Anda di halaman 1dari 5

Dinner’s Script

Untuk makluman para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat duduk masing-masing.
Dari dewan kelab shah alam, seksyen 13, kami membawakan
majlis makan malam pancaragam tahun 2022. Yang bertemakan ”masquerade prom night”
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Yang berusaha,
Puan Nor’ini Binti Hamzah Penolong Kanan Kokurikulum
Yang berusaha,
Puan Suhalia, Puan linda ,dan Puan hani, selaku Barisan guru-guru penasihat pasukan pancaragam sekolah.
Yang berusaha,

ketua pancaragam sekolah


Cik Rosmahiyyah Binti Mohd Halim selaku Band Major 2022

Encik Ahmad Faiz Hakim Bin Ahmad Shahrin selaku Drum Major Pancaragam 2022

Serta hadirin yang di hormati sekalian.


Ucapan Pembukaan:
Selamat malam dan salam sejahtera.
Selamat datang ke majlis makan malam pancaragam tahun 2022.
Izinkan saya berpantun bagi memulakan majlis makan malam pada malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia & keizinan-Nya
dapat kita dipertemukan di dalam sebuah majlis yang bermakna sebegini.

Kami bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta tetamu yang berhormat.
Terima Kasih diucapkan kepada barisan pentadbir kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada malam ini.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian,
Majlis Makan Malam Pancaragam Tahun 2022 ini merupakan majlis yang dilaksanakan untuk menyerahkan
Jawatan kuasa kepada ahli jawatan kuasa tahun 2023.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis, dijemput saudara Abdul Baqie bagi memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(doa)

Amin amin ya rabbal alamin.


Terima kasih diucapkan kepada Saudara Abdul Baqie di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan oleh Barisan Pentadbir:

Hadirin yang dihormati,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada

Puan Nor’ini Binti Hmazah selaku penolong Kanan Kokurikulum.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( PK KOKO BERUCAP)

Majlis marakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Nor’ini atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, Majlis menjemput Rosmahiyyah Binti Mohd Halim merangkap Band Major Pancaragam 2022
Untuk memberi sepatah dua kata.
(BM’s bercakap)
Kini, Majlis mempersilakan Ahmad Faiz Hakim Bin Ahmad Shahrin selaku Drum Major Pancaragam 2022
Untuk memberi sepatah dua kata.
(DM bercakap)
Terima kasih diucapkan kepada Band Major dan Drum Major atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Acara Perasmian Majlis:

Seterusnya, dijemput, Puan PK KOKO, diiringi dengan Band Major dan Drum Major
Naik ke atas pentas untuk memotong kek sekaligus merasmikan majlis makan malam pada malam ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan,

(POTONG KEK, RASMIKAN MAJLIS)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan PK KOKO, diiringi dengan Band Major dan Drum Major
diatas kesudian merasmikan majlis makan malam.

Jemput Makan- Persembahan:

Dijemput para hadirin sekalian untuk mengambil makanan sambil menyaksikan


persembahan oleh ahli pancaragam.

(saxo:Yani, Piano:Adneen, Trio: fly me to the moon)

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Official Handover ( Ambil Perhatian):

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyerahan jawatan kepada Ahli Jawatan Kuasa 2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Nor’ini untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis.

(Puan Nor’ini naik atas pentas – serah jawatan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nor’ini atas kesudian Beliau untuk menyerahkan
Jawatan kepada Ahli jawatan Kuasa 2023

Ucapan Band Major dan Drum Major 2023:


Seterusnya, majlis mempersilakan Band Major bagi tahun 2023 untuk memberikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(2023 BM cakap)

Kini, dipersilakan Drum Major bagi tahun 2023 untuk memberikan ucapan beliau.
(2023 DM cakap)
Pengumuman Prom King and Prom Queen:

Hadirin sekalian,

Sekarang, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.


Majlis diteruskan dengan Prom King dan Prom Queen yang telah menarik perhatian ramai.
Majlis mempersilakan Rosmahiyyah dan Ahmad Faiz Hakim untuk menyampaikan Title tersebut.

(PK&PQ)

Persembahan:
Tibalah masa untuk kita Bersama-sama menyaksikan persembahan nyanyian oleh Khaira dan Irdina
Dengan lagunya berjudul Tak Ingin Usai.

(Khaira& Irdina nyanyi)

Sesi Bergambar:
(DELISHA)

Lucky Draw:
Sebelum kita menamatkan majlis, Kami telah menyediakan Cabutan bertuah sebagai penutup acara.
Dijemput Rosmahiyyah / Faiz Hakim untuk menyampaikan Hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

(penyampaian hadiah)

Penutup:

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah kepada pemenang itu tadi, Maka berakhirlah Majlis Makan Malam
Pancaragam 2022 pada malam ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.

Semoga kerjayaan yang diperoleh pada tahun ini dapat dikekalkan dan ditambahbaik pada tahun-tahun berikutnya.

Berakhir sudah Majlis kita,


Moga bursua tahun hadapan;
Andai ada tersasul kata,
Salah silap mohon dimaafkan.
Saya syafiqah dan saya Razana ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Wabilahitaufikwalhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

Anda mungkin juga menyukai