Anda di halaman 1dari 6

Monday, 11 August 2014

SKRIP MC DI MAJLIS HARIJADI OPAH 2018


Kata Aluan Indah Berbalam Si Awan Petang Arif
Berarak Di Celah Pepohon Ara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Kami Bawakan Kepada Anda Majlis “2018 Birthday Celebration For


Opah” anjuran Rumah Kebajikan Sri Mesra dengan kerjasama
Kings Chakoteow Ampang.

Malam ini, saya Encik Arif, Sukarela di Mesra Home akan


menemani anda sebagai pengacara bagi meneruskan program2 kita
pada malam ini.

Kata Bismillahir Rahmanir Rahi M Arif


Pembukaan Assalamu `Alaikum W.B.T. & Salam 1 Malaysia

Yang di Berbahagia dan di alu2kan

Yang Berusaha

Yang Diraikan
Nenek2, Opah2, Wan2, Warga Mesra Home yang sentiasa di kasihi

Barisan Tenaga Kerja Mesra Home,


Rakan Taulan, serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah
Sekalian.

Ucapan Mc Saya  Mewakili Rumah Kebajikan Sri Mesra  Mengucapkan Jutaan Arif
Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kedatangan Tuan-Tuan
Dan Puan-Puan  Ke Majlis Sambutan Ulangtahun Opah 2018 Pada
Malam Ini.

Sesungguhnya Majlis Yang Kita Adakan Ini, Adalah Untuk Meraikan


Ulangtahun bagi tahun 2018 Warga Mesra Home. Mungkin bagi
kebanyakan dari kita, sambutan ulangtahun begini adalah perkara
yang biasa dirai saban tahun, tetapi bagi kami di Mesra Home, yang
menjadikan majlis ini begitu ‘special & grand’ di mata dan di hati
kami ialah sambutan ulangtahun ini diraikan bersama mereka yang
begitu istimewa sekali di hati kami, merekalah opah2 kami yang
kami sayangi, nenek2 kami, dan tok wan yang selalu kami kasihi.
Dan tak di lupakan juga anda, para hadirin sekalian.
Hadirin Sekalian En.Arif

Sarung Ketupat Berisi Inti


Dibawa Budak Sambil Berlari
Kehadiran Semua Sangat Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri         

Sebagai merafakkan kesyukuran dan Menambah Keberkatan Majlis


Kita Pada Malam Ini, Marilah Kita Mengaminkan Doa Yang Akan
Dibacakan Oleh En. _______________.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabibil Alamin.

Majlis Merakam Ucapan Terima Kasih Kepada  En.


_______________  Di  Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.

Ucapan Puteri Bongsu Cantik Mejelis, Arif


Pengarah Dari Kayangan Turun Ke Pekan,
Untuk Menambahkan Keserian Majlis,
Ucapan Tuan Pengerusi  Kita Dengarkan.

Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan &


Menjemput  Yang Dikasihi, Puan Faezah Binti Ali , Naib Pengerusi
Mesra Home  Untuk Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Dengan
Hormatnya Majlis Mempersilakan .

---------Ucapan---------------

Majlis Merakamkan Ucapan  Terima Kasih Kepada Puan Faezah Ali


Diatas Ucapan Yang Sangat Bermakna Untuk Kita Semua
Hadirin Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.
Nyanyian Majlis Memohon Sekali Lagi  Kepada Tuan Pengerusi Untuk En.Arif
Bersama-Sama Warga Mesra Home Untuk  Meneruskan Acara
Seterusnya Iaitu Acara Memotong Kek
Hadirin Yang Dihormati Sekalian Diminta Berdiri Dan Sama-Sama
Menyanyikan Lagu  “Allah Selamatkan Kamu”

♫♫♫♫♫-----Pasang Lagu ----♫♫♫♫

Potong Kek Sampai Habis Potong Kek. Arif


Selesai Sudah Majlis Upacara Sinonim Dengan Ulang Tahun Iaitu 
Memotong Kek Dari Tuan Pengerusi & Warga Mesra Home Yang
Diraikan . Tuan Pengerusi Dan Tetamu Diraikan Dipersilakan Untuk
Mengambil Tempat Duduk Semula.

Para Hadirin Dipersilakan Duduk.


Makan Limau Purut Berbuah Sarat En.Arif
Dipetik Datuk Simpan Di Para
Makanan Terhidang Tanda Isyarat
Isyarat Untuk Menjamu Selera

Hadirin Hadirat Yang Dirahmati Sekelian

Majlis Menjemput Tuan Pengerusi Dan Hadirin Sekalian Untuk


Menjamu Selera Dengan Juadah Yang Disediakan.

