Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN SEMPENA

MAHRAJAN AL-QUR’AN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PAHANG


BAGI TAHUN 2023

QUE AGENDA CATATAN


PENGUMUMAN

 Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta


hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

 Tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta diminta


mengambil tempat.

 Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan


puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak
mengaktifkan telefon bimbit atau telefon bimbit anda
dalam nada silent mode atau getaran sahaja.

 Mohon juga menghadkan sebarang aktiviti keluar


masuk sepanjang pertandingan berlangsung.

 Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang gangguan


sewaktu peserta membuat persembahan.

MUQADDIMAH MC

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN HAFAZAN


AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH (KATEGORI
LELAKI)

PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2023 M/


1445 H

SEMPENA MAHRAJAN AL-QUR’AN SEKOLAH-


SEKOLAH (MQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI


KUANTAN

Yang dihormati barisan panel hakim yang penuh


berkarisma,
guru-guru pengiring yang dedikasi,

para peserta pertandingan yang dirahmati Allah serta


hadirin hadirat sekalian.

BACAAN ALFATIHAH

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran terhadap Tuhan


yang maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dapat bertemu di Pertandingan Hafazan Al-Quran MQSS
Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2023 ini.

Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang


cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-
program sebegini.

Mekar serumpun bunga siantan


Ditiup angina gugur berserakan
Agar majlis mendapat keberkatan
Surah alfatihah kita bacakan

Untuk itu, kita mulakan majlis dengan bacaan ummul kitab,


Alfatihah (DIAM)

Saya bagi pihak jawatankuasa pengelola pertandingan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
sekalian.

Sebelum kita meneruskan pertandingan, izinkan saya


memperkenalkan barisan hakim yang akan mengendalikan
pertandingan kita pada hari ini.

Diperkenalkan

1. Al fadhil Ustaz

Selaku ketua hakim. Beliau merupakan

Seterusnya,

2.
Selaku fateh munabbih

3.

Selaku hakim tajwid

4.

Selaku hakim fasohah

5.

Selaku hakim bahagian hafazan/kelancaran

6.

Selaku jurukira markah

Dan saya, Syahida binti Salleh dari SK Saint Thomas


Kuantan selaku pengacara majlis pada hari ini.

Baiklah, sebelum memulakan acara, saya mempersilakan KETUA JURI


Alfadhil ……………………………. selaku ketua hakim untuk
menyampaikan peraturan pertandingan pada hari ini
kepada para peserta.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz


……………………………………. atas taklimat itu tadi.

Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan peserta


pertama untuk memperdengarkan hafazan beliau.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada adik ………………………….. dari


…………….

Seterusnya, dijemput peserta kedua untuk


memperdengarkan hafazan beliau. Majlis mempersilakan.
Terima kasih kepada adik ………………………….. dari
…………….

Demikian tadi bacaan oleh semua peserta. Kita akan


berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada
barisan hakim membuat pengiraan markah.

Pantun penutup

Banyak keluk ke Penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
nan tak elok tinggal lah disini.

Negeri Pahang aman sentosa,


Tanjung Lumpur punya area
Salam perpisahan untuk semua,
Moga pulang dengan ceria

Untuk itu, saya, bagi pihak jawatankuasa pertandingan


hafazan, menyusun 10 jari, mohon ampun dan maaf andai
tersilap bicara, tersalah kata sepanjang majlis berlangsung.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

***SLOT/ SISIPAN ANTARA PENGIRAAN MARKAH OLEH HAKIM.

PANTUN BERHENTI REHAT:

BERAKIT RAKIT DAHULU,


BERHENTI SEKEJAP MAKAN KUINI,
KALAU PENAT REHAT LAH DULU
KITA SAAMBUNG PULA SELEPAS INI.

Assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai