Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS UJIAN TILAWAH, TAFSIR DAN HAFAZAN AL-QURAN


[MTQ]
PERINGKAT KAWASAN PELAJARAN PAYA
TAHUN 1432H/2011M
1 MALAYSIA, 1 UMMAH
MAS CUE ANN
A

8.00 Semua peserta, hakim Dipersilakan, semua peserta dan hadirin sekalian untuk mengambil tempat kerana
pagi dan yang terlibat majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.
mengambil tempat

Kata alu-aluan pengacara Bissmillahirahmanirrahim,


majlis Alhamdulillahirabilaalim wasalatiwassalamuaasyrafilambia ilwalmursalin (hingga akhir
ayat)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarkatuh.

Kita mulakan majlis kita pada pagi ini dengan membaca umul kitab al-Fatihah.

Yang dihormati,
Para juri/ hakim, penjaga masa, guru-guru pengiring, guru-guru, peserta-peserta ujian
Tilawah al-Quran peringkat Kawasan Pelajaran Paya bagi tahun 2011 seterusnya
saudara-saudari, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Syukur Alhamdulillah,
bersama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi,
atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di sini untuk mendengar alunan bacaan
ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh peserta-peserta Tilawah al-
Quran kategori lelaki peringkat Kawasan Pelajaran Paya bagi tahun 2011.

Saya mewakili pihak penganjur,


mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada pagi ini.

Jauh-jauh kapal datang,


Jintan selasih dimasak minyak,
Tuan puan jauh ke mari datang,
Terima kasih banyak-banyak.

Sebelum itu,
eloklah kiranya saya membacakan beberapa peraturan penting sebagai peringatan
kepada para peserta pertandingan. Para peserta diingatkan bahawa masa bacaan
adalah sekitar enam ke lapan minit sahaja. Loceng pertama akan dibunyikan sekali
pada minit ke enam (penjaga masa membunyikan loceng). Seterusnya, loceng kedua
akan dibunyikan pada minit ke lapan sebanyak dua kali (penjaga masa membunyikan
loceng). Para peserta boleh meneruskan atau menghabiskan bacaan selepas minit ke
lapan tetapi tiada sebarang markah akan diberikan. Pemenang akan dinilai
berdasarkan kepada markah yang tertinggi. Keputusan hakim/ juri adalah muktamad.

Peserta memulakan Untuk makluman hadirin,


bacaan seramai ______ orang perserta yang akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci
al-Quran pada pagi ini.
Peserta 1 Tanpa membuang masa,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan peserta pertama untuk
memperdengarkan bacaan. Peserta pertama akan membacakan surah
______________ bermula ayat ________ .

Dipersilakan.

Sadakallahulazim.

Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh adik
___________________ mewakili Sekolah Kebangsaan ___________________.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Peserta 2 majlis diteruskan dengan mempersilakan peserta kedua untuk memperdengarkan


bacaan. Peserta kedua akan membacakan surah ______ bermula dari ayat ______.

Dipersilakan.
Sadakallahulazim.

Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh
peserta mewakili Sekolah Kebangsaan ______________ .Beliau ialah adik
________________.

P/S :
- Urutan peserta ikut seperti di atas.
- Dapatkan senarai peserta, surah bacaan dan sekolah.
- Buat pengumuman jika ada.

Disediakan oleh:

Roslan bin Ismail


PISMP PSV/PJ

Anda mungkin juga menyukai