Usiamu menghampiri sunti dara mengibarkan rasa di selendang sutera menyembunyikan malu di bilik terkunci diselubungi rindu lagu dan tari seribu bayang seribu mimpi yang manis indah kerana itulah mimpi. Mimpi itu adalah keajaiban anugerah tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah terasing di cermin kenyataan kehidupan yang ganas dan kejam. Sunti daraku, jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah yang kini kubenci sebab begitu lemah selamanya mimpiku hidup itu serba indah. Bunuhlah mimpi itu, anakku kau membunuh segala palsu lagu dan rindu yang selalu menipumu. Dapatkan keberanian hidup baru dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu Usman Awang uisi!puisi ilihan Usman "wang, #$%& Dewan Bahasa dan ustaka