Anda di halaman 1dari 2

TAJUK:PENGGEMBALA YANG NAKAL

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagI
bijaksana, seterusnya hadirin sekalian.

Kawan-kawan..

Mahu mendengar cerita? Saya ada sebuah cerita.


PENGGEMBALA YANG NAKAL tajuk diberi. Kalau tak dengar rugi. Kalau dengar,
banyak nilai murni. dengar-dengarkan ya dan selamat beramal.

Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang nakal. Namanya ialah
Kudin.Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri. Kerja Kudin
ialah membawa sekawan biri-biri untuk meragut rumput pada setiap pagi. Dia akan
menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga petang. Setelah petang, dia akan
membawa biri-biri pulang ke kandangnya.

Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di pinggir sebuah
hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut rumput, Kudin berasa sungguh
bosan.

Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

   ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

   ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu. Mereka
bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut rumput.

Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang tertawa.


“ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di kawasan ini.,”
kata Kudin sambil  tertawa.
Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan orang lain.

“Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang pekerja


       itu dengan marah.

”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.

Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan. Serigala itu
terus menyerang biri- biri.

Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.

     ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”


     ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-pekerja


    di situ. Mereka menyangka Kudin hanya bergurau. Mereka tidak mahu ditipu oleh
budak yang nakal itu lagi.

Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa ekor biri-biri yang dijaga
oleh Kudin telah dibaham oleh serigala.

Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang. Akibatnya dia sendiri


yang rugi.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka berbohong kerana
dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri dan orang tidak akan percaya
dengan kita lagi.

Sekian sahaja cerita saya pada hari ini . Semoga kawan-kawan mendapat iktibar
dari cerita ini. Ingat…cakap betul-betul,jangan menipu!
  

Sekian terima kasih.  

Anda mungkin juga menyukai