Anda di halaman 1dari 6

Proposal Kajian Tindakan Bahasa Arab 2017

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPORSAL KAJIAN


TINDAKAN

TAJUK

MENGATASI MASALAH MURID 2 BESTARI DALAM PENGGUNAAN ISM


ISYARAH(HAZA DAN HAZIHI)PADA ANGGOTA BADAN DALAM BAHASA
ARAB.

PENYELIDIK

PN. NORUL AIN BINTI MOHAMAD HASHIM

NAMA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEMBILAN,SELANGOR

LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 2 Bestari, saya


sering meminta murid menyebut anggota badan yang diisyaratkan kepada
mereka sebelum saya menulis tarikh di papan tulis. Saya dapati murid
kelas ini kurang mengingati dan keliru tentang penggunaan haza dan hazihi
pada anggota badan dalam bahasa Arab seperti kelas-kelas yang lain.
Apabila diajukan soalan, mereka sering terdiam dan berfikir tentang
isim isyarah yang mana untuk anggota badan yang ditunjukkan dalam
bahasa Arab yang perlu mereka sebutkan.

Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan perlu
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya
telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta
mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya melalui kajian ini.

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar


saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah murid menggunakan
isim isyarahpada anggota badan dalam bahasa Arab. Kajian ini adalah
penting bagi murid-murid 2 Bestari kerana mereka telah mempelajari
tentang penggunaan isim isyarah pada anggota badan dan akan
mempelajarinya secara ansur maju sehingga tahun 6.

OBJEKTIF UMUM KAJIAN

Murid mahir dalam mengingat dan menyebut isin isyarah yang betul pada
anggota badan dalam bahasa Arab.
OBJEKTIF KHAS KAJIAN

1. Membantu murid menguasai penggunaan isim isyarah pada perkataan


bahasa Arab.
2. Membantu murid menguasai kemahiran mendengar, menyebut,
membaca dan menulis isim isyarah pada perkataan bahasa Arab.
3. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ketika guru
mengaitkan tajuk pelajaran dengan penggunaan isim isyarah.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 28 orang murid Tahun 2 Bestari yang terdiri daripada
14 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN (METHOD)

1. Menyediakan carta / banting / kad imbasan isim isyarahdalam bahasa


Arab dalam kelas dan persekitaran sekolah.
2. Penggunaan teknik didik hibur (nyanyian,permainan,main peranan)
dalam pdpc.
3. Memulakan setiap pengajaran dengan aktiviti man ana sebagai set
induksi.
4. Melakukan aktiviti menukar nama murid kepada anggota badan dalam
bahasa Arab dan guru memanggil murid dengan anggota badan dan
bukannya nama.
5. Menulis isim isyarah berdasarkan anggota badan yang ditunjuk di papan
putih dan buku tulis.
6. Melakukan aktiviti-aktiviti permainan(man ana, baling dadu/ibhas
intiq(cari dan sebut)
7. Faj-atan bahasa Arab yang berkaitan anggota badan.
8. Nyanyian

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

MAC OKTOBER 2017

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan

1. Menulis proposal Kajian 13 Mac 2015

2. Merancang Tindakan 15-20 Mac 2015

3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1 Minggu 1 ( April)

4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan dalam tindakan 1 Minggu 3 (April)

5. Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Minggu 2 (Mei)

6. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Minggu 3 (Jun)

7. Melaksanakan tindakan aktiviti 3 Minggu 1 (Julai)

8. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Minggu 3 (Julai)

9. Melaksanakan tindakan aktiviti 4 Minggu 2 (Ogos)

10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid Minggu 1( September)

11. Refleksi kajian Minggu 3(September)

12. Menulis laporan Kajian Minggu 1 (Oktober)

JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

Carta / Banting =RM 60.00

Kertas warna ( 1 rim) = RM 25

Alat tulis = RM 25
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEMBILAN,CHERAS

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN


PROPORSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK

MENGATASI MASALAH MURID 2 BESTARI


DALAM PENGGUNAAN ISM ISYARAH(HAZA
DAN HAZIHI)

PADA ANGGOTA BADAN DALAM BAHASA


ARAB.

PENYELIDIK

PN. NORUL AIN BINTI MOHAMAD HASHIM

Anda mungkin juga menyukai