Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB TAHUN 5 2016

1. TAJUK

MENGATASI MASALAH MURID 5 BESTARI DALAM MENGINGAT NOMBOR 1-100 DALAM BAHASA
ARAB.

2. PENYELIDIK

MUHAMMAD YASIR BIN YUSOFF

3. NAMA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG

4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu mengajar mata pelajaran bahasa Arab Tahun 5 Bestari, saya sering meminta murid
menyebut nombor ketika saya menulis tarikh di papan tulis. Saya dapati murid kelas ini kurang
mengingati tentang bilangan nombor dalam bahasa Arab seperti kelas-kelas yang lain. Apabila
diajukan soalan, mereka sering terdiam dan berfikir tentang nombor dalam bahasa Arab yang
perlu mereka sebutkan.

Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan perlu memperbaiki kelemahan yang
ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki
kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya melalui kajian ini.

5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya akan fokuskan
kajian ini kepada masalah murid mengingat nombor dalam bahasa Arab. Kajian ini adalah
penting bagi murid-murid 5 Bestari kerana mereka telah mempelajari tentang nombor dari 1-
100 sejak dari tahun 1 lagi hingga tahun 3. Apabila mereka sudah memasuki tahun 5 sekarang,
sepatutnya masalah itu telah lama dapat diatasi.

6. OBJEKTIF UMUM KAJIAN

Murid mahir dalam mengingat dan menyebut nombor-nombor dalam bahasa Arab.

7. OBJEKTIF KHAS KAJIAN

1. Membantu murid menguasai nombor dalam bahasa Arab.

2. Membantu murid menguasai kemahiran mendengar, menyebut, membaca dan menulis


nombor dalam bahasa Arab.
3. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ketika guru mengaitkan tajuk
pelajaran dengan nombor (seperti tarikh, muka surat dan sebagainya).

8. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 7 orang murid Tahun 5 Bestari yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki
dan 3 orang murid perempuan.

9. TINDAKAN YANG DICADANGKAN (METHOD)

1. Menyediakan carta / banting tentang nombor bahasa Arab dalam kelas dan persekitaran
sekolah.

2. Murid menghafal hanya 21 perkataan nombor bahasa Arab yang boleh diubah suai untuk
mengira 1-100.

3. Memulakan setiap pengajaran dengan aktiviti menyebut nombor oleh setiap murid selama 3-
5 minit sebagai set induksi.

4. Melakukan aktiviti menukar nama murid kepada nombor dalam bahasa Arab dan guru
memanggil murid dengan nombor dan bukannya nama.

5. Menulis muka surat dalam perkataan bahasa arab di buku tulis.

6. Melakukan aktiviti-aktiviti matematik dalam bahasa arab. (contoh : penambahan dan


penolakan mudah)

7. Kuiz bahasa Arab yang berkaitan dengan nombor.

10. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN MEI – SEPTEMBER 2016

11. JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON Carta / Banting =RM 60.00

Anda mungkin juga menyukai