Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN BENGKEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN KESEDARAN SIVIK KEMAS PETALING JAYA

2019
Masa CUE ANN 1

8.05 am Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke Bengkel Kecemerlangan Kepimpinan &
Kesedaran Sivik Kemas Petaling Jaya 2019.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


diminta mengambil tempat.

Masa CUE ANN 2

8.10 am Lagu Negara ku Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku,Lagu


dimainkan Negeri Selangor serta Lagu KEMAS.

Para hadirin diminta berdiri.

YB, para tetamu Mohon hadirin sekalian mengambil tempat.


jemputan dan
hadirin dijemput
duduk
TEKS UCAPAN BENGKEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN KESEDARAN SIVIK KEMAS PETALING JAYA
2019

Masa CUE ANN 3

8.15 am Setelah semua


hadirin berada di Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam
tempat duduk sejahtera

Yang Berbahagia EN MOHD ISMAIL BIN HJ DIKON,


Penyelia Kanan KEMAS Daerah Kuala Selangor
selaku penceramah jemputan kita pada hari ini.

Yang Berusaha CIK NAZIHAH BINTI HJ HAMALUDDIN,


Majlis Tertinggi Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak
Parlimen Petaling Jaya.

Turut hadir penyelia-penyelia yang disanjungi


PUAN MARIAM BT SARUNAN
PN NORAINI BT NAZIM
PN NORIZA BT ABU
PN HASIMAH BT HJ SIKING

Pengerusi-pengerusi tabika, para Ahli Jawatankuasa tabika


serta rakan-rakan sekerja yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi saya ucapkan.

Masa CUE ANN 4

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan


ENCIK MOHAMED ROSLI BIN MOHAMED MUSTAFA
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Selepas bacaan doa Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi.
TEKS UCAPAN BENGKEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN KESEDARAN SIVIK KEMAS PETALING JAYA
2019
Masa CUE ANN 5
Taklimat Ringkas
8.20 am Penyelia Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta


mengalu-alukan kehadiran tuan dan puan ke Bengkel
Kecemerlangan, Kepimpinan dan Kesedaran Sivik KEMAS
Petaling Jaya bagi tahun 2019.

Majlis dimulakan dengan penyampaian taklimat ringkas


daripada Majlis Tertinggi Penyelia pada hari ini iaitu CIK
NAZIHAH BINTI HJ HAMALUDIN.

Majlis mempersilakan.

Tamat ucapan Terima kasih diucapkan kepada Cik Nazihah atas taklimat
penyelia sebentar tadi.

Masa CUE ANN 6


Hadirin yang dihormati,
8.30 am Ceramah dimulakan
Tanpa melengahkan masa ,
Majlis menjemput Yang Berusaha
EN MUHAMMAD ISMAIL BIN HJ DIKON
Penyelia kanan KEMAS Daerah Kuala Selangor bagi
menyampaikan pengisian beliau pada pagi ini berkaitan
PENGURUSAN PROGRAM KEMAS YANG EFISIEN.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Masa CUE ANN 7

11.30 am Setelahselesai Demikianlah tadi pengisian yang disampaikan oleh En


ceramah Pengetua Muhammad Ismail. Diharap supaya tuan puan dapat
mengambil input yang positif.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berusaha atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
TEKS UCAPAN BENGKEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN KESEDARAN SIVIK KEMAS PETALING JAYA
2019

Masa CUE ANN 8

11.30 am Kehadiran VIP Mengumukan ketibaan*

Yang Berbahagia TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR


Ahli Dewan Undangan Negeri, Seri Setia

Yang Dihormati, PUAN NORAINIE HAZIQAH BINTI SHAFI’I


Ahli Majlis Zon Dua Puluh Empat

Yang Dihormati ENCIK MOHD SAFRI BIN TAMBONG


Pegawai KEMAS Daerah Petaling

ENCIK MUHAMMAD ISMAIL BIN HJ DIKON


Penyelia Kanan KEMAS Daerah Kuala Selangor

Para penyelia, pengerusi-pengerusi, Ahli Jawatankuasa


Tabika serta hadirin sekalian.

Ucapan PKD Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kata alu-aluan oleh


ENCIK MOHD SAFRI BIN TAMBONG.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Safri atas
ucapan alu-aluan penyampaian sepatah dua kata sebentar tadi

Ucapan YB Tibalah masa yang dinanti-nantikan ,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput YANG


BERBAHAGIA TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR, ADUN
SERI SETIA bagi menyampaikan ucapan beliau SEKALIGUS
merasmikan majlis kita pada hari ini.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


Habis ucapan YB kasih kepada YANG BERBAHAGIA TUAN HALIMEY BIN
ABU BAKAR, ADUN SERI SETIA atas ucapan dan kesudian
merasmikan BENGKEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN
DAN KESEDARAN SIVIK KEMAS PARLIMEN PETALING
JAYA TAHUN 2019.
TEKS UCAPAN BENGKEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN KESEDARAN SIVIK KEMAS PETALING JAYA
2019
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil kepada para


peserta

Majlis menjemput

________________________________________
Bagi menyampaikan sijil kepada para peserta.

Penyampaian sijil Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan

untuk menerima cenderamata dari pihak majlis.


Penyampaian Dengan segala hormatnya dipersilakan.
cenderamata

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu


Penutup
jemputan kita kerana sudi meluangkan masa serta bersama-
sama menjayakan majlis ini.

Para VIP dipersilakan menikmati jamuan yang telah


disediakan.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi maka


berakhirlah program kita pada hari ini. Sekali lagi majlis
merakamkan jutaan terima kasih buat kalian yang sudi
bersama kami pada hari ini.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan


dalam pengendalian program pada hari ini, saya bagi pihak
jawatankuasa dengan rendah hati memohon ribuan ampun
dan maaf.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari yang Maha Esa dan
yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Sekian terima kasih, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai