Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN

HARI PENDAFTARAN ASRAMA PUTERI


SMK SIMPANG BEKOH
2023

Tarikh  : 19 MAC 2023


Masa        : 2.30 PTG – 5.00 PTG
Tempat   : DEWAN MAKAN, ASRAMA
PUTERI SMK SIMPANG
BEKOH
Ucapan aluan Bismillahhirrahmannirrah…
Pengerusi
Majlis Kuntum melati tumbuh melata,
Burung merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha, Tuan Hj Alias bin Mahpol,


Pengetua SMK Simpang Bekoh

Yang berusaha, Puan Sabariah binti Ali,


GPK Hem SMK Simpang Bekoh.

Yang dihormati, Semua warden asrama, guru- guru


SMK Simpang Bekoh dan Penyelia Asrama yang
hadir,

Seterusnya kepada Semua Ibu bapa dan anak-anak


asrama Puteri SMK Simpang Bekoh.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT


SEJAHTERA.

Selamat datang ke Hari Pendaftaran Asrama


Puteri SMK Simpang Bekoh bagi sesi 2023/2024

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana


dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
dalam majlis yang diadakan pada petang ini.

Hadirin Sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

-------- BACAAN DOA--------

Amin…amin Yarabbalalamin.

Terima kasih diucapkan kepada

atas bacaan doa itu tadi.

DARI RAUB, KE PONTIAN


TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERI PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

UCAPAN Bagi meneruskan majlis pada petang ini, saya


ALU- mempersilakan Tuan Hj Alias bin Mahpol, Pengetua
ALUAN SMK Simpang Bekoh untuk menyampaikan ucapan
TUAN alu-aluan sempena Hari Pendartaran Asrama Puteri
PENGETUA pada tahun ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

-UCAPAN ALU-ALUAN-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Pengetua atas kata-kata aluan itu tadi.

TAKLIMAT Buah langsat di tepi busut,


ASRAMA Mari dimuat di dalam peti,
PUAN Besar hajat kami menjemput,
ARIFATUL
Besar niat di dalam hati.
ATIQAH
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Puan
Arifatul Atiqah binti Abd Raub, Warden Asrama Puteri
SMK Simpang Bekoh untuk menyampaikan
TAKLIMAT DAN PERATURAN ASRAMA. Dengan
hormatnya dipersilakan.
---------UCAPAN--------

Terima kasih diucapkan kepada Puan Arifatul Atiqah.


Semoga taklimat ini dapat difahami dan dipatuhi oleh
semua penghuni Asrama Puteri.
Hadirin Sekalian,
PEDAFTARAN Sebentar lagi semua murid dan ibu bapa akan membuat
DAN pendaftaran dan pembayaran yuran di kaunter-kaunter
PEMBAYARA yang telah disediakan. Selepas pendaftaran, murid
N YURAN boleh bergerak ke bilik dorm masing-masing seperti
yang telah ditetapkan. Ibu bapa dibenarkan menghantar
anak-anak ke dalam bilik dorm sehingga jam 4.30
petang.
Ibu Bapa dijemput menikmati sedikit jamuan ringan
yang disediakan di Dewan Makan sebelum pulang.

Penutup Dengan ini berakhirlah majlis kita pada petang ini.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada warden
asrama. Saya mewakili pihak Asrama Puteri
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
telah menjayakan majlis pada petang ini.
Burung tekukur terbang rendah,
Terbang bersama si burung murai,
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Sekian sahaja, salam hormat, ASSALAMUALAIKUM


dan Salam sejahtera .

Anda mungkin juga menyukai