Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN B

Soalan : Dengan mengemukakan beberapa contoh perkataan dalam bahasa Melayu, bincangkan
tentang contoh perkataan tersebut dengan menggunakan Teori Logik Simbolik. Ulasan
perbincangan berkaitan teori yang digunakan mesti disandarkan kepada beberapa pandangan
tokoh dan mengemukakan rajah yang sesuai bagi memperlihatkan wujudnya komponen makna
bagi setiap perkataan tersebut.

Teori Logik Semantik adalah salah satu teori semantik yang digunapakai di dalam Bahasa
Melayu. Menurut Kempson (1991) dalam Farizah Nazir dan Faiziah Shamsuddin (2016), teori
logik simbolik ini menghuraikan makna sesuatu bukan sahaja pada peringkat perkataan tetapi
juga turut menganalisis makna sesuatu ayat. Makna ayat tersebut itu pula akan dikaitkan dengan
perlakuan manusia untuk melihat perubahan tingkah laku ataupun respon yang berlaku apabila
seseorang itu memahami makna yang cuba disampaikan. Berdasarkan pernyataan tersebut, teori
ini memberi penekanan terhadap aspek semantik, sintaksis dan juga pragmatik. Oleh yang
demikian, teori logik simbolik dikatakan merupakan suatu teori semantik yang lebih lengkap jika
dibandingkan dengan teori-teori semantik yang lain. Perkaitan rapat di antara ketiga-tiga teori
tersebut dijelaskan seperti rajah yang berikut.

semantik

sintaksis pragmatik

Rajah i
Di dalam tugasan ini, saya ingin memilih satu peribahasa bagi menjelaskan lagi mengenai
Teori Logik Semantik ini. Peribahasa memiliki perkaitan yang sangat rapat dengan kehidupan
dan pemikiran orang Melayu sejak dahulu lagi. Penggunaan peribahasa sejak sekian lama
bermula dan berhasil daripada pengamatan yang cukup tinggi dalam masyarakat dahulu terhadap
fenomena alam sekeliling, tingkah laku hidupan, norma-norma kehidupan, adat dan juga budaya.
Perkara ini disokong oleh Hamilton A. W. (1947) yang menyatakan bahawa penciptaan
peribahasa berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat yang menunjukkan bahawa
pemikiran bangsa Melayu mengenai kehidupan yang mereka tempuhi.

Kewujudan peribahasa dalam masyarakat Melayu menunjukkan pelbagai tujuan. Zamri


Mahamod (2016) menekankan bahawa peribahasa berperanan penting sebagai suatu bentuk
penyampaian nasihat moral secara santai dalam menegur masyarakat ketika itu. Masyarakat
terdahulu dibentuk menjadi masyarakat yang berbudi bahasa melalui nasihat yang disampaikan
melalui peribahasa.

Menerusi teori logik simbolik, aspek semantik itu dilihat amat meneliti perkaitan antara
makna dan rujukan. Ianya merupakan satu hubungan antara perkataan dengan objek. Sintaksis
pula adalah penelitian perkaitan di antara satu perkataan dengan perkataan lain yang boleh
menentukan atau membawa makna. Perkaitan tersebut pula akan dikembangkan pula dalam
konteks yang lebih luas, iaitu ke dalam bentuk frasa atau ayat. Oleh itu, sesuatu perkataan akan
membawa perbezaan makna jika dihuraikan secara berasingan ataupun secara semantik dan
menyeluruh.

Contohnya, perkataan makan hati sekiranya dihuraikan secara berasingan akan


mempunyai makna yang berlainan tetapi jika dihuraikan secara semantik membawa makna sedih
atau kecewa. Aspek pragmatik pula adalah mengkaji perkaitan antara makna atau perkataan
dengan perlakukan yang ditunjukkan seseorang sebagai tindakbalas atau respon kepada makna
perkataan yang ditujukan kepadanya. Sebagai contoh, perkataan rindu, marah, benci atau suka
akan memberikan tanggapan yang berbeza dan pelbagai kepada individu yang berlainan.

Tanggapan berbeza yang diberikan oleh setiap individu yang berbeza terhadap perkataan
menunjukkan pelbagai tafsiran dapat diberikan terhadap makna sesuatu perkataan itu. Oleh itu,
teori logik simbolik merupakan suatu teori semantik yang lebih lengkap dan bersesuaian kerana
memberi penekanan terhadap setiap perkara dan perlakuan dalam sesuatu ujaran perkataan, frasa
atau ayat. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), makna yang dikaitkan dengan
konteks kebiasaannya lebih tepat kerana konteks merupakan aspek terpenting dalam pentafsiran
makna sesuatu ujaran perkataan, frasa atau ayat. Teori ini dikatakan lebih lengkap berbanding
teori-teori semantik yang lain kerana teori ini mempunyai tiga bahagian utama dalam
menganalisis sesuatu makna perkataan seperti jadual di bawah.

ASPEK HURAIAN
Semantik (Simbol rujukan) Hubungan di antara perkataan dan benda
Sintaksis Hubungan di antara perkataan dengan perkataan
Pragmatik Hubungan di antara symbol dan tingkah laku
Jadual i

Tiga bahagian utama dalam Teori Logik Simbolik dijelaskan lagi seperti dalam rajah berikut:
Jadual ii

Dalam bidang kajian bahasa Melayu, bidang semantik ini mengkaji serta menganalisis
makna kata di dalam satu-satu ayat. Kajian mengenai makna kata ini boleh dipecahkan kepada
beberapa aspek. Aspek yang pertama ialah aspek makna denotasi dan konotasi. Denotasi ialah
makna kata yang tersurat atau dipanggil sebagai makna kamus atau makna rujukan. Contoh
denotasi ialah seperti perkataan ibu ayam yang bermaksud ibu kapada ayam atau kaki bangku
yang bermaksud kaki kepada bangku. Berbeza dengan konotasi. Konotasi merupakan makna
tersirat yang terdapat pada denotasi atau dikatakan sebagai makna tambahan. Contoh konotasi
ialah ibu ayam yang memberi maksud orang yang berkerja mencari pelacur. Contoh lain ialah
frasa kaki bangku yang membawa maksud orang yang tidak pandai bermain bola. Terdapat juga
perkataan sinonim yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi memiliki perbezaan dari
segi makna konotasi.

Aspek kedua ialah makna di dalam konteks di mana makna sesuatu perkataan yang
digunakan itu boleh difahami dengan merujuk kepada penggunaan sesuatu perkataan. Perkataan
yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza mengikut cara penggunaan ayat tersebut di
dalam satu-satu struktur ayat. Sebagai contohnya ialah penggunaan perkataan bekas dijelaskan
di dalam jadual berikut.

Contoh ayat Maksud perkataan


Ayahnya bekas askar. -pernah menjadi askar suatu ketika dahulu
Terdapat bekas tapak kaki di luar rumah. -kesan atau tanda
Ibu menyimpan gula ke dalam bekas. -tempat menyimpan sesuatu
Jadual iii

Aspek yang ketiga ialah hubungan di antara makna dengan kebudayaan dia mana
pengunaan perkataan juga turut mempunyai hubungkait dengan kebudayaan masyarakat yang
tertentu. Perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas berdasarkan jadual contoh perkataan dan
juga penggunaan perkataan berikut.
Contoh perkataan Penggunaan
Aku Menunjukkan hubungan yang rapat
Saya Menunjukkan hubungan yang biasa
Patik Menunjukkan apabila golongan biasa berhubung dengan
golongan raja
Jadual iv

Aspek keempat ialah perubahan makna. Aspek ini ini menunjukkan bahawa makna
sesuatu perkataan itu akan berubah-ubah mengikut peredaran masa, teknologi dan juga hubungan
social di dalam masyarakat sebagai contohn perkataan taman. Maksud lama bagi perkataan
taman ialah tempat yang indah dan mempunyai pemandangan yang indah. Maksud baharu ialah
kawasan perumahan. Aspek kelima ialah bentuk-bentuk makna dalam hubungan semantik.
Antaranya ialah antonym, sinonim, hiponim, meronym, homonim, polisin, homograf dan
homofin.

Semantik di dalam teori logic simbolik ini ditakrifkan sebagai satu kajian yang mengkaji
mengenai hubungan di antara symbol dengan rujukan ataupun benda. Ianya tidak ditentukan
bilangannya kerana sesuatu lambing itu akan mewakili kumpulan benda atau peristiwa yang
memiliki persamaan antara satu sama lain. Symbol pula merujuk pada kumpulan benda yang
mempunyai persamaan. John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris menyatakan bahawa
penggunaan kata-kata menjadi tunjang penting di dalam pemikiran bagi memacu reality yang
tertentu.

Dari sudut aspek sintaksis pula, ianya merupakan suatu pecahan ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, binaan, struktur dan juga konstruksi ayat. Sintaksis tidak sahaja memfokus
terhadap proses pembinaan ayat semata-mata tetapi peraturan yang wujud di dalam menentukan
bagaimana perkataan-perkataan itu disusun bagi membentuk sesuatu ayat. Sintaksis secara
kesimpulannya ianya mengkaji suatu hubungan antara satu perkataan dengan satu perkataan
yang alain bagi menentukan makna ayat. Contohnya , seperti perkataan luar biasa apabila
disusun secara berurutan akan menghasilkan satu makna iaitu sesuatu yang ganjil atau
berlawanan daripada kebiasaan umumnya. Konsep ayat di dalam sintaksis haruslah mengandungi
makna atau idea yang sempurna. Selain itu, ianya perlulah diucapkan dengan intonasi yang tepat.

Menurut Syarifah Nor Syed, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang
mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan adalah termasuk kajian mengenai
hukum tatabahasa berkaitan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk
menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan memberi makna. Menurut Dr Ali Mahmood dan
Munsyi Zainal Abidin Kasim di dalam buku Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu sintaksis
ialah ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji mengenai
proses pembinaan ayat dan tatabahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu
disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.

Menurut Samsu Yaacob pula di dalam tulisannya dalam Senarai Semak Sistem Ejaan
dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ) sintaksis adalah suatu bidang linguistik
yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat di mana unsur-unsur yang terdapat dalam binaan
sintaksis itu ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang
berfungsi dan memberi makna.

Di dalam mentakrifkan mengenai makna, unsur pilihan adalah salah satu faktor penting
di dalam menetukan makna. Sekiranya tiada pilihan, ucapan atau sesuatu ujaranitu tidak akan
memberi sebarang makna. Justeru itu, pada asasnya cara yang paling mudah untuk memahami
makna ialah dengan menunjukkan objek atau perkara itu sendiri. C.K Odgen L.A Rinhard di
dalam bukunya berjudul The Meaning of Meaning telah mengkaji makna kepada tiga komponen
iaitu lambing, fikiran dan benda di mana ketiga-tiganya mempunyai perkaitan antara satu sama
lain sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Perkaitan ini dijelaskan melalui rajah
yang berikut. Rajah ini dikenali sebagai rajah semiotik.
Rajah ii

Secara ringkasnya, pembentukan ayat dengan menggunakan tatabahasa yang dalam


sesuatu bahasa sangat penting kerana pembinaan ayat yang mantap akan menjadikan ayat mudah
difahami pembaca. Di samping itu, ayat yang dibina juga akan lebih releven serta gramatis bagi
menarik minat sesorang untuk membaca dan dipakai mengikut peredaran zaman dan pada masa
kini. Walaupun bahasa melayu banyak berubah dari segi sebutan atau kosa kata baharu mengikut
peredaran zaman di dalam setiap bidang namun, tatabahasa penggunaanya menentukan bahawa
setiap proses dalam membentuk ayat adalah sama.

Manakala pragmatik pula merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji hubungan di antara
lambing dengan tingkah laku. Di dalam proses komunikasi, pragmatik dilihat sebagai satu teori
dimana ianya dinilai bagi memastikan setiap makna perkataan itu dapat disampaikan dengan baik
atau sebaliknya. Kefahaman terhadap makna yang cuba disampaikan melalui proses komunikasi
memberi kesan yang ketara di dalam proses memahami maklumat-maklumat yang berkaitan.
Oleh itu, kajian bidang pragmatik ini amat berkait rapat kepada bagaimana perkataan itu
membangkitkan tindak balas manusia melalui tingkah laku.
Sebagai contoh, perkataan wanita, perempuan dan betina. Di antara ketiga-tiga perkataan
ini, perkataan atau panggilan yang paling sedap didengar bagi seorang perempuan ialah Wanita.
Manakala panggilan betina dilihat seolah-olah merendahkan martabat seseorang Wanita kerana
panggilan betina itu sendiri dikhususkan bagi menentukan jantina haiwan. Namun begitu, ketiga-
ketiga panggilan ini menjurus kepada maksud yang sama iaitu individu yang berjantina
perempuan. Melalui contoh panggilan yang berbeza ini kita dapat melihat tindakbalas dan
respons yang berbeza. Hal ini kerana, cara panggilan yang berbeza ini dipengaruhi juga oleh
konteks keadaan individu yang berbeza.

Ahli-ahli linguistik yang terkenal seperti Grice (1975), Austin (1962) dan Searle (1969)
telah membuat formulasi mengenai beberapa kaedah pentafsiran makna yang mana dikenali
sebagai pragmatik. Di dalam bidang ini terdapat tiga bahagian yang dibincangkan iaitu
implikatur, praandaian dan lakuan tuturan. Implikatur bermaksud mesej atau maklumat tersirat
yang cuba disampaikan oleh penutur di dalam satu-satu perbualan. Praandaian pula ialah sesuatu
yang dijangkakan oleh penutur itu sudah diketuahui atau dapat diagak oleh pendengar iaitu
sesuatu keadaan di mana sesuatu hal atau perkara itu sudah diketahui oleh pendengar tanpa perlu
diucapkan oleh penutur. Manakala lakuan tutur pula ialah suatu teori pertuturan di mana penutur
yang menggunakan kata tersebut dalam pertuturan telah melakukan tingkah laku yang terdiri
daripada pelbagai kata kerja.

Di dalam ilmu linguistik, semantik hanyalah satu cabang ilmu yang mampu
menghuraikan makna secara tersurat atau secara literal sahaja. Manakala apabila munculnya
ayat-ayat tersirat, pentafsiran secara pragmatik diperlukan. Di sini kita dapat melihat bahawa
pragmatik adalah satu pentafsiran lanjutan daripada semantik. Faktor-faktor linguistik yang
diabaikan oleh kaedah semantik akan diambil alih oleh pragmatik. Apabila melihat ketiga-tiga
aspek ini, dapat membuktikan hubungkait dan kebergantungan antara ketiga-tiga aspek ini sangat
rapat dan penting.

Anda mungkin juga menyukai