Bagi Hadiah Para Hadirin Yang Kami Hormati Sekalian. Arif


Harijadi
Jun & Mei Sementara Para Hadirin Menjamu Selera, Majlis Diteruskan Lagi
Dengan Acara Persembahan Yang Di Sediakan Khas Oleh Pihak
Mesra Home bagi menghiburkan Warga Mesra Home dan Para
Hadirin sekalian.

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Encik Arif , Sukarela Mesra


Home Dengan Persembahannya yang Pertama.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Seterusnya, menghangatkan majlis kita malam ini, Di Jemput


Untuk Mencabut Nombor Bertuah Kita Yang Pertama untuk Malam
ini. Pemenang bertuah akan menerima hadiah berupa

Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Nabila Al-Muna Diatas


Kesudian Beliau mencabut nombor bertuah dan Menyampaikan
Hadiah Kepada pemenang yang bertuah.

Persembaha Seterusnya, Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput En.Arif


n
& Dengan Persembahannya berikutnya
Cabutan
Bertuah Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput

Untuk Meneruskan Lagi Upacara Cabutan Bertuah.So  Siap Sedia


Lah Yer Nama siapa yang bertuah Untuk Dipaggil.

Terima Kasih Diucapkan Kepada


Diatas Kesudian Beliau untuk mecabut nombor bertuah dan
Menyampaikan Hadiah Kepada pemenang bertuah kita.
Persembaha Persembahan seterusnya ialah dari seniman jemputan khas Mesra Arif
n Home, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Ayati
& Tasrip untuk menyumbangkan sebuah lagu kepada hadirin semua.
Cabutan
Bertuah Ucapan terima kasih kepada Puan Ayati Tasrip di atas
persembahan beliau sebentar tadi.

Anda Mahu Hadiah Lagi. Ada Siapa Yang Belum Dapat Hadiah
Lagi. Sekali lagi pihak majlis menjemput
Untuk mencabut nombor bertuah terakhir kita pada malam ini!

Terima Kasih Diucapkan Kepada Diatas


Kesudian Beliau Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang kita
yang bertuah.

Seterusnya ialah upacara Penyampaian Sumbangan dari para


penyumbang kepada Pengerusi Mesra Home

Penutup Tuan Puan Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian En. Arif
Majlis
Bak Kata Orang…
Kalau Memanjat, Sudah Sampai Ke Puncak,
Kalau Menurun, Sudah Sampai Ke Lembah,
Kalau Terjun, Sudah Sampai Ke Tanah
Kalau Berenang Sudah Sampai Ke Pantai

Dengan Penyempurnaan Penyampaian Hadiah dan Sumbangan


Yang Diraikan Sebentar Tadi, Maka Majlis Kita Pada Malam Ini
Nampaknya Sudah Sampai Ke Penghujungnya.
Penutup Majlis Turut Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Arif
Tetamu Dan Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama
Memeriahkan Majlis “2018 Birthday Celebration for Opah” Ini.

Pergi Ke Dusun Memetik Kelapa


Kelapa Muda Si Kelapa Barli
Jari Disusun Maaf Dipinta
Panjang Usia Bersua Kembali

Dikesempatan Ini Juga, Kami Ingin Memohon Ribuan Kemaafan


Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang Kami Mengacarakan Majlis
Ini
Penutup Akhir Kata, Arif

Kalau Ada Sumur Diladang


Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wsalamualikum W.B,.T. Terima


Kasih.

DRAF SKRIP UCAPAN PENGERUSI MESRA HOME

Majlis Harijadi yang biasanya di raikan dalam keadaan lampu yang samar, kemudian
lilin yang mengikut bilangan umur akan dinyalakan sebelum di tiup supaya padam. Tapi, hari
ini kalau lilin yang ikut bilangan umur nenek2 di mesra home nak di letakkan di atas kek ini,
mungkin kita akan lebih banyak makan lilin daripada kek.

Namun, apa yang nak saya cuba sampaikan di sini harini, kalau biasanya cahaya di
lilin itu kita padamkan, tapi tidak pada hari ini, kerana bagi kami, opah2, nenek2, dan wan2
yang bersama kami, merekalah yang menjadi lilin kepada kami, mereka menerangi kami di
Mesra Home, maka tiadalah lagi kami di dalam kegelapan kerana mereka sentiasa ada di
dalam hati dan doa kami.

Sumbangan anda pada hari ini, walaupun anda sekadar menghadirkan diri untuk
memeriahkan majlis ini, mungkin nampak kecil tapi tidak bagi kami, bahkan ianya sangat
besar kerana dengan kehadiran anda semua pada malam ini, membawa erti yang besar dan
bermakna pada kami di Mesra Home, lebih2 lagi kepada opah2 dan nenek2 kami di Mesra
Home.

Anda mungkin juga menyukai