Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum wrb, Salam bahagia dan Salam sejahtera.

Terima kasih, kepada anda… yang


memilih untuk bersama-sama kami. Pada saat dan ketika ini, anda sedang mengikuti sebuah
program Sembang Santai Hijrah secara langsung dari Facebook live, Sekolah Kebangsaan Pulau
Indah.

Pada malam ini, 1 Ogos 2022 bersamaan dgn mlm ini sudah 3 Muharram 1444 hijrah. Masih
belum telambat bagi kita meraikan, suatu peristiwa besar bagi umat Islam. Jadi program pada
malam ini khas bersempena Maal Hijrah 1444 hijri.

Berkonsepkan sembang santai, kami akan membuka ruang kepada anda, untuk bertanyakan
soalan maupun luahan, yang berkaitan dengan dengan hijrah. Bermula dari 8.15 malam
sehingga pukul 9 malam. InsyaAllah segala pertanyaan dan luahan akan saya ajukan kepada Al
Fadhil Ustaz Syamsul Debat. Manakala, selepas pukul 9 malam sehingga 9.15, sekiranya anda
mempunyai soalan lain yang tidak berkaitan dengan hijrah. Seperti contoh, anak saya nakal
ustaz. Suami saya tak lucu ustaz. Macam mana nak buat. Segala soalan terbuka, kami buka
untuk anda bertanyakan diruangan komen.

______________________________________________________________________________

Di sini, saya tidaklah berseorangan, turut hadir secara langsung bersama-sama saya pada
malam ini. Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Hazi Bin Kadir. Saya turut difahamkan, kita
juga turut berkolaborasi bersama-sama dengan 6 buah lagi sekolah.

1. SK Meru (2) Jalan Paip


2. SK Sungai Kapar Indah
3. SK Taman Sri Andalas
4. SK Convent (2) Klang
5. SK Batu Belah, Klang
6. SK Parit Lapis, Johor

UCAPAN GB

Baiklah, malam ini sempena maal hijrah, kita akan mengupas tajuk berkaitan hijrah bersama
dengan penceramah jemputan kita pada malam ini. Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Syamsul
Debat, Terima kasih ustaz sudi bersama² kami pada malam ini.
Namun, sebelum kita mengikuti sesi Sembang Santai kita. Terlebih dahulu saya menjemput
Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Pulau Indah, Encik Hazi Bin Kadir untuk memberi ucapan
alu-aluan. Dipersilakan.

Terima kasih Tuan gb, en hazi bin kadir.

PENGENALAN BIODATA RINGKAS

"Sembang Santai Hijrah" begitulah tajuk kupasan kita pada hari ini, yang dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Islam SK Pulau Indah. Bersama dengan penceramah kita pada malam ini, Yang mana
saya akan perkenalkan serba sedikit latar belakang beliau.

Nama beliau adalah : Syamsul Amri Hj Ismail @ lebih dikenali sebagai *Syamsul Debat*

Lahir pada 3 Ogos *TAHUN DIRAHSIAKAN*

Dilahirkan di Kampung Ayer Dedali, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan

Pendidikan awal, bersekolah di :

Sekolah Kebangsaan Paroi

SM Agama Persekutuan Labu

SMKA Sheikh Hj Mohd Said

Seterusnya, menerima :

Diploma in Public Admin dari UiTM dan

Ijazah Sarjana Muda Undang2 juga dari UiTM

Pengalaman, merupakan :

Sales Executive di British Berkefeld Sdn Bhd

Guru di SMK Bukit Mewah Seremban pada tahun 1995


Guru di SRJK(C) Pei Hua Seremban juga pada tahun yang sama

Pegawai Pendakwa di Majlis Perbandaran Seremban 2004 - 2007

Pengarah Undang-Undang / Penasihat Undang-Undang di Majlis Perbandaran Nilai 2007 - Mei


2018

Personaliti TV Al-Hijrah : dengan slot

*Rancangan Syamsul Debat*

*Rancangan Sejuta Rahsia*

*Rancangan Duo Syamsul*

*Rancangan Jom Simpan Tabung Pendidikan - PTPTN*

*Rancangan E-Kaunter Netizen*

Juga merupakan Personaliti TV Astro

*Rancangan Lawak Tak Lagha - di Astro Warna*

*Rancangan Tazkirah Malam Jumaat - Astro Oasis*

Personaliti Radio SINAR

*Rancangan Nak Bahagia Utama Keluarga bersama Abby Fana*

Personaliti Radio Negeri FM

dan

*Ahli Panel - Forum Perdana RTM*

Begitulah serba sedikit biodata ringkas berkaitan dengan penceramah kita. Jadi bagi anda yang
sedang menonton kami, anda bukan sahaja blh menonton di fb live sk pulau indah. Anda juga
boleh menonton melalui laman youtube. Anda boleh turunkan komentar dan persoalan anda
diruangan komen. Nanti saya akan bacakan soalan @ perkongsian tentang makna hijrah bagi
diri anda. Mudah mudahan program kita bermanfaat seisi keluarga. Nampak mcm muslimin
muslimat, sedulor- sedulor, mcm dah tak sabar utk menonton dan mendengar. Tanpa
melengahkan masa, saya menjemput yg berbahagia ustaz.

Apa kabar ustaz, Terima kasih sudi bersama-sama kami.

Soalan pertama saya,

1. Bila kita bercakap tentang hijrah. Dia tidak lari dari semangat pengorbanan. Soalan saya,
adakah pengorbanan itu merupakan 1 prasyarat untuk kita mencapai kejayaan dalam
kehidupan kita ni.

SESI SOAL JAWAB

Alhamdulillah, rancak diruangan komenter kita juga, ada beberapa soalan yang ditujukan
kepada ustaz.. Disini ada beberapa soalan dengan saya ustaz. Antaranya soalan daripada ****
dia bertanya,

Soalan seterusnya dari pemilik fb, soalannya berbunyi..

1. Bila kita bercakap tentang hijrah. Dia tidak lari dari semangat pengorbanan. Soalan saya,
adakah pengorbanan itu merupakan 1 prasyarat untuk kita mencapai kejayaan dalam
kehidupan kita ni.

2. Untuk melakukan perubahan, berhijrah kepada yang lebih baik tu. Kadang² x susah ustaz.
Niat dalam hati kuat, aku boleh, malaysia boleh. Yang menjadi masalah tu ustaz. Nak
mengekalkan perubahan tu. Awal² dia memang berkobar. Makin lama... ahh.. rehat la dlu hari
ni. Esok la mula balik. Soalan sy ustaz. Ada tak, apa² tips yg dapar ustaz bagi. Agar semangat tu,
kekal berkobar.
3. Ada segelintir rakan² rapat kita, sanak saudara kita sendiri. Diri kita sendiri ni x berapa nak
baik juga ustaz. Tapi bila tengok mereka ni. Kita rasa, teruk sangat ni.. tapi kerana kita sayang
akan mereka. Bagaimana cara, kita nak bawa rakan² kita tadi ni. Berhijrah kepada yang lebih
baik. Sikit pun x apa laa..

4.

TAMAT

Saya berharap, seluruh yang telah menonton dan mendengar, agar kita dapat benar² menjiwai
bahawa keperluan kita kepada perubahan maupun hijrah ini adalah sangat mendesak. Bukan
sahaja perubahan kepada diri kira masing². Tapi juga perubahan, hijrah sepertimana yang telah
kita dengar tadi, iaitu hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasulnya.

Dengan itu berakhirlah program kita pada malam ini. Saya mewakili Panitia Pendidikan Islam SK
Pulau Indah memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan
kesilapan. Tidak lupa AL Fadhil Ustaz Syamsul Debat. Jutaan terima kasih kerana sudi bersama-
sama kami pada malam ini. Akhir kata, usikumu naksi bitak wallah. Allahul muafik. ……..

Anda mungkin juga menyukai