Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

MAJLIS MERAIKAN WARGA EMAS


KG. PASIR PUTEH KALUMPANG
HULU SELANGOR

TAHUN 2022

08 JANUARI 2022

PERKARANGAN BALAI RAYA KG. PASIR PUTEH KALUMPANG

Masa CUE JAMALIAH

8.55 pm Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-


tuan dan puan-puan ke Majlis Meraikan Warga Emas Kg.
Pasir Puteh Kalumpag berrsama Komuniti Kampung
anjuran MPKK KG. PASIR PUTEH KALUMPANG bagi
Tahun 2022.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


diminta mengambil tempat.

Para hadirin diminta utuk mematuhi SOP yang telah


ditetapkan oleh pihak KKM dan juga Kerajaan. Penjagaan
penjarakan sosial dan juga memakai pelitup muka.

(Lagu Kita Sekampung dimainkan)

Masa CUE TARMIZI

9:00 pm Kata Aluan kepada Ucapan Terima Kasih dan selamat datang kepada para
Para VIP VIP dan Penyumbang Program dan juga para hadirin.

Masa CUE JAMALIAH

9:05 pm Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada malam ini, dipersilakan Ustaz
Razmin Imam Surau Kg. Pasir Puteh Kalumpang untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Masa CUE TARMIZI

9.05 pm Setelah semua Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


hadirin berada di
tempat duduk Yang Berbahagia HJ. AMRAN SAKIR
Penyelaras DUN Hulu Bernam.

Yang Berusaha EN. MOHAMMAD ZAIM BIN MOHAIMIN


Penghulu Mukim Kalumpang

Yang Berusaha Dato Rafei


Penyumbang

Yang Berusaha Kalumpang Resort (Nama)


Pengusaha Resort
Yang Berusaha Nahara Resort (Nama)
Pengusaha Resort

Yang Berusaha Tuan Supritendan (Nama)


Ketua Balai Kalumpang

Yang Berusaha Ustaz Yazuli


Imam 1 Masjid At Taqwa Kalumpang

Yang Berusaha Pengerusi Surau (Nama)


Pengerusi Surau Kg. Pasir Puteh Kalumpang

Yang di Kasihi dan dihormati En Shamsuddin Bin Abu


Samah
Ketua Kampung Kg. Pasir Puteh Kalumpang

AJK AJK MPKK & Para Hadirin yang dirahmati Allah


sekalian

Masa CUE JAMALIAH


Ucapan alu-aluan
9:05 am pengerusi majlis : Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Setelah semua para Assalamualaikum pembuka bicara
tetamu jemputan Selamat datang untuk semua
dan hadirin duduk
Hari ini memugal jagung
Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta


mengalu-alukan kehadiran yang EN. SHAMSUDDIN BIN
ABU SAMAH Pengerusi MPKK Kg. Pasir Puteh
Kalumpang dan Barisan AJK beliau kerana menganjurkan
Majlis Meraikan Warga Emas Kg. Pasir Puteh Kalumpang
2022.

Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua


para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin ke Majlis yang diadakan pada malam ini.

Masa CUE TARMIZI


Hadirin yang dihormati,
9.05 pm Ucapan alu-aluan
Pengerusi MPKK Bagi meneruskan majlis pada malam ini, dimulakan
dengan menjemput Yang Berusaha, Yang Di Kasihi dan Di
Sayangi EN. SHAMSUDDIN BIN ABU SAMAH selaku
Ketua Kampung & Pengerusi MPKK Kg Pasir Puteh untuk
menyampaikan kata aluan dan sedikit ucapan. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.

Masa CUE JAMALIAH


Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang
9.15 pm ucapan Pengerusi Berusaha EN. SHAMSUDDIN BIN ABU SAMAH selaku
MPKK Ketua Kampung & Pengerusi MPKK Kg Pasir Puteh. Pihak
majlis mengucapkan terima kasih kepada EN.
SHAMSUDDIN atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.

Masa CUE TARMIZI

9.15 pm Ucapan YB Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berbahagia


Hj. Amran Bin Sakir selaku Penyelaras DUN Hulu
Bernam seterusnya merasmikan Majlis pada malam ini.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


Setelah selesai terima kasih kepada Yang Berbahagia Hj. Amran Bin Sakir
9.20 pm ucapan YB atas ucapan dan kesudian merasmikan Majlis Meraikan
Warga Emas Kg. Pasir Puteh 2022 sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan sedikit Tazkirah yang bertajuk


Tazkirah pentingnya Kasih Sayang & hubungan Silaturrahim
bersama masyarakat.

Untuk memulakan Tazkirah pada malam ini, dipersilakan


Yang Dihormati Ustaz Hj. Yazuli bin Rosli selaku Imam
1 Masjid At Taqwa Kalumpang. Dengan ini majlis
menjemput Ustaz untuk menyampaikan tazkirah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Yazuli atas
kesudian menyampaikan Tazkirah yang penuh bermakna.
Semoga apa yang disampaikan dapatlah sama–sama kita
mengambil pelajaran bersama.
Masa CUE JAMALIAH

9.35 pm Setelah selesai (Jamaliah)


tazkirah Lebat rumbia dahannya rendah
Sayang senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

(Tarmizi)
Terbang sekawan siburung merbuk
Batang selasih di Tanjung Jara
Padamu tuan/puan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra
(Jamaliah)
Sungguh indah bunga kemboja
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan/puan yang budiman

Acara selingan Sambil menjamu selera dijemput Saudara Husni untuk


Nyanyian menyampaikan lagu bagi mengimbau kenangan lama.

9.45 pm Selesai Acara Bagi meneruskan acara Dijemput Hj Amran Sakir dan
selingan Nyanyian. diiringi Ketua Kampung Pasir Puteh untuk memberi
Sumbangan Bantuan Persekolahan kepada 10 keluarga
yang terpilih. Dipersilakan

Menjemput para Panggil nama penerima Sumbangan. (Senarai nama)


penerima
sumbangan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Hj. Amran Sakir
dan Ketua Kampung atas kesudian menyampaikan
sumbangan sebentar tadi.

9.55 pm Majlis diteruskan lagi bagi acara Penyampaian Hadiah


Penghargaan kepada Warga Emas yang hadir pada
malam ini dan diminta sekali lagi Hj. Amran Bin Sakir dan
ketua Kampung ke pentas untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Sebelum panggil Penyampaian hadiah ini akan dilakukan sebanyak dua


nama umumkan sessi. Nama yang dipanggil sila tampil kedepan dan
menerima hadiah. Selepas sessi pertama. Kita
mempunyai selingan dimana akan menjemput Warga
Emas (pasangan / solo) untuk menyampaikan lagu.
(2 lagu)

Dan selepas itu kita akan sambung untuk Sessi Kedua


penyampaian hadiah.

Untuk makluman tuan/puan, hadiah yang disampaikan


adalah sebagai tanda penghargaan kepada Warga Emas
yang sama-sama menjaga kerhamonian kampung dan
mengekalkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat.

10.00 pm (panggil nama penerima)

10.15 pm Maka selesailah sessi pertama pemberiah hadiah.


Dijemput penyanyi / pasangan pertama untuk
menyampaikan lagu bagi mengimbau kenangan-kenangan
lalu.

Masa CUE TARMIZI

10.30 pm Setelah selesai Majlis mengucapkan terima kasih kepada penyanyi kerana
persembahan menyampaikan lagu dengan penuh kesungguhan dan
nyanyian sporting. (beri tepukan)

Dengan ini majlis akan diteruskkan dengan pemberian


hadian Sessi ke dua. Dijemput Penghulu dan Ketua
kampung untuk memberi hadiah tersebut.
(sebut nama penerima)

Masa CUE JAMALIAH

10.50 pm Pemberian hadiah Hadirin dan hadirat yang dihormati, acara seterusnya
kepada AJK MPKK adalah pemberian hadiah penghargaan kepada AJK
dan cenderahati MPKK atas kesudian dan kesanggupan menggalas
kepada VIP tanggungjawab tanpa mengira penat dan lelah bagi
membantu ketua kampung untuk melancarkan tugas-tugas
ketua kampung. Menjemput Penghulu dan Ketua
Kampung untuk menyampaikan Hadiah Penghargaan.

(panggil nama ajk dan jawatan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada penyanyi


Penghulu dan Ketua Kampung.

Umum pemberian cenderahati kepada para VIP dan


Penyumbang Program yang disampaikan oleh KETUA
KAMPUNG

(umum nama penerima)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada para VIP dan


11.00 pm Penyumbang kerana sudi hadir bagi memeriahkan acara
pada tahun ini.

(umum bahawa bagi yang berminat untuk


menyumbangkan lagu. Boleh lah menyumbangkan suara
selepas ini sehingga jam 11.45 malam.)

Maka dengan ini Sempurnalah sudah Majlis Meraikan


Warga Emas Kg. Pasir Puteh bagi tahun 2022. Diharap
program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
sesama kita, dan kepada semua hadirin kami memohon
ampun dan maaf jika ada kekurangan dari pihak MPKK
dalam menjayakan acara pada malam ini. Kami memohon
ampun dan maaf dan menyusun sepuluh jari jika ada
salah dan silap dari pihak MPKK selaku penganjur
program pada malam ini.

Masa CUE TARMIZI

11.00 pm Penutup Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan dan hadir ke program ini.

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah


11.45 pm Bersurai w.b.t

Anda mungkin juga menyukai