Anda di halaman 1dari 4

Mengambil Tuan-tuan dan puan-puan mohon kerjasama untuk mengambil tempat duduk

tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan


YB Dato’ Hajah Halimaton Sha’adiah Bt. Saad ( Adun BKT)
dengan diiringi oleh En. Alias B bahadon
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Napai,
En. Mohammad Fizly b. Osman@Hashim
Naib Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG.

Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku
NEGARAKU
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين‬
‫والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T ,salam sejahtera dan salam ukhwah Muhibbah.


-Yang dimuliakan YB Dato’ Hajah Halimaton Sha’adiah Bt. Saad
-Yang Berusaha En. Alias B Bahadon (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar
Napai )
-Yang Berusaha, En. Mohammad Fizly b. Osman@Hashim
(Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Napai),
Dihormati
-Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Jamaliah Bt. Ahmad
-Guru Penolong Kanan HEM, En.Zabidi B. Mohammad
-Guru Penolong Kanan Ko -Kurikulum, Pn. Rozita Bt Ahmad,
- Pengurus Felda, En.Badrol B. Baharom
- Pengurusi JKKR Hj. Jamaluddin B. Hj.Hanafiah
- Polis Seranta KPL Jaafar B. Ibrahim

-AJK PIBG sekolah Kebangsaan Guar Napai,


barisan Guru guru, tuan – tuan dan puan-puan yang
dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan tanda syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama-sama berkumpul pada kali ini bagi MESYUARAT AGUNG
PIBG kali ke-49 Sekolah Kebangsaan Guar Napai.
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Bacaan Doa Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita


menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa
Al-Fatihah
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz ……………..
untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan...
**************BACAAN DOA*******************
Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd
Rozi atas pimpinan doa itu tadi.

Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.

Dengan bacaan doa tadi Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan dari AIlah s.w.t

Ucapan Guru Hadirin yang dimuliakan.


Besar
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha En. Alias B. Bahadon, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Guar Napai. Majlis dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Seterusnya Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,
NYDP majlis menjemput dan mempersilakan En. Mohammad Fizly b.
Osman@Hashim untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Fizly b. Osman@Hashim
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi menyempurnakan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada
YB Dato’ Hajah Halimaton Sha’adiah Bt. Saad
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG Sek.Keb Guar napai k-49. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
**********Ucapan
*******************
Majlis merakamkan jutaan terima
kasih diucapkan
kepada ………………………………………………………
atas ucapan perasmian sebentar tadi

CENDERAH Anak haruan berlima-lima


ATI Mati ditimpa punggur berdaun
PERASMI Budi puan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis
mempersilakan En. Alias B. Bahadon untuk menyampaikan cenderahati kepada
YB Dato’ Hajah Halimaton Sha’adiah Bt. Saad

Majlis menyemput dan mempersilakan

Sesungguhnya kesudian dato’ hadir ke majlis kami merupakan satu suntikan


semangat buat kami semua di sk Guar Napai dan para ibu bapa untuk terus
berusaha demi kecemerlangan anak-anak yang kami kasihi. Terima kasih sekali
lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Alias B. Bahadon, atas kesudian
menyampaikan cenderahati kepada dato’.

Pilih antah buangkan dedak


Beras segantang pulang disanjung
Entah terbalas entah tidak,
Jasamu puan tetap disanjung

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Guar Napai,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
YB Dato’ Hajah Halimaton Sha’adiah Bt. Saad atas kesudian
meluangkan masa pada petang ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke- 49.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru, Tuan-tuan dan Puan-puan.

Jamuan Untuk itu dipersilakan …………………………………


Makan En. Alias B. Bahadon bgi mengirigi YB Dato’ Hajah Halimaton Sha’adiah Bt.
Saad
Tetamu-tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan sekalian untuk menjamu selera.

Mesyuarat Seterusnya, kami serahkan kepada


PIBG 2022 En. Mohammad Fizly b. Osman@Hashim untuk meneruskan agenda Mesyuarat
Agung PIBG SK Guar Napai bagi tahun 2022
‫وباهلل توفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai