Anda di halaman 1dari 6

CERITA SANG TIKUS DAN SANG SINGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada tuan


pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana , penjaga
masa yang setia menjaga masa , guru-guru dan rakan-rakan
yang dikasihi sekelian. Nama saya Mus’ifah binti Mohd
Ridzuan. Saya dari Tadika Lestari Ilmu,. Saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Sang Tikus dan
Sang Singa.

Di dalam sebuah hutan, ada seekor tikus yang tinggal


berjiran dengan seekor Singa yang sangat garang. Semua
binatang takut dengan Singa itu.

Pada suatu hari, di waktu malam yang terlalu gelap, tiba-


tiba, tikus terlanggar Singa yang sedang tidur.

Singa berasa sangat marah kerana tikus mengganggu dia


tidur.

“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.”
Kata sang Singa. Tikus berasa sangat takut.

“Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang


kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya .” Rayu sang
tikus.

Aku adalah raja rimba… aku akan makan sesiapa yang


menggangguku. Tapi…Tak apa lah, disebab kan kamu ni
kecil , aku lepaskan kamu.” Balas Singa sambil ketawa
terbahak-bahak. Hahahahaha
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di
dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara
Singa mengaum meminta tolong.

“Aum, tolong!, tolong!” jerit singa.

Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.

Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring


perangkap yang di pasang oleh pemburu. Tikus terus
menggigit jaring itu sampai putus.

Singa berasa menyesal kerana memandang rendah pada tikus


yang kecil tu. Aku meminta maaf di atas kesombongan ku
pada kamu dan terima kasih kerana menyelamatkanku,

Sejak daripada hari itu, Singa dan Tikus bersahabat baik


dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak boleh


memandang rendah terhadap orang lain. Setiap orang ada
kekuatan dan ada kelemahan masing-masing.

Saya sudahi cerita saya dengan wabillahitaufiq walhidayah.


Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Sekian
Terima Kasih…
PENJAGA BIRI-BIRI YANG NAKAL

ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi kepada para juri,


guru-guru dan kawan-kawan yang saya kasihi sekalian. Nama
saya Nur Ain Khairunnisa binti Muhammad Hanapiah. Saya
dari Tadika Lestari Ilmu. Saya ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk PENJAGA BIRI-BIRI YANG NAKAL.
Dengar ye cerita saya.

Di dalam sebuah kampung , ada seorang penjaga biri-biri yag


nakal bernama Jarjit. Setiap pagi, Jarjit akan membawa
biri-biri untuk meragut rumput di sebuah padang yang luas.

Pada suatu hari, ketika biri-biri itu sedang meragut rumput


di sebuah hutan, tiba-tiba Jarjit mendapat satu akal. Jarjit
pun menjerit..

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri saya!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri saya!”

Jeritan Jarjit itu didengari oleh pekerja di kawasan itu.


Mereka pun berlari ke tempat di mana biri-biri sedang
meragut rumput. Apabila sampai di sana mereka melihat
Jarjit sedang tertawa. “ Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kamu
semua sudah tertipu. Mana ada serigala di kawasan ini.,” kata
Jarjit sambil ketawa dengan kuatnya.

“Cis, kamu mempermainkan kami!” kata salah seorang


pekerja itu dengan marah dan pekerja itu pun pulang .
Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari
arah hutan dan menyerang biri-biri. Kudin pun menjerit
meminta tolong.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri saya!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri saya!”

Malangnya jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-


pekerja di situ kerana menyangka Kudin hanya bergurau.
Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa ekor
biri-biri yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh serigala.

Pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita suka


berbohong kerana hanya akan merugikan diri sendiri dan
orang tidak akan percaya dengan kita lagi.

Saya sudahi cerita saya dengan serangkap pantun:

Buang sampah ke dalam tong,

Simpan wang di dalam laci,

Kalau suka bercakap bohong,

Kelak kita akan di benci.

Ingat ye kawan-kawan. Sekian Terima Kasih.


BURUNG MURAI & BURUNG MERBAH

Bismillahirahmanirahim pembuka bicara. Assalamualaikum


dan Salam Sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, barisan
hakim yang bijaksana , penjaga masa, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekelian. Nama saya Khasif Nasuha binti
Abdul Halim. Saya dari Tadika Lestari Ilmu,. Saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Burung Murai
dan Burung Merbah.

Pada suatu hari, di dalam sebuah hutan, ada seekor burung


murai dan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang
Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa Sang
Murai berkata, “ Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan
melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa
bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke
sana sini.”

Sang Merbah lalu berkata, “Tak apalah, wahai Sang Murai.


Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan tiba.” Selang
beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang
Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang
cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan
turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang
Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang
Merbah berkata, “ Wahai Sang Murai, kalau kita ringan
tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya
jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi.” Sang
Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang


rendah kebolehan orang lain.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai