Anda di halaman 1dari 3

PERINGATAN *Para hadirin sekalian, diminta untuk berada dalam keadaan

terkawal kerana majlis penutup kita pada petang ini akan


bermula tidak lama lagi.
KATA ALUAN INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
BERARAK DI CELAH POHON CEMARA;
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil’alamin
Wassalatuwassalamu’ala asyrafil anbiyaiwal Mursalin wa’ala
alihi wasahbihi ajmain.
SALUTASI Yang Berbahagia,
UST NUR AZAM BIN AMIRUDIN
Guru Besar Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah Tahfiz

Yang Dihormati,
Guru-guru Penolong Kanan SRATT

Yang Berusaha,
UST OSMAN BIN SYAMSUL
Pengarah Program Kem Kepimpinan SRATT 2023/2024

Fasilitator- fasilitator KEM MODAL INSAN AGROTOURISM


HOMESTAY

Guru-guru SRATT serta para pelajar yang dikasihi sekalian.


UCAPAN MC Assalamualaikum wbt salam ceria dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita sama sama berkumpul
pada petang ini bagi menjayakan majlis penutup bagi kem
kepimpinan sratt 2023/2024.

Seperti yang sedia maklum, bermula pada 3 Mei 2023


semalam, telah diadakan kem kepimpinan SRATT 2023/2024
selama 2 hari 1 malam yang berakhir pada 4 Mei 2023
harini, alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan
jayanya.
Bacaan Doa Hadirin sekalian,
Bagi menambahkan lagi keberkatan majlis kita pada petang
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh Ust Ahmad Dhiauddin bin
Mohd Yusof.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Ust Ahmad Dhiauddin diatas bacaan doa
itu tadi.

Tayangan Sebelum kita ke agenda seterusnya, marilah kita sama sama


Montaj menyaksikan tayangan montaj yang telah disediakan oleh
pihak fasilitator. Mari sama sama kita saksikan.

Demikian tadi tayangan montaj mengenai aktiviti-aktiviti


yang telah dijalankan oleh para pelajar sratt sepanjang kem
kepimpinan ini.
Ucapan Pak Hadirin sekalian,
Man Tanpa melengahkan masa, dijemput Encik Suparman bin
Abu, wakil pihak Kem Modal Insan Agrotourism Homestay
untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Suparman atas ucapan


yang diberikan.
Ucapan Guru Jangan Tetawan Alpa Duniawi,
Besar Hanya Indah Serupa Mimpi,
Wahai Pahlawan Kesatria Pertiwi,
Hulurkan Madah Kata Perasmi.

Seterusnya Majlis Menjemput dan Mempersilakan


Yang Berbahagia Ust Nur Azam bin Amirudin
Guru Besar SRATT, untuk menyampaikan ucapan beliau
seterusnya merasmikan majlis penutup kem kepimpinan
SRATT 2023/2024 pada petang ini. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Nur Azam di


atas ucapan perasmian penutup beliau sebentar tadi.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Hadiah Kini tibalah masanya sesi penyampaian hadiah bagi
kumpulan lelaki terbaik dan perempuan terbaik.

Dengan ini dijemput, Guru Besar Sratt, Ust Nur Azam diiringi
Ust Osman bagi menyampaikan hadiah. Majlis
mempersilakan.

Bagi kategori kumpulan lelaki terbaik, jatuh kepada


kumpulan …………………………………..

Seterusnya, kumpulan perempuan terbaik jatuh kepada


………………………
Diminta untuk Ust Azam dan Ust Osman kekal berada diatas
bagi sesi penyampaian cenderahati.
Penyampaian Dipersilakan, wakil pihak Kem Modal Insan Agrotourism
cenderahati Homestay, Encik Suparman bin Abu bagi menerima
cendarahati dari pihak SRATT.

Seterusnya, dijemput wakil daripada Fasilitator Kem Modal


Insan, Encik Baharudin bin Abdul Latip untuk menerima
cenderahati dari pihak SRATT.

Terima kasih diucapkan kepada Ust Azam dan Ust Osman


atas penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi.
Penutup Hadirin sekalian,
Ada laut ada pantainya,
Ada malam ada subuhnya,
Ada mula ada akhirnya,
Ada awal ada penyudahnya.

Kini tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh yang demikian,


Saya mewakili jawatankuasa program Kem Kepimpinan
SRATT 2023/2024 merakamkan ucapan terima kasih kepada
pihak Kem Modal Insan Agrotourism Homestay dan
fasilitator fasilitator atas segala ilmu dan pengisian yang
bermanfaat sepanjang kem ini berlangsung. Tidak lupa juga
majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penganjuran kem kepimpinan SRATT 2023/2024 hari ini. Saya
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Akhir kata, sekian
wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum
warahmatuhhali wabaraktuh.

Anda mungkin juga menyukai