Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada- Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk menyambut dan meraikan lawatan Penanda Aras Majlis Guru Besar Pasir
Gudang ke sekolah kami pada pagi yang berbahagia ini . Mudah-mudahan
lawatan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama dan
bertukar-tukar pengalaman demi memantapkan proses pengurusan pendidikan
negeri kami khasnya dan pendidikan di Malaysia amnya, di samping
mengeratkan tali silaturrahmi antara kami.

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,


Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan
bumi,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-
Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat- Mu serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintah- Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat


Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa
kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di
sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

Ya Allah , jadikanlah majlis permuafakatan kami ini sebagai perkongsian pintar


yang diberkati dan dirahmati . Dan berikanlah kami kekuatan untuk
menyebarluaskan pengalaman dan nikmat yang telah kami perolehi setakat
ini untuk dikongsi pakai oleh sahabat seperjuangan kami, moga dengan ini kami
akan sama-sama menuju kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai