Anda di halaman 1dari 27

mendukung makna rumah iaitu satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai kediaman.

Hal ini dapat dilihat seperti dalam ayat di bawah : ... jagaan dan makanan yang cukup di sebuah rumah pangsa dekat Tangkak akhir tahun lalu, dihukum penjara enam ...Lebih mengecewakan Jasmir, berbuih mulutnya memohon rumah pangsa DewanBandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tapi setiap kali ..."Katanya penghuni rumah pangsa seharusnya tidak membuang sampah sesuka hatikerana ia ... Berdasarkan contoh ayat di atas Berdasarkan ayat di atas, leksikal pangsa dalam ketiga-tiga ayat di atas mendukung makna sejenis bentuk kediaman. Tiada satu pun contoh ayat yangmendukung makna menunjukkan bangsa dan petak atau bahagian-bahagian dalam buahbuahandan lain-lain. Hal inilah yang menyebabkan saya mengatakan bahawa dua proses berlakuserentak dalam satu tempoh masa. Seterusnya, saya akan menerangkan hubungan antara leksikal paradigmatik, sintagmatik dan kolokasi. Leksikal pangsa ini mempunyai hubungan secara paradigmatik. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :Adik bongsu saya baru saja berpindah ke rumah pangsa di Jalan Imbi. teresbanglo Pwng 263 ..-lain, `alamat beroleh sahaya adanya. Jika bermimpi minum air madu atau melihatdia, `alamat bertudungan orang kaya-kaya adanya. Jika bermimpi tuma di kain atau di baju,`alamat pangsa [?] yang baik-baik, jikalau [?] adanya.

bangsa Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal pangsa dalam ayat pertama mempunyaihubungan secara paradigmatik dengan leksikal teres dan banglo . Manakala leksikal pangsa 32

dalam ayat kedua boleh bertukar ganti dengan leksikal bangsa . Oleh itu, leksikal pangsa dalamayat kedua juga turut mempunyai hubungan paradigmatik dengan kata ini. Seterusnya dari segisintagmatik pula, leksikal berpindah berhubungan secara sintagmatik dengan leksikal ke rumah pangsa dalam ayat pertama. Pada masa dahulu, leksikal pangsa hanya mempunyai hubungansecara sintagmatik dengan leksikal yang baik-baik seperti dalam ayat kedua di atas.Dari segi kolokasi pula, pada masa dahulu leksikal

pangsa hanya berkolokasi denganleksikal alamat seperti contoh ayat di atas. Tetapi pada masa kini, leksikal ini turut berkolokasidengan leksikal rumah seperti contoh ayat di atas. Seterusnya saya akan menerangkan perkaitanantara leksikal ini dengan makna konteks. Hal ini dapat diterangkan melalui contoh ayat di bawah :Durian Siam itu mempunyai pangsa yang sedikit sahaja.Harga rumah pangsa di Kuala Lumpur mahal.Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal pangsa dalam ayat pertama mendukung makna petak atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan mengikut konteks ayat tersebut. Manakala leksikal pangsa dalam ayat kedua mendukung makna rumah yang satu set bilik serba lengkap yangdigunakan sebagai tempat kediaman. Oleh sebab itu, walaupun leksikal yang digunakan samatetapi jika digunakan dalam konteks yang berlainan, maksud sesuatu leksikal tersebut akan berubah.Seterusnya saya akan menerangkan makna berhubung kebudayaan berdasarkan leksikal pangsa ini. Mengikut kebudayaan Melayu, petak atau bahagian dalam buah-buahan dipanggil pangsa kerana petak-petak ini seakan-akan bertingkat-tingkat. Oleh itu, berkemungkinan orangMelayu mengaplikasikan bentuk dan corak pangsa dalam buah-buahan yang bertingkat-tingkatini kepada rumah pangsa. Jika kita lihat, rumah pangsa

merupakan rumah yang bertingkat-tingkat yang hampir menyerupai pangsa dalam buahbuahan. Oleh sebab itu, penggunaanleksikal pangsa yang merujuk kepada rumah terbentuk akibat bentuk rumah pangsa ini seakan-akan bentuk dan corak pangsa dalam buah-buahan. 33

12.0 Kesimpulan Proses seperti peluasan atau penyempitan makna merupakan satu proses yang biasa berlakudalam sesuatu bahasa. Melalui proses peluasan ini, penggunaan sesuatu leksikal itu dapatdimaksimumkan. Proses-proses ini terjadi akibat perkembangan budaya dan teknologi yangsemakin meluas dalam masyarakat pada masa kini. Selain itu, penggunaan sesuatu leksikaldalam bahasa mengikut konteks-konteks ayat yang tertentu. Jika konteks sesuatu ayat itu tidak dipertimbangkan, penutur dan pendengar tidak dapat menafsir makna sesuatu ayat.Oleh sebab itu, penutur bahasa mestilah dapat membezakan penggunaan sesuatu leksikalmengikut konteks ayat. Dalam analisis ini, saya turut membincangkan satu hipotesis. Hipotesistersebut ialah Hipotesis Sapir Whorf. Dalam hipotesis ini, Sapir Whorf menyatakan bahawa bahasa ditentukan oleh cara seseorang penutur berfikir. Hal ini bermaksud seseorang penutur akan cuba memaksimumkan penggunaan fungsi sesuatu perkataan untuk mengungkapkan ideayang hendak disampaikan.Dalam analisis ini, hipotesis ini dikaitkan dengan leksikal-leksikal yang telah saya pilih.Dalam untuk mengungkapkan sesuatu konsep atau idea, penutur boleh menggunakan ungkapanyang pelbagai untuk mengungkapkan sesuatu konsep. Analisis ini juga menghuraikan konsep paradigmatik, sintagmatik, kolokasi dan hubungan makna dengan kebudayaan. Budayamemainkan peranan penting dalam sesuatu makna leksikal. Secara keseluruhannya, bahasaMelayu mempunyai keunikan yang tersendiri terutama dari segi semantik.

Teori Segi Tiga Semantik

Perkembangan dalam ilmu semantik mengikut pandangan ahli-ahli bahasa, perlu tergolong dalam ilmu linguistik yang telah menjelmakan tahap kedua dalam ilmu semantik iaitu semantik linguistik. Antara tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam ilmu semantik linguistik ialah Ferdinand de Saussure, Odgen, I. A. Richards dan Ullmann. Konsep yang paling popular digunakan oleh ahli-ahli bahasa ini ialah konsep pemikiran dalam banyak usaha dan kajian mereka terhadap kajian makna.Teori awal yang mendukung konsep penerimaan (pandangan) ini ialah Ferdinand de Saussure (1916). Beliau memperkenalkan teori tanda untuk menunjukkan gabungan petandan dan penanda. Menuru beliau, bahasa mempertalikan suatu imej (makna) dengan satu set lambang (bunyi bahasa atau symbol dalam teks tertulis) Oleh itu, lambang linguistik atau bahasa terdiri daripada penanda dan petanda. Petanda ialah perkara yang dijelaskan manakala penanda ialah perkara yang menjelaskan. Dalam kata lain, penanda ialah makna atau mesej daripada petanda yang wujud daripada bunyi-bunyi bahasa. Sebagai contoh, kata kerusi ialah penanda manakala bunyi kata kerusi ialah petanda. Kedua-dua penanda dan petanda ini menjadi satu kesatuan yang merujuk kepada referen atau rujukan.Referen atau rujukan ialah benda atau hal yang berada di luar bahasa. Kedua-dua bunyi dan benda kemudiannya membentuk konsep, yakni tanggapan yang terbentuk dalam fikiran. Ogden dan Richard (1923) pula telah mengajukan teori klasik mereka yang terkenal, iaitu teori segi tiga semiotik. Dalam teori tersebut, Odgen dan Richards melihat perhubungan antara simbol dan perujuk dengan rujukan atau fikiran. Simbol merujuk kepada unsur linguistik atau bahasa, iaitu kata, ayat atau sebagainya. Perujuk pula benda dan sebagainya, manakala fikiran atau rujukan mewakili konsepnya. Teori ini menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan langsung antara simbol dan rujukan tanpa perantaranya. Perantaranya atau kaitan adalah melalui fikiran atau rujukan, iaitu konsep yang didokong dalam fikiran kita. Ada kalanya, simbol diertikan sebagai perkataan, perujuk sebagai objek atau benda, dan rujukan sebagai konsep oleh sesetengah ahli bahasa. Bagi Ogden dan Richards, mereka menggelar ikatan antara perkataan dan konsep sebagai pertalian. Sementara ikatan antara konsep dan objek disebut rujukan. Hubungan antara objek dengan kata dinyatakan sebagai makna. Sementara itu Ullman (1972:57) menjelaskan makna adalah berhubungan dengan nama atau bentuk bahasa. Beliau menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan maksud sesuatu perkataan, sekaligus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna. Menurut Ullman lagi (dalam Abdul Chaer, 2001:282) makna adalah hubungan antara makna dengan pengertian. Di samping itu Ullmann (1962:55), memperihalkan bahawa ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal/referensial dan aliran operasional/kontekstual. Bagi menjelaskan lagi pengertian makna seperti mana yang diberikan oleh Ogden dan Richard (The Meaning of Meaning, 1956) pernah memberi16 pengertian dan erti bagi makna, Ullman (1957) telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan makna antaranya termasuk sebabsebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan untuk kata baharu. Kajian semantik leksikal pula menurut Ullman (1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti makna perkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengan

komponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk meneliti perubahan dalam semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Ullmann telah berhujah bahawa, makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya sahaja. Kesimpulannya, kedua-dua teori di atas adalah merujuk kepada teori mental. Kedua-dua teori ilmu semantik di atas merupakan cabang linguistik yang memberi tumpuan kepada persoalan makna dalam bahasa, yakni semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Dalam teori mental ini didapati bahawa tidak semua perkataan dapat dikaitkan dengan imej mental, dan ada beberapa perkataan pula memiliki beberapa makna berbeza. Melalui teori tiga segi semiotik, dapatkan menegaskan lagi hal ini, yang mana menerangkan bahawa hubungan makna hanya akan dapat dijelmakan melalui kata, konsep dan objek. Dengan itu, tidak ada satu makna tunggal bagi satu-satu perkataan itu. Selain itu, setiap apa yang ada atau ditanggapi dalam minda orang lain tidak akan dapat kita memahaminya.

JENIS-JENIS MAKNA DALAM SEMANTIK TUGASAN 2 TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA (KARZ DAN FODOR)
BML 3083 : SIMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

TUGASAN A BIL 1a 1.0 PERKARA TUGASAN A. PENGENALAN 1.1 JENIS-JENIS MAKNA SECARA UMUM 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 MAKNA LEKSIKAL. MAKNA GRAMATIKAL. MAKNA KONTEKSTUAL. MAKNA REFERENSIAL. MAKNA ASOSIATIF KESIMPULAN RUJUKAN CATATAN

TUGASAN B BIL 1.0 2.0 3.0 PERKARA PENGENALAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI MENGANALISIS KOMPONEN MAKNA KATA 'BACHELOR'. CATATAN

4.0 5.0

RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA 'BACHELOR' CONTOH PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.

5.1 PERKATAAN HULU 5.2 PERKATAAN KUMBANG 5.3 PERKATAAN HAJI 5.4 PERKATAAN PERANG' 5.5 PERKATAAN KIPAS' 6.0 7.0 KESIMPULAN RUJUKAN

1.0 1.1

PENGENALAN. JENIS-JENIS MAKNA SECARA UMUM.

1.1.1 Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.
1.1.2 Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen iaitu komponen kata, komponen makna dan komponen rujukan. 1.1.3 Jenis-jenis makna memaparkan bahawa makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:A. Makna leksikal adalah Makna denotatif/ tersurat ialah makna yang tersurat/ makna umum/

makna lesikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Ia menyatakan makna yang dimiliki atau ada pada leksem meski tanpa konteks apapun.

Contoh B. afiksasi,

Krauon

Sejenis

alat

lukisan komposisi

yang

menggunakan atau

warna

lilin..

Makna gramatikal adalah unsur makna yang baru ada kalau terjadi proses gramatikal seperti reduplikasi, kalimatisasi.

Berazam : Melakukan tekad janji berbentuk pencapaian.. C. Makna kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada dalam satu konteks.

Misalan kata gugur dalam berbagai konteks: Duan pokok itu gugur kerana musim panas. Enam orang anggota tentera telah gugur semasa mempertahankan negara. D. Makna Referensial merujuk kepada makna yang mempunyai referen atau acuan dan sebaliknya

merujuk jua kepada makna yang tidak mempunyai rujukan. i.. Makna mempunyai referensial; bola, beg, kereta. ii. Makna Non Referensial : kata sendi iaitu lalu, kerana. E. Makna Denotatif adalah makna asli, makna asal , makna sebenarnya yang dimiliki leksem.

Contoh : langsing, tegap, helang. F. Makna Konotatif adalah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang berhubungan

dengan nilai rasa dari orang yang mengunakan makna tersebut. Umpamanya keldai, rusa, kijang. G. Makna Konseptual adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan

adanya hubungan kata tersebut dengan konsep. Umpamanya pangsapuri, landasan. H. Makna Asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya

hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Umpamanya saga, lesu, lelah. 2.0 2.1 MAKNA LEKSIKAL Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan subbidang

linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. 2.2 Menurut John T. Jensen (1990:16).beliau menganggap leksikon hanya sebagi suatu senarai

tentang apa yang tidak diramalkan tentang morfem salam sesuatu bahasa, dalam organnisasi dalaman terutamanya berdasarkan anggapan Bloomfield (1993:274) bahawa leksikon sebenarnya adalah hamparan tatabahasa,iaitu suatu senarai tentang ketaklanaran yang asas.

2.3

Contoh makna leksikal rumah ialah sejenis tempat tinggal. Penjelasan ayat:.

Rumahnya besar dan cantik. Rumah sukan saya ialah rumah biru. Dalam ayat (2) rumah tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna kumpulan atau pasukan 2.4 Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarianmemiliki makna

lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut. 3.0 3.1 MAKNA GRAMATIKAL Makna gramatikal adalah makna struktural yang muncul sebagai akibat hubungan antara unsur-

unsur gramatikal dalam satuan gramatikal yang lebih besar. Umpama hubungan morfem dan morfem dalam kata, kata dan kata lain dalam frasa atau klausa, frasa dan frasa dalam klausa. 3.2 Bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan maknanya melalui pelbagai proses seperti proses

penyisipan, pengulangan, pemajmukan dan pengimbuhan. Dengan melalui pelbagai proses yang hanya terdiri daripada beberapa kata, huruf, atau bunyi dengan jumlahnya yang terhad malah dapat memberikan makna yang lengkap dan tepat. . Penjelasan pengembangan makana adalah seperti: A Pemajmukan atau penggabungan. Menurut Abdullah Hassan (2002: 11) pula, kata majmuk terdiri

daripada dua perkataan atau lebih, tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. B. Pengimbuhan. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang

menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran ataupun apitan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar. C. Penyisipan. Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata

dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. D. Pengulangan atau Penggandaan. terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar

sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan, 1993: 49). Walaupun kata, huruf dan bunyinya terbatas dan jumlahnya terhad, namun penutur jati atau orang Melayu dapat membezakan maknanya.

3.3

Djajasudarma (1993) lebih lanjut menjelaskan makna gramatikal yang merupakan bandingan bagi

makna leksikal. Makna gramatikal (bahasa Inggris grammatical meaning, functional meaning, structural meaning, internal meaning) adalah makna yang menyangkut hubungan intra bahasa, atau makna yang muncul sebagai akibat berfungsinya sebuah kata di dalam kalimat. Di dalam semantik makna gramatikal dibedakan dari makna leksikal. Makna leksikal dapat berubah ke dalam makna gramatikal secara operasional. Menurut Darwis Harahap (1994: 49), gramatikal membawa maksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan.

4.0 4.1

MAKNA KONTEKTUAL Makna kata didasarkan atas penunjukkan pada suatu hal di luar bahasa.

Contoh berikut secara konseptual bermakna sama, tetapi secara asosiatif bernilai rasa yang berbeda. a. wanita = perempuan b. gadis = perawan c. kumpulan = rombongan = gerombolan d. karyawan = pegawai = pekerja 4.2 Makna Kontekstual adalah berkaitan dengan atau menurut konteks. Abdullah Yusof, Alias Mohd

Yatim & Mohd Rain Shaari (2009) menyatakan makna kontekstual adalah sebagai makna makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Oleh itu, kontekstual ialah makna yang ditentukan konteks pencapaiannya. 4.3 Djajasudarma (1993) mengenai makna kontektual adalah:

Itu majalah saya . Saya baca, majalah saya. 5.0 5.1 MAKNA REFERENSIAL Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang

termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.

5.2

Makna referensial (referential meaning) adalah makna bahasa yang sangat dekat hubungannya

dengan dunia di luar bahasa (objek atau gagasan), dan yang dapat dijelaskan oleh analisi komponen; juga disebut denotasi; lawan dari konotasi (Kridalaksana, 1993: 133). 5.3 Djajasudarma (1993), menjelaskan makna referensial adalah makna yang berhubungan langsung

dengan kenyataan atau referent (acuan), makna referensial disebut juga makna kognitif, karena memiliki acuan. Makna ini memiliki hubungan dengan konsep, sama halnya dengan makna kognitif. Makna referensial memiliki hubungan dengan konsep tentang sesuatu yang telah disepakati bersama oleh masyarakat . 5.4 Makna refrensial lazimnya dipandang sebagai sifat kata. Kata kek memiliki makna tertentu, akan

tetapi selain dari makna tersebut, kata kek memiliki sifat yang namanya referensi, yaitu kemampuan kata kek untuk mengacu pada benda tertentu atau referen. 6.0 6.1 MAKNA ASOSIATIF Makna kiasan atau asosiatif adalah makna kata yang didasarkan atas perasaan atau pikiran yang

timbul pada penyapa dan manusia yang disapa. Makna ini muncul sebagai akibat asosiasi perasaan pemakai bahasa terhadap leksem yang dilafalkan atau didengarnya. 6.2 Makna kiasan (asosiatif) dibezakan atas makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,makna

replektif, makna kolokatif, dan makna idiomatis. Asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan keadaan diluar bahasa. 6.3 Menurut SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam

fikiran seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al.,2005) Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang. Makna asosiatif ialah perkaitan ( antara satu dengan yang lain) ,perhubungan dan pertalian ( Kamus Linguistik, 1997 ). 6.4 Contohnya perkataan malaikat' dikaitkan dengan nilai baik bermaksud ciptaan tuhan yang

hanya berbuat baik dalam kehidupannya.

7.0 7.1

KESIMPULAN Semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik

dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan pandangan. Perbincangan ilmu semantik juga mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan,tindakan,proses atau benda.

7.2

Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna

dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. 7.3 Bahasa merupakan lemen digunakan dalam melakukan interaksi sosial. Maka lahir berbagai

konsep tentang jenis-jenis makna yang mencakup makna dasar, tambahan, gaya bahasa, nafsi, ihaai, konotatif, stilistika, afektif, refleksi, koloaktif, konseptual, tematik, leksikal, gramatikal, kontekstual, referensial, non-referensial, denotatif, konotatif, asosiatif, makna kata, makna istilah, idiom, dan peribahasa 8.0 RUJUKAN.

Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

H.S, Widjono.2007. Bahasa Indonesia Mata Kuliah Pengembangan Kepribadian di Perguruan Tinggi. Jakarta: PT Grasindo

Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1988. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Percetakan Ti, Kuala Lumpur Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana. S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

TUGASAN B 1.O PENGENALAN.

1.1 Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.

1.2

Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada

aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. 1.3 Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang

membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. 1.4 Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga

semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. 1.5 Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan

penambahan makna sesuatu perkataan. 1.6 Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian

daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. 1.7 Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam

bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentukbentuk makna daripada hubungan semantik. 2.O 2.1 ANALISIS KOMPONEN MAKNA. Teori Analisis Komponen Makna diasaskan oleh Karz dan fodor.Teori analisis komponen makna

ini mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Analisis komponen makna adalah sutu rujukan tatacara yang terarah dalam keadah kajian. Idea dan ini merupakan usaha pertama menerapkan kaedah analisis komponen makna ke dalam kerangka tatabahasa transformasi. Idea ini dipelopori oleh Katz dan Fodor dan diperluas oleh Kackson (1988) dan John Lyons ( 1995). 2.2 Menurut Wahyu Sandayana (2008 ) Analisis dalam kajian semantik leksikal tentu cukup menonjol

mengingat manfaatnya yang cukup beragam dalam mengkaji makna kata dan hubungan makna antarakata dalam sesuatu bahasa. 2.3 Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau - . Tanda-tanda tersebut

mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud fitur

tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut.Katakanlah kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa. Bagi benda seperti binatang,kita berikan fitur + bernyawa. Oleh yang demikian, kita tentukanlah semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan ( Abdullah Hassan,2005: 247) 2.4 Tentang analisis makna ini, Howard Jackson (1988: 90 ) menekankan bahawa

a. perlu mengingatkan diri kita sendiri tentang alasan kita memilih komponen semantik b. memilihnya untuk tujuan mendiskriminasi makna antara leksem yang berada dalam domain semantik yang sama.

2.5

Penggunaan fitur semantik dapat penjelaskan beberapa elemen umpamanya, manusia/binatang,

jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai + manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan dewasa. Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan [+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara [+manusia, -jantan,dewasa]. Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[-manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,-jantan,-dewasa]. Berdasarkan penjelasan ini, bolehlah kita rumuskan bahawa setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh disenaraikan untuk dihuraikan. 3.0 3.1 PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI MENGANALISIS KATA ' ' Analisis menurut komponen ini ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat

antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitari atau sebagai satu unit tetapi sebagai komponen-komponen yang kompleks. Misalnya makna datuk, bapa, dan anak dapat dijelaskan dengan menganalisisbeberapa komponen, umpamanya:.

a) i.`datuk adalah lelaki, bapa kepada ....... dan juga anak kepada.... b) ii.`bapa adalah lelaki ,anak kepada ....... dan ibu kepada........ c) iii.`anak adalah lelaki / perempuan, bayi/ kanak-kanak/ dewasa, anak kepada ......

3.2 Kaedah yang diperkenalkan oleh Jacobson digunakan untuk melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Keadah ini mengukuhkan lagi penjelasan tersebut kita lihat contoh dengan tanda yang betul. Perbandingan yang mudah terlihat tumbuhan dinyatakansebagai fitur(+) bernyawa kerana ianya hidup manakala perabot dinyatakan sebagai fitur(-) bernyawa kerana ianya tidak hidup. 3.3 Analisis komponen lazimnya adalah berdasarkan satu sistem binari, di manasesuatu komponen makna atau fitur itu ada (+) atau tiada (-) bagi mendefinisikan katatersebut. Bagi menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda + atau tanda -. Tanda + membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya.Tanda pula bermakssud fitur tidak wujud bagi perkataan tersebut. Umpamanya: Tumbuhan + bernyawa Perabot bernyawa Maka satu kata dalam sesuatu medan semantik yang sama dapat dibezakan daripada kata yang lain dalam medan yang sama.

Bachelor

(noun)

(human)

(animal)

(male)

(male)

(who has the first or lowestacademic degree)

(young)

(who has never married)

(young knight serving under the standard of another knight)

(Fur seal when without mate during the breeding)

Rajah: Analisis Komponen Kata bachelor

4.0 PENERANGAN RAJAH KATZ KOMPONEN BAGI KATA 'BACHELOR'.

DAN

FADOR

DALAM

MENGANALISIS

4.1 Bertepatan rajah di atas, dapatlah dihuraikan iaitu kata `bachelor tergolong dalam golongan kata nama (noun) yang dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat utama fitur iaitu manusia (+human) dan fitur haiwan (+ animal). 4.2 Kata `bacheolar yang dikelompokkan dalam fitur manusia (+human) mempunyai tiga kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu :

(a)Lelaki (+male) perwira muda (b)Lelaki (+male) lelaki yang belum berumah tangga (c)Lelaki (+male) pemegang ijazah pertama 4.3 Sekiranya `bachelor yang dipilih fitur lelaki (+male) pahlawan muda, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah : (a)`bachelor : [+noun, +human, +male, -male, -married, -animal, +young knight, -whohas the lowest academis degree] Bagi `bachelor yang dipilih adalah lelaki yang belum berumah tangga, maka komponen makna yang perlu dimasukan ialah : (b)`bachelor: [+noun, +human, +male, -male, -married, -animal,-young knight, -who has the lowest academis degree] Kemudianya `bachelor yang merujuk kepada pemegang ijazah pertama yang mempunyai komponen makna seperti berikut :

(c)`bachelor:[=noun ,+human, +/-married, -animal, -young knight, bacademis degree]

+who

has

the

lowest

Akhirnya `bachelor yang merujuk haiwan (+animal), komponen makna yang dimasukkkan ialah : (d)`bachelor:[+noun, -human, +male, -married, -young knight, -who has academic degree, +young fur seal without mate during breeding] the lowest

5.0 CONTOH PERKATAAN DALAM BAHASA MLAYU DNGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.

5.1

Perkataan Hulu

Perkataan hulu mampu dimaksudkan dengan istilah: a) .Hulu tempat kampung b) .Hulu merujuk kepada orang c) .Hulu benda parang d) .Hulu tempat sungai

Analisis kata hulu menggunakan rajah analisis komponen makna

Kupasan analisis kata 'hulu'.

Kata hulu dalam golongan kata nama yang dikelompok kepada empat fitur atau sifat iaitu fitur (+hulu parang), fitur (+hulu sungai), fitur (hulu kampung), dan fitur (+orang hulu). B Analisis kata `hulu benda parang dengan menggunakan simbol + dan

`Hulu parang: *+kata nama, + dibuat daripada kayu, - karat, + tahan lama, +melambangkan kebudayaan dan cara kehidupan suku kaum, -tajam ,+keras , -lembut , + senjata] C. Analisis kata `hulu tempat sungai dengan menggunakan simbol + dan -

`Hulu sungai: *+ kata nama, +deras, +hakis, +bersih, - penduduk, + terpencil, +tempat]

D.

Analisis kata `hulu tempat kampung dengan menggunakan simbol + dan

`Hulu kampung: *+kata nama, +terpencil, +pedalaman, +penduduk, -kemudahan asas, + tempat, -kota] E. Analisis kata `huluorang dengan menggunakan simbol + dan

`Orang hulu: *+kata nama, + pedalaman, - adat, - bersopan, +rendah martabat, -tempat, -benda.

