Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

FESTIVAL NASYID JEMPUTAN ANJURAN MRSM SEMPORNA 2022


5 OGOS 2022

PENGUMUMAN KETIBAAN VIP DAN TETAMU JEMPUTAN

Afiq Syawal
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Aldam bin Haji Abdullah, Yang Dipertua
MUAFAKAT MRSM Semporna, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Abdul bin Tingoon, Pengetua
MRSM Semporna, Timbalan- Timbalan Pengetua, serta tetamu- tetamu kehormat. Para hadirin
diminta berdiri.

***setelah VIP mengambil tempat***

Hadirin dipersilakan duduk.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Amirah

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia Tuan Haji Aldam bin Haji Abdullah, Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM
Semporna

Yang Berusaha Encik Abdul bin Tingoon, Pengetua MRSM Semporna

Yang Dihormati Timbalan- Timbalan Pengetua,

Tetamu-tetamu kehormat,

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, para peserta nasyid serta hadirin sekalian.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Salam bahagia,salam hormat, serta selamat datang diucapkan ke Festival Nasyid Jemputan
Anjuran Maktab Rendah Sains MARA Semporna bagi tahun 2022.

Untuk makluman hadirin, 4 pasukan nasyid yang akan bertanding pada malam ini adalah terdiri
daripada kumpulan nasyid MRSM Semporna A, MRSM Semporna B, MRSM Tawau dan SMKA
Tun Sakaran. Siapakah yang akan bergelar juara? Sama-sama kita saksikan sebentar lagi.
BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, saya dengan berbesar hati menjemput
Muhammad Huzaifah bin Mohd Subhinor bagi membacakan doa. Dipersilakan.

***bacaan doa***

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Huzaifah atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita diberkati oleh Allah swt.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


Afiq Syawal

Sebelum kita memulakan pertandingan ini, moleklah kiranya saya memperkenalkan terlebih
dahulu barisan Hakim yang akan mengadili pertandingan Nasyid pada hari ini. Bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Juri yang pertama adalah :


Encik Amin Mulia bin Amir Salleh. Merupakan anak pertama dari 6 orang adik beradik.
Sudah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki.

Beliau berkerja sebagai seorang guru agama di S.M.K Datuk Hj.Panglima Jakarullah,
Semporna.

3. Pengalaman.
Seorang penggiat Seni Nasyid dan Nyanyian Solo.
Juri Nyanyian Solo Kerohanian anjuran KPM, Negeri Sabah.
Bergiat dalam pembikinan lagu-lagu Kerohanian.

Beliau merupakan ahli Kumpulan Nasyid "Feel Honey" dari Graduan Universiti Malaya, KL dan
pernah merakamkan Album 'Nasyid Underground' Tahun 2013/14 bersama Neorotics Studio,
hasil kolaborasi bersama Munsyid Halim Ahmad dari Kumpulan 'Devotees'.

Bergiat sebagai mentor Kumpulan Nasyid peringkat Sekolah/Universiti di peringkat daerah dan
negeri sehingga ke peringkat kebangsaan ketika di Universiti dalam Festival Nasyid antara
Universiti sekitar tahun 2008 dan merangkul Johan serta Naib Johan pada tahun berikutnya
2010.

Beliau juga merupakan Johan Nasyid dan Marhaban anjuran Astro peringkat Negeri Kelantan
seterusnya menjadi Finalist Marhaban anjuran Astro, peringkat Kebangsaan seterusnya
ditayangkan di Astro Ria sempena Hari Raya Korban sekitar Tahun 2006.

Beliau pernah membuat persembahan dalam RTM, TV 1 bersama Dr Fazley Yaakob dalam
rancangan "Bicara Siswa" sekitar tahun 2009. Muncul dalam satu 'Slot Tazkirah Jalanan' di TV
Al Hijrah sekitar tahun 2011.

Amirah

Manakala juri yang kedua adalah:


Encik Nor Ahmad Subhan bin Nordin. Beliau merupakan anak kedua dari 10 orang adik beradik.
Sudah berumah tangga, dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Sekarang beliau bertugas
sebagai (Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah, Daerah Semporna.

Antara pengalaman dalam bidang nasyid adalah beliau:


- aktif dalam pembikinan lagu-lagu kerohanian.
- aktif membimbing kumpulan nasyid di sekitar Negeri Sabah.
- pernah membimbing Kumpulan Nasyid Al-Ma'arif, Smka Tun Sakaran sejak dari tahun 2010-
2019.
Antara pencapaian beliau adalah pernah melatih kumpulan nasyid dari Smka Tun Sakaran
sehingga menjadi wakil Negeri Sabah ke Festival Nasyid Kebangsaan Sekolah-Sekolah KPM
2015 dan juga pernah membimbing kumpulan nasyid dari Maktab Gaya Kota Kinabalu sehingga
menjadi Johan Festival Nasyid Antarabangsa di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.

PERSEMBAHAN NASYID DARI PESERTA

Amirah

Para hadirin sekalian,

Sebelum kita menyaksikan persembahan nasyid daripada para peserta, izinkan saya
mengingatkan beberapa perkara kepada para peserta

1. Para peserta diminta agar bersiap sedia semasa kumpulan sebelumnya membuat
persembahan.
2. Buat pengetahuan semua, Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu suara (….. markah), lagu (…… markah), lirik (….markah) dan persembahan (…
markah)
3. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu. Masa
akan dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.

Tanpa membuang masa lagi, saya menjemput Kumpulan pertama, Kumpulan Al-
Unfatun yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul Bingkai Kehidupan dan lagu
kedua Buat Yang Terleka
Dipersilakan.

***persembahan kumpulan 1***

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan pertama yang yang telah membuat persembahan
sebentar tadi.
Kumpulan pertama adalah pelajar Maktab Rendah Sains MARA Semporna (A).

Kumpulan 2
Afiq Syawal
Persembahan berikutnya pada hari ini adalah persembahan daripada kumpulan kedua yang
menamakan kumpulan mereka sebagai Soutun Nuha yang akan
membawakan dua buah lagu berjudul Teristimewa dan lagu kedua Mahabbah Kasih.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***persembahan kumpulan 2***

Demikian tadi persembahan dari kumpulan Soutun Nuha  


Terima kasih diucapkan. Kumpulan ini berasal dari SMKA Tun Sakaran.

Kumpulan 3
Amirah

Seterusnya kita akan dihiburkan dengan alunan nasyid Kumpulan ketiga yang menamakan
kumpulan mereka Zyn Nuha. Kumpulan ini akan mendendangkan dua buah lagu. Lagu
pertama berjudul Berjuang Itu Pengorbanan dan lagu kedua Mahabbah Kasih

Dipersilakan.
***persembahan kumpulan 3***

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 3.


Kumpulan Zyn Nuha merupakan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA Semporna (B).

Kumpulan 4
Afiq Syawal
Majlis diteruskan lagi dengan alunan persembahan kumpulan Shoutul Jannah yang
akan membawakan lagu pertama berjudul Kisah Sang Rasul dan lagu kedua
Atas Nama Cinta
Dipersilakan.

***persembahan kumpulan 4***

Demikian tadi persembahan dari kumpulan Shoutul Jannah.


Terima kasih diucapkan.
Mereka merupakan pelajar-pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA Tun Mustapha Tawau.

PERSEMBAHAN JEMPUTAN

Amirah

Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan yang ditunggu-tunggu daripada wakil guru
MRSM Semporna yang akan mendendangkan lagu ............................

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****persembahan guru**

MAJLIS PENUTUP

Afiq Syawal
Diminta kepada semua hadirin untuk mengambil tempat kerana majlis penutup dan
penyampaian hadiah akan dimulakan sebentar lagi.

Bagi meredakan kehangantan festival nasyid pada malam ini, ayuh sama-sama kita saksikan
penampilan istimewa juri-juri kita yang akan membuat persembahan pada malam ini. Dengan
penuh takzimnya dipersilakan.

****persembahan juri****

Terima kasih diucapkan kepada para juri di atas persembahan yang begitu mantap sebentar
tadi.
UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Amirah

Cempaka sari warisan sejati


Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Semporna
Yang Berbahagia Tuan Haji Aldam bin Haji Abdullah untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Jemputan Anjuran Maktab Rendah
Sains MARA Semporna 2022.

Majlis mempersilakan…..

***ucapan Perasmi***

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang
Berbahagia Tuan Haji Aldam bin Haji Abdullah atas ucapan dan perasmian itu tadi.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.

Afiq Syawal

Hadirin dan hadirat sekalian…

Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara iaitu penyampaian sijil dan hadiah kepada para
pemenang. Sebelum itu, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Encik Abdul bin
Tingoon, Pengetua MRSM Semporna bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan
Haji Aldam bin Haji Abdullah, Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Semporna untuk menyampaikan
sijil dan hadiah kepada para pemenang.

Dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan dan wang tunai untuk jemaah juri.

Dipersilakan Encik Amin Mulia bin Amir Salleh

***juri terima hadiah***

Seterusnya Encik Nor Ahmad Subhan bin Nordin.

***juri terima hadiah***


Amirah

Seterusnya diumumkan pemenang Festival Nasyid Jemputan anjuran MRSM Semporna.

Tempat keempat dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari

……………………………………………………………….

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan nasyid ……………………………………………

Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………

Dan johan Festival Nasyid Jemputan Anjuran MRSM Semporna bagi tahun 2022 jatuh kepada

kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Mohon Yang Berbahagia Tuan Haji Aldam dan
Tuan Pengetua untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan ini mempersilakan Encik Abdul
bin Tingoon untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia
Tuan Haji Aldam bin Haji Abdullah.

***penyampaian cenderamata kepada perasmi***

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Aldam bin Haji Abdullah
dan Encik Abdul bin Tingoon atas penyempurnaan majlis penyampaian hadiah dan
cenderamata sebentar tadi.

MAJLIS BERSURAI
Afiq Syawal

Alhamdulillah, dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah itu sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah Festival Nasyid Jemputan anjuran MRSM Semporna malam ini. Bagi pihak
tuan rumah, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang
sudi hadir memeriahkan festival nasyid kali ini dan kami juga ingin memohon ampun dan maaf
atas kekurangan kami sepanjang mengendalikan acara. Sesungguhnya yang baik itu datang
dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan kami sendiri.

Akhir kalam,

Afiq & Amirah

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


Sehingga berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai