Anda di halaman 1dari 4

SALUTASI

Yang Berusaha, Encik Abdul Manaf bin Nordin, Ketua Jaminan Kualiti Kolej Vokasional
Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Yang Berusaha, Puan Hapizah bt Jantan, penyelaras
Pertandingan Kumpulan Inovasi Produk dan PdPc Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar
Isnin 2019, para juri yang adil lagi bijaksana, para peserta dan ahli jawatankuasa sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KATA ALU-ALUAN
Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir hadirin meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya, dapat kita dipertemukan
dalam menjayakan Pertandingan Kumpulan Inovasi Produk dan PdPc Kolej Vokasional
Datuk Seri Abu Zahar Isnin 2019 di dewan yang serba indah ini.

BACAAN DOA
Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Ustaz Zainul Pakri bin Ab Ghani untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Ya rabbal alamin…Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zainul Pakri bin Ab
Ghani atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN MC

Hadirin- hadirat yang dihormati ,


Pertandingan Inovasi Produk dan PdPc ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan daya
kreativiti yang tinggi dalam kalangan pensyarah muda. Pertandingan ini juga membina
keyakinan yang tinggi untuk menyertai pertandingan di peringkat luar. Oleh itu, pensyarah
muda inilah yang akan membimbing pelajar kolej kea rah melahirkan ciptaan inovatif dan
kreatif yang boleh di angkat ke peringkat global.
Sehubungan itu, objektif pertandingan ini adalah :
1. Mempertingkat dan memantapkan pengetahuan serta kemahiran pensyarah muda
dalam bidang masing-masing.
2. Memberi inspirasi dan motivasi kepada pensyarah agar sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan supaya dapat melahirkan
pelajar yang berkualiti serta budaya saing dengan institusi kemahiran lain.
3. Pemenang pertandingan akan dihantar untuk menyertai pertandingan peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan atau
swasta.
4. Ciptaan pensyarah boleh diketengahkan dan dikormesialkan.
5. Menggunakan hasil ciptaan supaya matlamat PdPc tercapai.

UCAPAN RUMUSAN
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa bagi ucapan rumusan oleh Encik Mohd Rizal bin Mazlan selaku ketua juri.
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Rizal
bin Mazlan atas ucapan rumusan sebentar tadi

UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA


Kalau dibentang seluas alam
Kalau dilipat sebesar kuku
Sejambak kata seuntai salam
Degup bicara menusuk kalbu

Hadirin warga dewan yang dikasihi,


1. Majlis meneruskan acara dengan ucapan Encik Abdul Manaf bin Nordin, Ketua
Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

2. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan Encik Abdul Manaf bin Nordin,
Ketua Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin sebentar tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH
Kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan
seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Encik Abdul Manaf bin Nordin, Ketua Jaminan Kualiti Kolej
Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin diiringi oleh Encik Mohd Rizal bin Mazlan bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Manaf bin Nordin, Ketua
Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin dan ketua juri pertandingan
Encik Mohd Rizal bin Mazlan atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada kumpulan yang berjaya, manakala yang
kurang berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan
datang. Adalah diharapkan pertandingan ini menjadi nilai tambah bagi mempertingkat
pengetahuan dan kemahiran semua pensyarah muda. Pemenang pertandingan ini
diharapkan dapat dikentengahkan untuk menyertai pertandingan di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan.

PENYAMPAIAN CENDERA HATI


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Abdul Manaf bin Nordin,
Ketua Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin diiringi oleh Puan
Hapizah bt Jantan, penyelaras Pertandingan Kumpulan Inovasi Produk dan PdPc Kolej
Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin 2019 bagi menyempurnakan penyampaian cendera
hati kepada para juri. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Manaf bin Nordin, Ketua
Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin dan Puan Hapizah bt Jantan,
atas kesudian menyampaikan cendera hati kepada para juri.

PENUTUP
Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, para
juri, para peserta dan hadirin-hadirat sekalian yang telah sudi menjayakan majlis pada hari
ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata
dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai