Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI

PERINGKAT IPGKTB KAMPUS TUANKU BAINUN 2014


Selamat pagi, salam sejahtera dan salam berpidato. Barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, pensyarah-pensyarah, peserta-peserta pertandingan pidato integriti
dan seterusnya guru-guru pelatih yang dikasihi. Selamat datang ke Pertandingan
Pidato Integriti Peingkat IPGKTB 2014.
Terbang merpati membawa berita, Hinggap berteduh dipohon melati, Jari
diangkat doa dipinta, Moga pertandingan lebih diberkati. Bagi memberkati
pertandingan pada pagi ini, majlis menjemput saudara Mohd Naim bin Ismail
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Naim bin
Ismail atas pimpinan doa sebentar tadi.
Sebagai pembuka kata majlis pertandingan, majlis dengan segala hormatnya
menjemput__________________

untuk

menyampaikan

ucapan

alu-alaun.

Segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ____________________
atas ucapan sebentar tadi.
Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan hakim yang adil
lagi bijaksana, iaitu DR. Ismail bin Abdul Rahman, Tuan Haji Adbullah bin Chik
dan Encik Jamaluddin bin Abdullah. Penjaga masa ialah saudari Juliet Coji Siew
dan saudari Joyce Ting Chin.
Seterusnya, saya akan membacakan peraturan pertandingan secara sepintas
lalu. Setiap peserta dberikan masa untuk berpidato. Setelah 5 minit, loceng akan
dibunyi sekali, manakala setelah 6 minit loceng akan dibunyi dua kali. Masa
dikira setelah peserta mengambil tempat di atas pentas dan memulakan
pertandingan. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak
dibenarkan.

Pertandingan Pidato Integriti Peringkat IPGKTB dimulakan dengan angka giliran


1, iaitu ____________.
Dengan berakhirnya persembahan peserta kelapan, debaran kian memuncak.
Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan pidato
integriti peringkat IPGKTB? Dengan ini, kita memberikan masa kepada panel
hakim untuk memuktamadkan keputusan. Sementara itu kesempatan masa yang
ada boleh digunakan untuk berinteraksi dan bertanya khabar dengan para
peserta yang hebat-hebat belaka.
Kini tibalah detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun
berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis
saya

dengan

sukacitanya

mempersilakan

_______________________

Ketua/wakil Panel Hakim untuk memberikan sedikit ulasan.


Terima Kasih En.___________________. Diminta En. tunggu sebentar di atas
pentas. Para hadirin, tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan
tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan
masa. Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput_____________________
untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan hakim yang arif lagi
bijaksana. Dipersilakan DR. Ismail bin Abdul Rahman, Tuan Haji Adbullah bin
Chik dan akhir sekali Encik Jamaluddin bin Abdullah. Terima kasih daun keladi.
Jika diundang, harap datang lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada
___________________ atas penyampaian sijil sebentar tadi.
Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh
kepada _____________________________. Dipersilakan naik ke pentas.
Pemenang kedua jatuh kepada _____________________. Syabas. Dipersilakan
Johan

Pertandingan

kepada___________.

Pidato

Integriti

Peringkat

IPGKTB

2014

jatuh

Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain
yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu
kenangan manis yang pernah kalian lalui.
Majlis berakhir di sini. Bagi piha Jawatankuasa Pengelola pertandingan, saya
memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku dan
ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung untuk menjayakan pertandingan pada
hari ini. Terima kasih dan harap jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai