Anda di halaman 1dari 3

Skrip MC Sambutan Ulang Tahun Kelahiran dan Persaraan Papa

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN


Awal Majlis Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan dan hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan yang diraikan, Encik Lee Khoi


Jui. Para hadirin dijemput untuk sama-sama berdiri bagi
mengalu-alukan kedatangan beliau.
Pembukaan Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Yang diraikan, ______________________


Yang berhormat, ____________________
*Yang berhormat, ____________________
Yang berusaha, _______________________
Penghulu Kawasan Krokong, _________________
Ketua-ketua kampung, ahli-ahli keluarga, hadirin dan
hadirat yang dikasihi sekalian.

Hadirin yang dikasihi,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah kasihNya kita dapat bersama-sama
dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran dan
Persaraan Ayahanda tercinta kami pada petang ini.

Saya, bagi pihak keluarga saya amat berbesar hati


mengalu-alukan kedatangan semua jemputan pada
petang ini.
Bacaan doa Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Skrip MC Sambutan Ulang Tahun Kelahiran dan Persaraan Papa

Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada


petang ini, majlis menjemput *Ketua Kaum Kampung
Peros, Encik Takim untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Takim di


atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Bacaan biodata papa Sebelum meneruskan lagi majlis kita, izinkan saya
menceritakan serba sedikit tentang biodata Ayahanda
tercinta, Encik Lee Khoi.
*baca biodata*
Persembahan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
multimedia Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena ulang tahun
kelahiran dan persaraan Yang Diraikan En. LEE Khoi Jui

*tayangan video*
Ucapan oleh yang Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
diraikan Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin yang dikasihi sekalian

Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama


mendengar ucapan daripada yag diraikan pada petang
ini, Ayahanda Tercinta, En Lee Khoi Jui untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
Skrip MC Sambutan Ulang Tahun Kelahiran dan Persaraan Papa

Pemotongan kek Terima kasih di atas ucapan itu sebentar tadi. Lagu hari jadi
dimainkan
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek
ulang tahun kelahiran yang ke 60 oleh yang diraikan, En
Lee Khoi Jui diiringi oleh isteri, dif-dif jemputan dan juga
ahli-ahli keluarga.
Makan malam Nasi beriyani menu utama
dimulakan Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dijemput para hadirin untuk menjamu selera dengan


hidangan yang telah disediakan. Di samping itu, majlis
akan diteruskan dengan persembahan nyanyian
karaoke. Saya, Frances dan saya, Adriana, pengacar
majlis anda pada malam ini ingin mengundurkan diri.
Majlis seterusnya akan diserahkan kepada
_________________. Over to you, ____________.

Anda mungkin juga menyukai