Anda di halaman 1dari 2

Apakah Konsep Sekolahku Sejahtera?

Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi


mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi


pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai
murni.

14 Elemen Nilai Murni


Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14
elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam
kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:

S – Selamat, Seronok dan Sihat


E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi

Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta


diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita
akan dapat menjadi generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan
mampu bersaing di peringkat dunia.

Anda mungkin juga menyukai