Anda di halaman 1dari 9

Masa/ue Perkara Catatan

Semua Pelajar dan guru diminta ke dewan.


8:30 am – UCAPAN ALU ALUAN Kak Tya
9:00 am
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan Salam
Sejahtera.
Para pelajar diminta untuk bertenang dan
memperlahankan suara.

Indah bersinar seri bintang,


Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Harap semua berikan perhatian,


Mohon kami mulakan majlis.
Salam perpaduan, Salam Sehati Sejiwa.

Yang berusaha, Ustaz Khairul bin Kamaruddin, Guru besar


Sekolah Rendah Integrasi Bestari. Yang Berusaha,
Barisan-barisan GPK, Yang dihormati guru-guru dan
murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita dapat bersama-sama memeriahkan majlis
pada pagi ini, iaitu Pertandingan Akhir Kamil SRIBEST
Tahun 2023.

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah kita


bersama-sama mengaminkan doa yang akan dimpimpin
oleh………
Dipersilakan…
>>>>>
Aamin ya Rabbal’alamin. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Untuk makluman semua harini kita akan mengadakan
Pencarian Bakat Akhir Kamil
o ada 5 pertandingan yang akan dipertandingkan
harini. iaitu
 Syarahan Bahasa Arab
 Bercerita dari Al-quran Bahasa
Inggeris(Tahap 2)
 Syarahan Bahasa Melayu (Tahap 1)
 Bercerita dari Al-Quran Bahasa Melayu
(Tahap 1)
 Nasyid Solo

UCAPAN GURU BESAR

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis,


dengan ini dijemput Yang berusaha Ustaz Khairul, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan
majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..

>>>
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ust
Khairul atas ucapan perasmian itu tadi.
9:00 am – PERTANDINGAN Auni
9:30 am
Indah mekar si bunga kiambang,
Mekar mewangi di taman melati,
Pertandingan ini harapannya gemilang,
Melahirkan individu berpotensi tinggi.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-


sama kita menyaksikan para peserta menunjukkan bakat
dan potensi masing-masing dalam pertandingan Akhir
Kamil Sribest 2023 yang akan dilaksanakan pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kita akan mulakan dengan pertandingan yang pertama
iaitu Syarahan Bahasa Arab yang bertajuk……
Majlis dengan ini menjemput para hakim pertandingan
Syarahan Bahasa Arab iaitu Us Khairul, Us Hanafi, dan
Ust Syaza untuk mengambil tempat.
Sebelum pertandingan bermula, majlis menjemput ketua
hakim bagi syarahan bahasa arab; Us Khairul untuk
menerangkan syarat-syarat pertandingan. Dipersilakan….
>>>>
Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah
muktamad dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Baiklah, semua dah bersedia, majlis diteruskan dengan


menjemput peserta pertama syarahan bahasa arab iaitu
Amni Qhaireena Binti Ronzi dari Kelas 6 Firdaus.

Dipersilakan.

Demikian sudah persembahan yang penuh semangat


disampaikan oleh peserta pertama.
Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu
Adam Putra Bin Azlan Shah dari kelas 5 Firdaus.
Dipersilakan.

Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin sekalian, tanpa


melengahkan masa kita mempersilakan peserta yang
terakhir untuk syarahan bahasa arab
iaitu Nayli Khalisah Binti Mohammad Khalilul Ridha
dari kelas 6 Firdaus.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada semua peserta diatas syarahan yang


cukup bersemangat sebentar tadi.
Rehat Tahap 1 Pelajar Tahun 1, 2, 3 boleh bangun, dan boleh ambil botol .
9:30 am-10:00 air masing- masing di dalam kelas kemudian terus beratur
am ke katin. Faham?
* Pelajar akan masuk semula ke dewan pada pukul
10:00am.
*Murid-murid diingatkan untuk menepati masa.
9:30 am – Seterusnya, kita akan ke pertandingan yang ke-2 iaitu Kak Tya
10:00 am Pertandingan Bercerita dari Al-Quran Bahasa Inggeris.
Hakim yang akan mengadili ialah Ust Hajar, Ust Nur dan
Ust Shiela. Para hakim diminta untuk mengambil tempat.

Majlis menjemput Ust Hajar selaku ketua hakim untuk


menerangkan syarat-syarat pertandingan.
>>>>>
Semua peserta diminta untuk bersedia. Kita mulakan
Pertandingan bercerita dari Al-Quran Bahasa Inggeris
yang bertajuk……
.dengan ini menjemput peserta pertama iaitu Ammar Arif
Bin Amrazi dari kelas 5 Adnan.
Dipersilakan.

Amboi-amboi hebat sungguh adik kita bercerita. Kita


teruskan pertandingan kita dengan peserta yang ke 2 iaitu
Qamarina binti Ahmad Firdaus dari kelas 6 Adnan.
Dipersilakan.

Persembahan yang mengagumkan sekali.


Kini tiba giliran peserta yang terakhir iaitu Nur Ayra Alisha
Binti Mohd Aizam dari kelas 6 Adnan.
Dipersilakan.

Demikian sudah persembahan Bercerita dari Al-quran


Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh semua peserta
sebentar tadi.

10:00 am – Hadirin sekalian, Majlis akan diteruskan lagi dengan Auni


10:30 am persembahan Syarahan Bahasa Melayu yang
bertajuk…….
Hakim untuk syarahan bahasa melayu ialah Ust Jannah,
Ust Nisa dan Ust Asma. Diminta para hakim untuk
mengambil tempat di hadapan.
Majlis menjemput Ust Jannah untuk menerangkan syarat-
syarat pertandingan Syarahan Bahasa Melayu.
Dipersilakan.

Semua peserta diminta untuk bersedia. Majlis menjemput


peserta yang pertama iaitu Nur Ifti Ilyana Binti Mohd
Ashraf dari kelas 6 Firdaus.
Dipersilakan.

Kecil-kecil cili padi. Hebat sungguh persembahan peserta


sebentar tadi.
Kita teruskan pertandingan kita dengan peserta yang ke-2
Terimalah Mohd Shamrul Bin Mohd Shamsuri dari
kelas 6 Adnan.
Dipersilakan.

Persembahan yang sangat hebat. Oleh itu, Mri kita


teruskan pertandingan kita dengan peserta yang ke 3;
Muhammad Qayyim Bin Raimi dari kelas 6 Adnan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta diatas


persembahan yang sangat bersemangat. Demikian sudah
bagi pertandingan syarahan Bahasa Melayu.

Rehat Tahap 2 Pelajar Tahun 4, 5, 6 boleh bangun untuk rehat dan Kak Tya
10:30 am- beratur ke kantin
11:00 am
* Pelajar akan masuk semula ke dewan pada pukul
11:00am.
*Murid-murid diingatkan untuk menepati masa.
10:30 am – Tanpa melengahkan masa, Majlis beranjak maju dengan Kak Tya
11:00 am persembahan yang ke 4; Bercerita dari Al-Quran Bahasa
Melayu (Tahap 1). Hakim yang akan mengendalikan
pertandingan ini ialah Ust Durratun, Ust Azlin dan Ust
Nadia. Diminta hakim untuk mengambil tempat dihadapan.
Majlis menjemput ketua Hakim bagi acara bercerita dari Al-
quran Bahasa Melayu iaitu Ust Durratun untuk
menerangkan syarat-syarat pertandingan.
Dipersilakan.
>>>>>
Pertandingan dimulakan dengan peserta yang pertama
iaitu Muhammad Shamzar Bin Shamsuri dari kelas 2
Adnan.
Dipersilakan.

Persembahan sangat hebat dari peserta pertama.


Kita teruskan dengan peserta yang ke-2
Terimalah Muhammad Amir Danish Bin Mohd Azam
dari kelas 3 Adnan.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada peserta ke 2.


Hadirin sekalian, majlis mempersilakan peserta terakhir
untuk acara bercerita dari Al-Quran bahasa melayu iaitu
Safyra Ayuni Binti Fairuz Hafizzi dari kelas 2 Naim.
Dengan ini dipersilakan.

Demikian sudah persembahan bersemangat yang


disampaikan oleh peserta sebentar tadi.
11:10 am – Seterusnya, tanpa melengahkan masa, kita semua akan Auni
11:40 am menyaksikan persembahan yang terakhir; pertandingan
yang dinantikan iaitu pertandingan nasyid Solo. Dijemput
Ust Atiema, Ust Aminah dan Ust Syuhada untuk
mengambil tempat di hadapan bagi menilai persembahan
sebentar lagi.

Majlis menjemput Ust Atiema untuk menerangkan syarat


pertandingan nasyid solo. Dipersilakan.
>>>>>
Terima kasih diucapkan kepada Ust Atiema.
Siapa dekat sini yang tak sabar nak tengok persembahan
nasyid? dah excited ke?
Baiklah, tanpa melengahkan masa, pertandingan nasyid
solo akhir kamil sribest tahun 2023 dimulakan dengan
peserta yang pertama iaitu Siti Nabihah Binti Mohd
Nizam dari kelas 4 Adnan.
Dengan judul lagu nasyidnya……
Dipersilakan.
Demikian sudah persembahan yang penuh semangat
disampaikan oleh peserta pertama.
Seterusnya, majlis mempersilakan
peserta kedua iaitu Muhammad Muadz Hazim Bin Mohd
Masdi Hazli dari kelas 4 Firdaus
Muhammad akan membawa menyayikan lagu nasyid yang
berjudul…. ................................
Dipersilakan.

Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin sekalian, tanpa


melengahkan masa
kita mempersilakan peserta yang terakhir iaitu
Muhammad Nasri BIn Mohd Nizam
Dengan membawa lagu nasyid yang berjudul……………
Dipersilakan.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya persembahan nasyid


solo, maka selesai sudah 5 pertandingan pada hari ini.
Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan
kamil sribest 2023 tahun ini?

Hadirin yang dikasihi sekalian, Kak Tya


Sekarang, majlis kita akan berhenti rehat seketika bagi
memberi ruang kepada para hakim untuk mengira markah
peserta.
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Hadirin dan hadirat sekalian, Sesungguhnya pertandingan


Kamil Sribest pada kali ini bukan sahaja dapat melahirkan
murid-murid yang berilmu pengetahuan tetapi juga
merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-
anak agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara
kita pada masa akan datang.

Kini telah tiba detik yang dinanti-nantikan. iaitu


pengumuman keputusan yang sudah pun berada di
tangan saya.

Bagi menyempurnakan majlis Penyampaian hadiah,Tanpa


melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara
Penyampaian Hadiah kepada para pemenang
pertandingan bagi acara (……………………..) Untuk itu,
majlis dengan sukacitanya mempersilakan Us Khairul
diiringi oleh Ust Atikah untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

*Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Bagi acara


tilawah Al-Quran tempat ke-3 dimenangi oleh
……………………. dengan mengumpul markah
sebanyak………………..Dipersilakan.

Tempat ke-2 dimenangi oleh…………………. dengan


markah yang terkumpul sebanyak………… Syabas.
Dipersilakan.

Manakala Johan bagi acara tilawah Al-Quran dengan


memperolehi markah sebanyak……….. disandang
oleh……….
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Bagi acara ….
Majlis tidak dapat meneruskan acara penyampaian hadiah
kerana masa sangat mencemburui kita. Jadi majlis akan
ditangguh pada minggu selepas cuti pertengahan tahun.

Dikesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana


Pertandingan akhir kamil 2023 memohon maaf seandainya
terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun.

Pohon berangan tempat bertemu,


Giranya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membaa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Wabilahi taufiq wal Hidayah, Waalaikumussalam wbt.

Guru-guru boleh meninggalkan dewan

Anda mungkin juga menyukai