh.

Yang Dihormati,
Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana, Guru-guru, Jawatankuasa Pelaksana,
Para Peserta Serta hadirin Yang dikasihi Sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya


dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini iaitu
Pertandingan Syarahan Bahasa Arab (Perempuan) Ihtifal Ilmi Sekolah
Menengah Agama Peringkat Negeri Johor Kali ke 23 Tahun 2023.

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan


mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian.

Perkenalkan Hakim Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebentar lagi kita akan mulakan Pertandingan Syarahan Bahasa Arab
(Perempuan).

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan


panel hakim pertandingan.

Yang pertama, _______________________________ selaku Ketua Hakim


Panel hakim yang kedua ialah ___________________________________
Dan panel hakim yang ketiga ialah _______________________________

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan hakim adalah muktamad dan


sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Cara Pertandingan Seterusnya izinkan saya untuk membacakan cara pertandingan. Mohon
para peserta mengambil perhatian.

Peserta hendaklah menyampaikan syarahan tidak melebihi 8 minit.


Loceng akan dibunyikan sebanyak 4 kali.
Loceng pertama menandakan pertandingan syarahan dimulakan.
Loceng kedua dibunyikan minit ke7 menandakan peserta mempunyai 1
minit sahaja.
Loceng akan dibunyikan sebanyak 2 kali menandakan masa syarahan
tamat dan tiada markah diberikan selepas itu.
Pertandingan bermula Hadirin yang dihormati sekalian,
Pertandingan Syarahan Bahasa Arab (Perempuan) dimulakan dengan
peserta pertama iaitu

Pertandingan berakhir Dengan berakhirnya peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah
Pertandingan Syarahan Bahasa Arab (Perempuan) Ihtifal Ilmi Sekolah
Menengah Agama Peringkat Negeri Johor Kali ke 23 Tahun 2023.

Ulasan hakim Hadirin sekalian,


Bagi membuat rumusan Pertandingan Syarahan Bahasa Arab
(Perempuan) yang telah diadakan sebentar tadi, majlis dengan
sukacitanya menjemput _______________________________________
selaku ketua hakim untuk menyampaikan rumusan keseluruhan
pertandingan. Maklis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada __________________


Penutup Hadirin sekalian,
Majlis akan berehat seketika dan akan disambung semula pada jam 2.30
petang bagi Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah
Agama Peringkat Negeri Johor Kali ke 23 Tahun 2023 di Dewan Luqmanul
Hakim Maahad Johor.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menjayakan majlis
pertandingan ini dari awal hingga akhirnya. Ampun maaf andainya
terkasar bahasa dan terkhilaf bicara. Segala yang baik itu datang dari
Allah, dan segala kelemahan dan kekurangan datang dari diri saya
sendiri.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah. Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai