Anda di halaman 1dari 7

Teks emcee pertandingan daie cilik 2023

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan untuk memastikan telefon bimbit
anda berada dalam ketetapan mod senyap supaya tiada gangguan sepanjang majlis ini berlangsung.

Kerjasama hadirin amat dihargai. Terima kasih

Hadirin sekalian,

Mekar mewangi bunga cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum salam sejahtera ,


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang dimuliakan, barisan panel hakim, guru-guru pengiring, para peserta serta hadirin dan hadirat
sekalian.

Alhamdulillah bersyukur ke hadarat ilahi dengan rahmat kurniannya dapat kita sama-sama berkumpul di
sini bagi memeriahkan majlis bagi Pertandingan Program Adab dan Nilai Peringkat PKG Binjai untuk
acara “Daie Cilik Perempuan” bagi tahun 2023.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab
alfatihah.

Untuk makluman hadirin sekalian, pertandingan daie cilik ini diadakan bertujuan untuk mencungkil
bakat-bakat baru di kalangan pelajar. Diharap bakat-bakat ini nanti akan dapat digilap untuk mengikuti
pertandingan daie cilik diperingkat daerah seterusnnya peringkat negeri pada tahun ini.

Baiklah sebelum meneruskan pertandingan ini, izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim yang
akan menghakimi pertandingan Bercerita pada hari ini. Mereka terdiri daripada :

Ketua hakim : cg norlida bt ismail, dari sk seri kemaman.


Hakim bahagian penyampaian : ustazah syamlatuddiar bt abdul hadi dari sk binjai
Hakim bahagian bahasa : ustazah rahimah bt mohammad dr sk mak lagam
Hakim bahagian isi : ustazah noraida bt alias sk pusat
Manakala hakim pencatat adalah ustazah aishah bt ahmad, dari sk seri geliga.

Seterusnya peringatan kepada semua peserta, anda diperuntukkan masa selama 5 minit untuk
melakukan persembahan. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke- 4 dan loceng akan
dibunyikan sebanyak dua kali pada minit kelima untuk menandakan waktu telah tamat.

Selain itu, pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

Tanpa melengahkan masa, majlis denan ini menjemput peserta pertama untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada peserta pertama atas persembahan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput peserta kedua bagi pertandingan daie cilik untuk ke pentas bagi membuat
persembahan.

Terima kasih diucapkan kepada peserta kedua atas persembahan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput peserta ketiga bagi pertandingan daie cilik untuk ke pentas bagi membuat
persembahan.

Terima kasih diucapkan kepada peserta ketiga atas persembahan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput peserta terakhir bagi pertandingan daie cilik untuk ke pentas bagi
membuat persembahan.

Terima kasih diucapkan kepada peserta terakhir atas persembahan itu tadi.

Alhamdulillah. Selesai sudah persembahan daripada enam belas peserta bagi acara daie cilik kategori
perempuan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua para peserta atas usaha anda sehingga ke
hari ini. Dengan itu, maka selesailah majlis kita pada hari ini. Untuk itu, saya selaku pengacara majlis
memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak saya. Sesungguhnya yang baik itu
dating dari Allah, yang buruk itu dating dari diri saya sendiri.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS PENGACARA MAJLIS


SELAMAT DATANG KE
MAJLIS BICARA INSPIRASI
BERSAMA ALUMNI
FAKULTI SAINS
KEMANUSIAN (FSK)
PERKARA
TEKS
PRA /
PERINGATAN
Mohon perhatian,
Bagi memastikan majlis
berjalan dengan lancar
hadirin diingatkan
untuk mematikan audio
anda, supaya tiada
gangguan sepanjang
program ini berlangsung.
Diminta kepada para
hadirin, agar
membuka kamera, bagi
memeriahkan lagi program
pada malam ini.
Kerjasama hadirin amat
dihargai. Terima kasih. bag
TEKS PENGACARA MAJLIS
SELAMAT DATANG KE
MAJLIS BICARA INSPIRASI
BERSAMA ALUMNI
FAKULTI SAINS
KEMANUSIAN (FSK)
PERKARA
TEKS
PRA /
PERINGATAN
Mohon perhatian,
Bagi memastikan majlis
berjalan dengan lancar
hadirin diingatkan
untuk mematikan audio
anda, supaya tiada
gangguan sepanjang
program ini berlangsung.
Diminta kepada para
hadirin, agar
membuka kamera, bagi
memeriahkan lagi program
pada malam ini.
Kerjasama hadirin amat
dihargai. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai