Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

”MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SKML & MERAIKAN PERSARAAN”

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP TINDAKAN


1. Kata-kata Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. YANIE
aluan Dijemput semua hadirin mengambil tempat kerana
majlis akan bermula sebentar lagi.

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN


TERBANG SEIRING DI TEPI KALI
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI.

Pagi yang indah… penuh ceria..


Hari yang berbahagia… penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda,

“Majlis Jamuan Akhir Tahun 2022 & Meraikan


Persaraan Pn. Roaziah binti Jalaluddin dan Pn.
Zainun binti Embong.

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG N. AKMA


MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Yang Berusaha, Pn. Siti Mariam binti Mat Zain,


Guru Besar Sek Keb Mak Lagam,

Yang Dihormati, Pn. Rohaya bt Jusoh ,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati, En. Mohd Fareq bin Abdullah ,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati, Pn. Atillah bt Maliki,


Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Yang Dihormati, En. Harun b. Salleh,


Penolong Kanan Petang,

Yang diraikan
Pn. Roaziah binti Jalaluddin
Pn. Zainun binti Embong

Dif-dif jemputan, Barisan guru-guru seterusnya


hadirin yang dimuliakan.
2. BACAAN LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH YANIE
DOA DAHAN TERIKAT TALI PERKASA
SEPULUH JARI KAMI MENADAH
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA

Bagi menambah keberkatan majlis kita, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz
Zulkefli bin Che Mat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin amin ya rabbal ‘alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa itu tadi.

3. UCAPAN IKAN SEPAT IKAN HARUAN N. AKMA


PENGERUSI SUNGGUH ENAK DIMASAK KARI
MGKT DIJEMPUT UNTUK UCAPAN ALUAN
PENGERUSI MGKT BIJAK BESTARI

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengerusi


MGKT Ustaz Abdullah bin Suhimin. Dipersilakan.

( UCAPAN PENGERUSI MGKT)


Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.

4. UCAPAN Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, YANIE


GB Puan Siti Mariam binti Mat Zain , Guru Besar SK Mak
Lagam bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

( ucapan gb)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Puan guru besar atas ucapan itu tadi.
5. UCAPAN BUAH MENGKUDU BUAH BIDARA N.AKMA
PUAN MARI DISIMPAN DIDALAM DULANG
ROAZIAH HARI INI PUAN GENAP BERSARA
JASA BAIK PUAN TETAP DIKENANG

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan,


Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan yang diraikan Pn. Roaziah binti
Jalaluddin untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian puan yang diraikan menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

6. UCAPAN KAIN BERLIPAT DALAM ISTANA YANIE


PUAN PAKAIAN PUTERI RAJA KAYANGAN
ZAINUN
SEPATAH NASIHAT ILMU BERGUNA
MENGUNTUM BUDI JADI KENANGAN

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan yang dirai, Puan Zainun bt Embong,
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(ucapan ustazah zainun)


Terima kasih diucapkan atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi

7. TAYANGAN Hadirin, N.AKMA


MONTAJ Majlis akan diteruskan lagi dengan Tayangan
Montaj insan yang diraikan pada hari ini.
Dipersilakan.
(Baca Biodata Puan Roaziah)

Bak Kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta. Tidak YANIE
lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal empunya
diri insan kedua yang diraikan pada pagi ini.
(Baca Biodata Puan Zainun )
Demikian tadi tayangan montaj insan-insan yang N. AKMA
diraikan.

HADIAH
8. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA YANIE
&
ORANG MEMBERI KITA MERASA
CENDERAHATI
BERBUDI TENANG-TENANGAN
HADIAH DIBERI TANDA INGATAN

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Bagi menyempurnakan majlis ini, majlis


mempersilakan Puan Roaziah binti Jalaluddin
diiringi Puan Siti Mariam (Guru Besar SK Mak
Lagam) untuk berada di pentas.

Majlis menjemput dan mempersilakan

Wakil:
1.
2.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
penyampai cenderamata sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan N. AKMA


Zainun bt Embong dengan diiringi Puan Rohaya
binti Jusoh (Penolong kanan Kurikulum)SK MAK
LAGAM)untuk berada di pentas.

Majlis menjemput dan mempersilakan

Wakil:
1.
2.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
9. ACARA Hadirin, YANIE
POTONG KEK Bagi melengkapkan lagi majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita saksikan acara memotong
kek sebagai tanda simbolik persaraan oleh Yang
diraikan Puan Roaziah binti Jalaluddin dan Puan
Zainun binti Embong, diiringi barisan-barisan
pentadbir. Dipersilakan.
(Nyanyian : “Allah selamatkan kamu”)

10. JAMUAN KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA N. AKMA


MAKAN BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU

Majlis ditangguhkan seketika dan akan


bersambung semula selepas ini dengan
penyampaian anugerah bagi tahun 2022. Untuk itu
dipersilakan yang diraikan dan para hadirin untuk
menjamu selera.

11 CABUTAN Hadirin, USTAZ ZUL/


BERTUAH TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, BACKUP
(SLOT 1&2) TUAH MANUSIA TAK SIAPA YANG TAHU.

Baiklah, kini tiba kita ke acara yang ditunggu-


tunggu, iaitu cabutan bertuah slot pertama.
(20 cabutan)

Dijemput En Harun bin Salleh untuk membuat 10


cabutan.
Dipersilakan…nombor________

Terima kasih kepada En Harun atas kesudian


menyempurnakan acara tadi.

Seterusnya, dijemput Puan Atillah binti Maliki untuk


membuat 10 cabutan.
Dipersilakan…nombor________

Terima kasih kepada Puan Atillah atas kesudian


menyempurnakan acara tadi.

Tahniah kepada yang berjaya.


12 ANUGERAH BERKEBAYA BATIK BERWARNA MERAH
KHAS 1 DISERIKAN DENGAN PERMATA BERLIAN YANIE
TIBALAH MASA PENYAMPAIAN ANUGERAH
PENERIMA TERUJA MENUNGGU GILIRAN

Hadirin,
Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian
anugerah khas guru bagi sesi 2022.

Dengan itu, majlis menjemput En. Fareq bin


Abdullah diiringi Puan Atillah binti Maliki untuk
menyampaikan anugerah.

- PENGURUSAN KELAS TERBAIK 2022


- KUMPULAN GURU BERTUGAS TERBAIK 2022
- PENGISIAN SSDM TERBAIK
- ANUGERAH EARLY BIRD
- ANUGERAH KHAS HEM

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

13 CABUTAN Seterusnya, kita teruskan lagi acara pagi ini USTAZ ZUL/
BERTUAH dengan cabutan bertuah slot yg ke -3. BACKUP
( SLOT 3) Dijemput Encik Fareq untuk membuat 10 cabutan.
Dipersilakan…nombor________

Terima kasih kepada Encik Fareq atas kesudian


menyempurnakan acara tadi.

N. AKMA
14 ANUGERAH TERBANG TINGGI SI BURUNG HELANG
KHAS 2 BERKICAU KENARI SAMBIL BERTERBANGAN
INSAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG
ANUGERAH DIBERI TANDA KECEMERLANGAN

Hadirin,
Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian
Anugerah Khas Guru 2022.

Dengan itu, majlis menjemput Puan Siti Mariam binti


Mat Zain (GB) diiringi Puan Rohaya binti Jusoh untuk
menyampaikan Anugerah.
- ANUGERAH E-RPH TERBAIK
- ANUGERAH ‘ZERO TO HERO’
- ANUGERAH GURU INOVATIF
- ANUGERAH BEST PERFORMANCE OF THE YEAR
- ANUGERAH KEWANGAN CEMERLANG 2021

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

15 CABUTAN Seterusnya, kita teruskan lagi acara pagi ini


USTAZ ZUL /
BERTUAH dengan cabutan bertuah slot yg ke - 4. Dijemput BACKUP
(SLOT 4) Puan Rohaya untuk membuat 5 cabutan.
Dipersilakan…nombor________

Terima kasih kepada Puan Rohaya atas kesudian


menyempurnakan acara tadi.

Seterusnya, dijemput guru besar untuk membuat 5


cabutan yang terakhir..
Dipersilakan…nombor________

Terima kasih kepada Gb atas kesudian


menyempurnakan acara tadi.

16 ANUGERAH Hadirin, YANIE


KHAS 3 Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian
2 anugerah yang terakhir iaitu Penghargaan
Pembayar Yuran Terawal dan Anugerah Pakaian
Terbaik.
Dengan itu, majlis menjemput sekali lagi Puan Siti
Mariam binti Mat Zain (GB) diiringi Ustaz Abdullah
(Pengerusi MGKT) untuk menyampaikan hadiah.

- PENGHARGAAN PEMBAYAR YURAN TERAWAL


- ANUGERAH PAKAIAN TERBAIK
LELAKI:
PEREMPUAN:

17 PENUTUP TENANG-TENANG AIR DI KALI N. AKMA


TEMPAT MANDIAN PUTERA PUTERI
SEMPURNA SUDAH MAJLIS DIRAI
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI
Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari
ini, majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin dan yang diraikan kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini.

Kepada kak zie & kak nun selamat bersara kami


ucapkan. Semoga bertambah ceria dalam
kehidupan seharian.

Di kesempatan ini juga, kami memohon ribuan YANIE


kemaafan andai ada salah silap sepanjang kami
mengacarakan majlis.

TUAI PADI ANTARA MASAK


ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

Sekian sahaja , Wabillahi taufik wahidayah.


Wassalamualaikum wbt.

18 SESI
BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai