Anda di halaman 1dari 9

Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen
Kuala Langat
diiringi oleh Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.
Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.
Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen
Kuala Langat
Yang Dihormati En Ahmad b. Yahya,
Pegawai Khas kpd Yang Berbahagia Dato Hj Nordin b Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan,
DUN Sijangkang.
Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah
Kuala Langat,
Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya dan barisan pentadbir.
Yang Berusaha Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin dan
Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2011.
Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.
Pada pagi yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-12 SMK Sijangkang Jaya.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli,
Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, En Ahmad bin Yahya dan Tn Hj Zulkepli
bin Mohamed ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12.
Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa,
guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau
platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan
meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah

Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat
satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan
Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil
Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara, untuk
menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt
Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya ke-12 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK
Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha En Abd Halid bin Mohd Yassin untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd
Yassin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin yang budiman,
Kalau Dato pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Dato ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd
Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat bagi menyampaikan ucaptama dan
seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-12.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b.
Mohd Karli,
atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SMK
Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohamad Yassin untuk menyampaikan cenderamata tanda
penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli atas kesudian Dato menghadiri
majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya ke 12 tahun 2012.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.

Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru
SMK Sijangkang Jaya. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan oleh;
Yang Berbahagia Dato Hj Nordin bin Selamat.
Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang.
Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan NYDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Yang Dihormati Encik Ahmad bin Yahya untuk naik ke
pentas untuk membuat cabutan.
Dipersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli untuk membuat cabutan 5 nombor
bertuah.
Encik Ahmad bin Yahya juga diminta untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.

Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.
Penerima bertuah yang pertama ...................
Hadirin bertuah yang terakhir ialah .................
Hadirin sekalian,
Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk
bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis.
Kalau ada jarum yang patah,

Jangan di simpan di dalam peti,


Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2012. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli dan para
jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua,
Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Gerakan
Sekolah.
Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.
Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke 12 akan dipengerusikan
oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohd Yassin.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
YANG BERUSAHA
EN. BAHARUM SHAH BIN ABDULLASSAN
GURU BESAR SK 1
YANG DIHORMATI
EN. ABU MANSOR MATURRIDI B. ISMAIL
YANG DIPERTUA PIBG SK 1
YANG DIHORMATI
EN. MOHD SAPIAN B. ISMAIL
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK 1
YANG DI HORMATI
PN AN ANZAH BINTI HASSAN
PENOLONG KANAN SK 1
YANG DIHORMATI
EN. NARIZAN BIN BASERAH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU DAN
PARA IBU BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PUJI DAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT
BERKUMPUL PADA PAGI YANG MULIA INI UNTUK SAMA-SAMA MENDENGAR MOTIVASI PAGI IAITU
PERANAN IBU&BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK YANG AKAN DI SAMPAIKAN OLEH
____________________________________________________________________________________

TANPA
MEMBUANG
MASA,
DENGAN
INI
MAJLIS
MENJEMPUT
____________________________________________________________________________________

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.


- MOTIVASI PAGI -

PIHAK
MAJLIS
MERAKAMKAN
UCAPAN
TERIMA
KASIH
KEPADA
____________________________________________________________________________________

PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR SK 1,
YANG DIHORMATI YANG DIPERTUA PIBG SK 1, NAIB YG DIPERTUA PIBG SK 1,
SERTA BARISAN PENOLONG KANAN SK 1

.
KATA ALU-ALUAN
ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA
PEMBUKA KATA LIDAH BICARA
IZINKAN SAYA MULAKAN ACARA
SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA
KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN MERIAH SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA
YANG BERUSAHA
EN. BAHARUM SHAH BIN ABDULLASSAN
GURU BESAR SK 1
YANG DIHORMATI
EN. ABU MANSOR MATURRIDI B. ISMAIL
YANG DIPERTUA PIBG SK 1
YANG DIHORMATI
EN. MOHD SAPIAN B. ISMAIL
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK 1
YANG DI HORMATI
PN AN ANZAH BINTI HASSAN
PENOLONG KANAN SK 1
YANG DIHORMATI
EN. NARIZAN BIN BASERAH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU DAN
PARA IBU BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,


ALHAMDULILLAH DIPANJATKAN KESYUKURAN, KERANA DENGAN IZIN SERTA LIMPAH
RAHMATNYA KITA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK BERHIMPUN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE- TAHUN 2015.
SEMOGA MAJLIS INI MENJADI BERTAMBAH MERIAH, PENUH CEMERLANG DAN MEMBAWA
MAKNA KEPADA KITA SEMUA. PASTINYA PERTEMUAN PADA HARI INI BERTUJUAN UNTUK
BERTUKAR PANDANGAN DAN PEMIKIRAN MEMBINA, KE ARAH MEMBANTU PIHAK SEKOLAH
DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK KITA KHUSUSNYA DALAM BIDANG AKADEMIK DAN
DUNIA PENDIDIKAN SETERUSNYA MENJULANG NAMA SMK CHERAS JAYA SAMA ADA DI BIDANG
KURIKULUM, KO-KURIKULUM MAHUPUN SAHSIAH PELAJAR.
BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN
DENGAN PENUH KEINSAFAN , SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA
UNTUK KELANCARAN MAJLIS INI. UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ
ARMAN B. AWANG BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
BACAAN DOA
AMINAMIN.YA RABBAL ALAMIN

PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN
ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI
MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN.
BAHARUM SHAH BIN ABDULLASSAN , GURU BESAR SK 1 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 1(GB)

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN. BAHARUM SHAH BIN
ABDULLASSAN GURU BESAR SK 1 ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU
TADI.
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI EN. ABU
MANSOR MATURRIDI B. ISMAIL, YANG DIPERTUA PIBG SK 1 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2015. MAJLIS
MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

UCAPAN 3 (PERASMIAN)

BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,


HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH ATAS
KESUDIAN YANG DIHORMATI,EN. ABU MANSOR MATURRIDI YANG DIPERTUAN PIBG SK 1, DI
ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT
AGUNG PIBG TAHUN 2015.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,


MAJLIS MEGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN GURU BESAR SK 1, YANG DIPERTUA PIBG,
BARISAN PENTADBIR DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2015 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH YANG DIPERTUA
PIBG EN. ABU MANSOR MATURRIDI B. ISMAIL. DENGAN ITU SAYA DENGAN HORMATNYA
MENYERAHKAN MAJLIS INI KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


DEMIKIAN TADI MESYUARAT PIBG TAHUN 2015, DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN
AHLIJAWATANKUASA YANG BARU AKAN MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI
MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SK 1
TAPAH.
SETERUSNYA TIBA LAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR
BERTUAH. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA EN. BAHARUM
SHAH BIN ABDULLASSAN, GURU BESAR SK 1 UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN NOMBOR
BERTUAH HADIRIN SEKALIAN DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH
UNTUK
MEMBUAT
10
CABUTAN
SETERUSNYA
_________________________________UNTUK MEMBUAT CABUTAN.

DIPERSILAKAN

TUAN PUNYA NOMBOR YANG DIUMUMKAN BOLEH MENUNTUT HADIAH MASING-MASING DI


MEJA HADIAH DI SEBELAH KANAN SAYA.
PANGGIL 10 NO BERTUAH

MAJLIS
MENGUCAPKAN
TERIMA
KASIH
KEPADA___________________________________________________________________________
ATAS KESUDIAN MENCABUT NOMBOR BERTUAH ITU TADI DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
HADIRIN YANG BERTUAH PADA HARI INI.
HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG
PIBG TAHUN 2015. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU
SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
DENGAN PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS
KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA
SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR.
MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai