Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU.
07 APRIL 2019
SMK KOTA MARUDU II

AGENDA TEKS
Persiapan Assalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera.

Pada petang ini kita sama-sama menjayakan Majlis Perasmian Penutupan,


Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS.

Majlis ingin memohon kerjasama daripada pegawai dan peserta untuk mengambil
tempat dan berada dalam keadaan yang tenang dan senyap agar kita dapat
memulakan dan melaksanakan majlis dengan baik dan lancar.

Diingatkan juga, agar pegawai-pegawai dari pasukan masing-masing dapat


meyediakan atau menentukan wakil penerima untuk menerima sijil dan hadiah
semasa acara penyampaian sijil dan hadiah nanti.

Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Encik Mohamad Razi bin Almalek,


Ketibaan Jemputan. Penolong Pegawai Unit Kolurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu,
Pengerusi Pengelola & diiringi Tn. Haji Marmoh bin Kasman, Pengetua SMK Kota Marudu II dan Kem
Pegawai Perasmi Komandan, Encik JInggol Metin ke persada majlis. (Majlis Perasmian Penutupan
Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS Peringkat daerah Kota Marudu.

Semua hadirin diminta untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan


Nyanyian Lagu
kebangsaan, lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Sabah Tanah Airku’ dengan penuh semangat.
Negaraku dan Lagu
Sabah Tanah Airku
Para pegawai dipersilakan duduk.

Bacaan Doa
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis sentiasa selamat.

Bagi memberkati majlis pada hari in, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang yang dipimpin oleh Adfadhil Ustaz
________________________________________________________. DIpersilakan.

*Bacaan Doa*

Amin. Amin Ya Rabbal Al amin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz


______________________________________________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Alu-aluan Majlis
Yang Berusaha, Encik Mohamad Razi bin Almalek,
Penolong Pegawai Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu,
Mewakili Tn Datu Akdan bin Datu Basran, Pengawai Pendidikan Daedah, Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Marudu.
Yang Berusaha, Tuan Haji Marmoh bin Kasman, Pengetua Cemerlang, Pengetua
SMK Kota Marudu II, merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola.

Yang Berusaha,

Pengetua- Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kota Marudu


Semua Guru Besar, Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Kota Marudu.

Yang Berusaha, Encik Weltter Ariffin, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kota
Marudu II

Penolong Kanan Kokurikulum , Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-Sekolah


Rendah Daerah Kota Marudu

Yang Dihormati,
Mejar (KRS) Yazid bin Mahadi, Pegawai Tadbir KRS Daerah Kota Marudu

Yang dihormati,

Sekretariat KRS dan TKRS Kota Marudu,

Guru-guru KRS dan TKRS,

Para Peserta,

Kadet Putera dan Puteri,


Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Serta

Hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, dapatlah kita


bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Perdana KRS dan
TKRS, Peringkat Daerah Kota Marudu ini.

Untuk makluman, Perkhemahan Perdana ini diadakan selama 3 hari bermula, 05


April, jumaat lalu sehinggalah hari ini 7 April 2019. Bertemakan ‘Insan Kreatif,
Peribadi Cemerlang’ Perkhemahan ini telah disertai oleh 14 buah sekolah rendah
dan 6 buah sekolah menengah dari seluruh daerah kota marudu melibatkan
peserta seramai 317 orang.

Salam syukur kami hulurkan,


Dengan izinNya bertemu di sini,
Rasa bangga kami lafazkan,
Kesudian hadirin berkampung berhari.

Ucapan Alu-aluan
Hadirin sekalian,

Emas tempawan buat puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya,mempersilakan Tuan Haji Marmoh bin Kasman,
Pengetua Cemerlang, Pengetua SMK Kota Marudu II untuk menyampaikan ucapan-
alu-aluan. Dipersilakan.

*Ucapan Alu-aluan*

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Marmoh bin Kasman atas ucapan alu-
aluan itu tadi.

Ucapan Perasmian
Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-aluan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan
Penolong Pegawai Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
untuk menyampaikan ucapan perasmian.

*Ucapan Perasmian*

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dicapkan kepada Yang Berusaha,


Encik Mohamad Razi bin Almalek atas ucapan perasmian itu tadi.

Penyampaian Jawatankuasa Pengelola (SMK Kota Marudu II)


Cenderahati Kenangan

Penyampaian Sijil Sekolah Rendah : Sekolah Menengah ;


Penghargaan dan
Penyertaan 1. SK Langkon 1. SMK Kota Marudu
2. SK Mosolog 2. SMK Bandau
3. SK Lampada 3. SMK Tandek 2
4. SK Marak Parak 4. SMK Tandek
5. SK Timbang Batu 5. SMK Kota Marudu II
6. SK Tanjung Batu 6. SMK Bengkongan
7. SK Gana
8. SK Tagaroh
9. SK Pekan
10. SK Panaitan
11. SK Bintasan
12. SK Popok
13. SK Talantang
14. SK Sampari
Penyampaian Hadiah Rujuk Lampiran
Penutup
Berakhirnya upacara penyampaian hadiah itu tadi, maka sampailah sudah kita ke
pengakhiran majlis dan Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS Peringkat Daerah ini.

Banyak keluk ke penarik


Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi.

Sesi Fotografi

Jamuan

Bersurai

Anda mungkin juga menyukai