5.2

Perkataan kumbang

Kata kumbang mampu dianalisis merujuk kepada :


a. Manusia

b. Haiwan

Analisis kata kumbang menggunakan rajah analisis kata komponen makna

A. Kupasan analisa kata ' kumbang' Perkataan kumbang' ialah kata nama. Perkataan ini tergolong dalam kata yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu fitur ( + manusia ) dan fitur ( + haiwan ) B. Analisis kata kumbang' merujuk manusia dengan menggunakan simbol + dan Perkataan kumbang' ( manusia) mewakili perkataan bagi * + kata nama, + bujang, + muda + belum berumah tangga - lelaki] . C. Analisis kata kumbang haiwan dengan menggunakan simbol + dan Perkataan Bunga (tumbuhan) mewakili perkataan bagi * + kata nama, + cantik, + berwarna , +lembut, keras]. 5.3 Perkataan Haji'

Perkataan haji' mampu diistilahkan dengan merujuk kepada : a. manusia b. Ibadat/perbuatan

Analisis kata haji menggunakan rajah analisis komponen makna A. Kupasan analisis kata haji'. Perkataan Haji' ialah kata nama. Perkataan ini tergolong dalam kata yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu fitur ( + manusia) dan fitur ( + benda) B. Analisis kata Haji' merujuk manusia dengan menggunakan simbol + dan Perkataan jaji' ( manusia) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, + lelaki, + bernyawa + kata gelaran, lelaki] . C. Analisis kata Haji' merujuk benda dengan menggunakan simbol + dan Perkataan Haji' merujuk (benda ) mewakili perkataan bagi * + kata nama, + perbuatan, + berperaturan, -ditulis]. 5.4 Perkataan Perang' Perkataan Perang merujuk kepada : a. Situasi

b. Warna

Analisis kata perang menggunakan rajah Analisis Komponen Makna A. Kupasan analisis kata 'perang'. Perkataan perang' ini tergolong dalam kata adjektif yang dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat yang utama iaitu fitur ( + pakaian) dan fitur ( +rambut) B.Analisis kata perang' bermaksud warna dengan menggunakan simbol + dan Perkataan perang'' mewakili perkataan bagi [ + kata adjektif, + ketenteraan, + kekacauan + peluru, ktenteraan] . C. Analisis kata perang' mrujuk benda dengan menggunakan simbol + dan Perkataan perang mewakili perkataan bagi [ + kata adjektif, + pakaian, + rambut , + cantik -keras ]. 5.5 Perkataan Kipas a. Benda b. Perbuatan (mengampu)

+ alat penyejuk + tidak bernyawa + keras + elektrik - pandai

+ adu domba + kata-kata manis - ikram muslimin

Analisis perkataan Kipas' menggunakan rajah Analisis Komponen Makna

A. Kupasan analisis kata 'perang' Perkataan kipas' ialah kata nama. Perkataan ini tergolong dalam kata yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu fitur ( + benda) dan fitur ( +perbuatan ) B. Analisis kata kipas' dengan menggunakan simbol + dan Perkataan kipas' ( benda) mewakili perkataan bagi * + kata nama, + alat penyejuk , + keras pandai ] . c. Analisis kata kipas' benda dengan menggunakan simbol + dan Perkataan kipas (perbuatan) mewakili perkataan bagi * + kata nama, +kata-kata manis ,+ adu domba, - ikral muslimin ].

6.0 6.1

KESIMPULAN. Semantik adalah istilah teknikal yang merujuk kepada kajian makna. Perkataan semantik adalah

sebahagian dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan penyelidikan makna dan erti dalam suatu bahasa pada umumnya. Semantik adalah satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna. 6.2 Mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu jdapat membantu seseorang memilih perkataan

yang tepat dalam ayat atau ujaran, disamping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu

perkataan.Makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya merupakan inti makna. 6.3 Teori bagi analisis komponen menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan ekonomik

kepada para ahli bahasa untuk memerihal hubungan makna yang didukung oleh leksem dalam sesuatu bahasa dan dengan satu andaian iaitu komponen-komponen ini bersifat universal dan merentas pelbagai bahasa. Ianya merupakan cara untuk mengzahirkan sejelas mungkin hubungan sistemis antara perkataan. Maka makna-makna yang terkandung dalam setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. ( 2007 patah perkataan ) 7.0 RUJUKAN

Bahasa Melayu, Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu II, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Indirawati Zahid, 1995. Semantik Leksikal dalam Peribahasa Melayu. Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan, (2012) BML 3083 Semantik dan Pragmatik

Anda mungkin juga menyukai