Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS SAMBUTAN ROMBONGAN DARI SK SIMPOR

HARI : SELASA
TARIKH : 02.05.2023
TEMPAT : SKKLT
KEHADIRAN : 30 ORG

SAMBUTAN
1. HAYATI BT YUSOFF JURUACARA
2. SALMI BT HASHIM NUR FARADILLA BT KAMAL
3. AHMIDINAZIZ B. AHAMAD
4. MUHAMAD FAIZAL B. CHE ANI CENDERAMATA
5. GEETHA A/P SUPPIAH 1. NORRIZA ISMAIL
6. AZIZAH BT MOHAMED 2. HASLIDA BT ABU BAKAR

PERSEDIAAN TEMPAT DOKUMENTASI/ONE PAGE REPORT


NOORAINI BT IBRAHIM HALIMATULLAH BT IBRAHIM

JAMUAN BACAAN DOA


1. AZIZAH BT ARIFIN ABDUL MUTALIB B KARIYA
2. ABIDAH BT OTHMAN
3. NORHAFIZA BT MUSA PA SISTEM
4. MOHD NAZRI B MUSA MUGHITH B MOHAMED YUSOFF

**MAKAN 63 ORG SLAID POWERPOINT


**MENU NURUL AHZA BT HASNAN
- NASI AYAM
- 2 JENIS KUIH
- BUAHAN
- AIR
_________________________________________________________________________

PLAN (A) ***JANGKAAN ROMBONGAN TIBA


JAM 11.30AM
-Murid berkumpul di dewan
- Guru berkumpul di depan perkarangan Plan (B) (Sekiranya rombongan sampai
- Pengiring bawa ke pentas lewat.)
- Ucapan aluan MC
- Bacaan doa - Semua guru berada di perkarangan
- Ucapan PK 1 - Iring masuk ke blk mesy
- Ucapan GB Baru - Ucapan MC
- Jamuan di blk mesy - Bacaan doa
- Sumbangan guddis - Ucapan PK 1
- Bersurai - Ucapan GB baru
- Jamuan
- Pemberian Guddis
- Bersurai
CUE GURU DAN PELAJAR BERKUMPUL DI DEWAN SERI CATATAN
BUDIMAN
(mc) Arahan
Diminta semua pelajar dan guru-guru mengambil tempat supaya semua
masing-masing kerana majlis kita akan bermula sebentar pelajar berdiri
lagi.

CUE KETIBAAN YANG DIRAI, GURU BESAR BAHARU


(mc)
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Puan Guru Besar
SK Kem Lapangan Terbang yang baharu,
Puan Shahlela binti Harun ,
bersama rombongan barisan Pentadbir serta guru-guru
SK Simpor, ke dalam Dewan

CUE NYANYIAN LAGU NEGARAKU kiv


(mc) Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian
lagu negaraku.

(Selesai nyanyian)

(mc) Hadirin dipersilakan duduk.


CUE KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
(mc)
Adat ikan bermain lumpur,
Memang bunga idaman si dara
Adat makan sireh sekapur,
Kata disusun awal bicara.

Yang Diraikan,
Yang Berbahagia Puan Shahlela binti Harun, Guru Besar
SK Kem Lapangan Terbang,

Yang Berusaha, Pn. Hayati binti Yusoff, Penolong Kanan


Pentadbiran SK Kem lapangan Terbang,

Puan Salmi binti Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid,

Encik Ahmidinaziz bin Ahamad, Penolong Kanan


Kokurikulum,

Yang Dihormati, Barisan Penolong Kanan SK Simpor,


Rombongan guru-guru dari SK Simpor,

Barisan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hadirin sekalian,

Bersyukur kita kerana pada hari ini dapat kita bersama-


sama berkumpul di

Dewan Terbuka SK Kem Lapangan Terbang /


Bilik Mesyuarat SK Kem Lapangan Terbang,

untuk menyambut serta meraikan guru besar kita yang


baharu, iaitu Puan Shahlela binti Harun.

Puisi dialun madah termetrai


Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
SKKLT menguntum salam.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Kem Lapangan


Terbang merasa berbesar hati, mengucapkan selamat
datang serta mengalu-alukan Puan Guru Besar dan
semua tetamu jemputan dari SK Simpor yang sudi
bertandang ke sekolah kami.

CUE BACAAN DOA


(mc)
Tanam pisang bersama ciku,
Tanam biar dekat-dekat,
Marilah kita memohon restu,
Agar majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Abdul Mutalib Bin Kariya.

Dengan hormatnya dipersilakan.


CUE BACAAN DOA TAMAT
(mc)
Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Ustaz Abdul Mutalib Bin Kariya.atas
bacaan doa itu tadi.

CUE UCAPAN ALUAN PK PENTADBIRAN


Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di SKKLT kita bersua.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Dihormati, Puan Hayati binti Yusoff , Guru Penolong kanan
Pentadbiran, SK Kem Lapangan Terbang, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis mempersilakan.

CUE UCAPAN ALUAN tamat


Terima kasih diucapkan kepada, Puan Hayati binti Yusoff ,
Guru Penolong kanan Pentadbiran, SK Kem Lapangan
Terbang, atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.

CUE UCAPAN GURU BESAR / YANG DIRAI


(mc) Untuk makluman hadirin,

Pn. Shahlela merupakan mantan Guru Besar SK Simpor


yang telah berkhidmat sejak 7 Oktober 2019.

Beliau telah menerima surat penempatan pada 16 April


2023.

Dan bermula 17 April 2023, secara rasminya, Puan


Shahlela telah melapor diri ke SK Kem Lapangan Terbang
untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Besar di
sini pula.

Guru-guru dan murid sekalian;

Kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta.


Maka , dalam usaha mengenali Puan Guru Besar kita
dengan lebih dekat, marilah kita bersama-sama
mendengar ucapan pertama Guru Besar SK Kem
Lapangan Terbang yang baharu.

Dengan ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan

Puan Shahlela binti Harun , Guru Besar SK Kem


Lapangan Terbang untuk menyampaikan ucapan.

Dengan hormatnya dipersilakan Puan.

CUE UCAPAN GB TAMAT


(mc)
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucaptama Puan
Guru Besar itu tadi.
Sesungguhnya, warga SK Kem Lapangan Terbang
dengan sukacitanya sangat mengalu-alukan kedatangan
Puan.

CUE PENYAMPAIAN CENDERAMATA KIV


(mc)
Seterusnya, Majlis dengan ini menjemput Puan Hayati
binti Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran SK Kem
Lapangan Terbang, untuk menyampaikan cenderamata
kepada wakil SK Simpor . Dipersilakan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian


cenderamata daripada SK Simpor kepada SK Kem
Lapangan Terbang.

CUE PENYAMPAIAN cenderakenangan TAMAT


(mc)
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan
acara itu tadi.
CUE MAJLIS BERSURAI

(mc) Dari mana usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara tersasul,
Jangan disimpan di dalam hati.

Ubi manis ubi keladi,


Kalau ada ditambah lagi,
Sekiranya umur panjang direstui,
Kita pasti berjumpa lagi.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis


mohon mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang
Berusaha Guru Besar dan jutaan terima kasih diucapkan
kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis ini dapat
dilangsung dengan jayanya.

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

Majlis Bersurai.

**********
Para tetamu jemputan dari SK Simpor dijemput naik,ke
Bilik Mesyuarat sekolah untuk menikmati sedikit juadah
jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai