Anda di halaman 1dari 5

TAJUK:PENGGEMBALA YANG NAKAL

1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi


diucapkan kepada para guru , para juri yang adil lagi
bijaksana , tuan-tuan dan puan puan serta kawan-kawan
yang saya kasihi sekalian.

2. Saya ANNAZIRA dari SK FELDA KUMAI ingin


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
PENGGEMBALA YANG NAKAL.
Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-
dengarkan Yang terdengar "Fikir-"kirkan.

3. Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak


yang nakal. Namanya ialah KUDIN.

4. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang


biri-biri. Kerja Kudin ialah membawa sekawan biri-biri
untuk meragut rumput pada setiap pagi.
5. Dia akan menunggu biri-biri itu meragut rumput
sehingga petang.
Setelah petang, dia akan membawa biri-biri pulang ke
kandangnya.

6. Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut


rumput di pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu
biri-biri itu meragut rumput, Kudin berasa sungguh
bosan.

7. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”


8. Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja
di kawasan itu. Mereka bergegas ke tempat di mana
biri-biri sedang meragut rumput.

9. Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang


tertawa.

10. “ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana


ada serigala di kawasan ini.,” kata Kudin sambil
tertawa.

11. Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-


mainkan orang lain.

12. “Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah


seorang pekerje itu dengan marah.

13. ”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang


lain.
14. Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba
muncul dari arah hutan. Serigala itu terus menyerang
biri- biri.

15. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.


”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

16. Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh


pekerja-pekerja di situ. Mereka menyangka Kudin hanya
bergurau.

17. Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu
lagi.

18. Disebabkan tiada orang datang menolongnya,


beberapa ekor biri-biri
yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh serigala.

19. Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan


orang. Akibatnya dia sendiri yang rugi.

20. Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah


suka berbohong

kerana dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri


dan orang tidak akan percaya dengan kita lagi.

21. Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya
sudahi dengan

Anda mungkin juga menyukai