Anda di halaman 1dari 4

*Sebelum start 8:00 p.

Mohon perhatian

Majlis akan bermula sebentar lagi. Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan masuk ke
perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri.

- Ketibaan VIP - 

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Encik Rasul Maideen bin Haja Maideen, pengetua
cemerlang smk shah alam, diiringi tetamu2 terhormat masuk ke perkarangan majlis.

Hadirin dipersilakan duduk.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali;

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu ilahi.

8:15 p.m

Assalamualaikum wbt,

Selamat dtg ke Majlis Akhir Tahun bagi tahun 2022. Terima kasih kpd semua hadirin yg bersama-sama
menceriakan majlis pada malam ini. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi krn dgn limpah
kurnianya dpt kita berkumpul bersama-sama di majlis ini. Saya Faiz Aliqa dan saya Zafran akan
mengacarakan majlis pada malam ini.
BACAAN DOA MULA

 
           Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
 
Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angakat tangan jari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yg penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yg akan dibacakan oleh saudara
Farish Hazeeq bin Rosli. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.
 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kpd Farish Hazeeq atas
bacaan doa itu tadi.

Untuk meneruskan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Encik Rasul Maideen bin Haja
Maideen pengetua cemerlang smk shah alam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dgn hormatnya mempersilakan.
 
Terima kasih diucapkan kpd pengetua cemerlang Encik Rasul Maideen atas ucapan yg telah
disampaikan sebentar tadi.
-ucapan wakil pelajar (nopal) *kalau sempat

[DOA MAKAN]

Lebat rumbai di sungai kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Pinggan tersedia hidangan indah,
Samalah duduk menjamu selera.

[Ambil makanan]

Tanpa melengahkan masa, dijemput sekali lagi saudara Farish Hazeeq untuk membacakan
doa makan.

Sementara para tetamu menjamu selera, mari kita saksikan montaj yg telah disediakan oleh
saudara Naufal Hakimi.
9:00 p.m
Majlis diteruskan dgn persembahan pembukaan drpd (f2 aspura). Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd (persembahan form 2) di atas persembahan yg
penuh bersemangat dan bertenaga. Persembahan pembukaan yg baru kita saksikan tadi
merupakan hasil bimbingan saudara Farish Hazeeq. Semoga hadirin sekalian terhibur dgn
persembahan yg jarang2 kita dpt saksikan itu tadi.

*MULA INFORMAL
-cakap nak start game teka-teki
 Maksud tcm
 Maksud mad asli
 Lagu – night changes @ hype boy

-persembahan aspuri
Kita meneruskan majlis dgn persembahan drpd pelajar2 aspuri yg dibimbing oleh saudari
Nurin Farisha Sofea yg comel lagi cantik ^-^.

-persembahan f3
Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita saksikan persembahan drpd pelajar aspura ting. 3

-game lucky seat (mission)


1 lelaki 1 perempuan

-persembahan penyanyi misteri (Naufal Hakimi)


Jadi..seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan drpd penyanyi misteri..dipersilakan
Terima kasih saudara Naufal atas persembahan yg memukau itu tadi.

Sesi potong kek (may-disember)


PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat yg di Rahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dgn penyampaian sijil
dan cenderahati.
 
Oleh itu Majlis dgn segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Rasul Maideen bin Haja Maideen, untuk tampil ke hadapan pentas untuk
menyampai sijil dan cenderahati. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

Didahulukan (nama) Tuan Haji / Puan Hajah

Majlis mengucapkan terima kasih kpd Encik Rasul Maideen atas kesudian menyampaikan
cenderahati kpd Tuan Haji/ Puan Hajah. Mohon Encik Rasul Maideen untuk mengambil
tempat.

*PENUTUP* 9:50 p.m


-persembahan penutup drpd form 4 (semua)

Nampaknya masa telah mencemburui kita kerana kita sudah berada di penghujung acara

Buah rambutan untuk dimakan,


Simpan sedikit buat cik siti;
Salah dan silap harap dimaafkan,
Ada jodoh berjumpa lagi.

Sekian drpd saya Zafran dan Faiz Aliqa. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.

10:00 p.m
Bersurai

Anda mungkin juga menyukai