Anda di halaman 1dari 20

Semantik dan Peristilahan BMM3111

1.0 PENGENALAN BMM3111 merupakan kursus yang berkaitan dengan kajian bahasa dalam bidang semantik. Terdapat beberapa bidang yang menjadi kajian bahasa termasuklah bidang morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi, semantik dan lain-lain lagi. Bidang semantik merupakan bidang yang mengkaji tentang aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah-istilah yang digunakan dalam kajian semantik. Oleh itu, melalui tugasan ini terdapat beberapa elemen penting yang termasuk dalam kajian bidang semantik telah dibincangkan. Antara elemen tersebut termasuklah definisi, takrif dan konsep semantik dan makna peristilahan, tataistilah dan tatanama. Selain itu, huraian jenis-jenis makna juga turut dibincangkan dalam tugasan ini. Dalam kajian semantik Teori Segitiga Semiotik merupakan elemen penting yang harus difahami oleh setiap pengkaji bahasa. Oleh itu, ulasan berkaitan aspek ini juga telah dijelaskan dalam tugasan ini. Ini diikuti pula dengan huraian teori pembuktian. Sehubungan dengan itu, bagi memantapkan lagi pemahaman dalam bidang semantik ini, maka, sumber seperti petikan atau rencana yang diperolehi daripada internet telah dihuraikan perkaitan makna perkataan. Ini termasuklah dari segi leksikal iaitu sinonim, antonim, hiponim dan polisemi. Kajian dalam bidang semantik ini juga tidak ketinggalan huraian bentuk-bentuk istilah dan sumber-sumber istilah dalam bahasa Melayu. Sumber istilah bahasa Melayu ini termasuklah dari pelbagai bahasa Melayu, bahasa klasik, bahasa Indonesia, bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asing yang telah diserap dalam bahasa Melayu. Ini kerana Semantik merupakan bidang kajian ilmu bahasa yang berkaitan dengan makna. Oleh itu terdapat banyak istilah yang harus difahami dengan lebih khusus. Huraian seterusnya akan dijelaskan dengan lebih terperinci lagi dalam tugasan ini. Tugasan ini secara tuntasnya adalah bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam dalam bidang Semantik. Ini sekali gus dapat memantapkan ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu apabila berada di alam persekolahan yang sebenar kelak.

Semantik dan Peristilahan BMM3111


2.0 DEFINISI SEMANTIK Bidang kajian bahasa merupakan bidang kajian yang sangat luas. Salah satu kajian yang harus dikaji dengan teliti adalah bidang Semantik. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semainein, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai ilmu tentang makna atau erti. Kajian semantik ini boleh dilakukan dalam sesuatu bahan bahasa pada peringkat kata, frasa atau ayat (Zulkifley Hamid, 2006). Manakala dalam Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu. Jesteru itu, secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa semantik merujuk kepada bidang kajian makna sesuatu bahasa yang dapat dikaji melalui kata, frasa atau ayat. Namun begitu, kajian semantik bukan hanya tertumpu dalam penulisan malahan juga meliputi pemahaman sesuatu ujaran pendengar berkaitan emosi, kemahuan dan sebagainya yang diluahkan oleh penutur. 2.1 Konsep Semantik Semantik merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan huraian berkaitan makna. Makna membawa erti maksud atau erti. Semantik dalam bahasa pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Aspek utama dalam semantik termasuklah erti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna dan lain-lain. Bidang kajian semantik ini sebenarnya amat berkait rapat dengan bidang kajian sintaksis. Semantik dikatakan sebagai pelengkap kepada sintaksis kerana berfungsi untuk memberi makna terhadap suatu struktur ayat tersebut (Clark &Clark, 1977). Pengertian makna ini begitu luas. Apabila membincangkan makna, maka aspek ketaksaan adalah salah satu elemen penting yang harus dikaji dengan teliti. Menurut Zulkifley Hamid (2006) ketaksaan merujuk kepada perkataan 2

Semantik dan Peristilahan BMM3111


atau ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Ketaksaan dapat diklafikasikan kepada dua jenis, iaitu ketaksaan leksikal dan ketaksaan struktur. S. Nathesan (2008) mengatakan bahawa perkataan merupakan unit bahasa yang terkecil yang mengandungi makna. Sesetengah perkataan pula bukan hanya mempunyai satu makna tetapi boleh mengandungi makna yang banyak. Sebagai contohnya perkataan semak. Terdapat tiga pengertian khusus yang telah didaftarkan dalam Kamus Dewan edisi keempat iaitu semak I bererti belukar, semak II bererti bp sama emak, semak III memeriksa atau mengkaji. Selain itu, terdapat juga perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan perkataan lain. Sebagai contoh, perkataan mawar berkongsi dan bertindan makna dengan perkataan teratai, orkid dan lili.Ini kerana kesemuanya bertindan makna antara satu sama lain kerana memiliki makna umum bunga. Perkataan-perkataan tersebut pula dapat dikategorikan kepada beberapa golongan iaitu sinonim, antonim, polisim, hiponim dan homonim.

2.2 Makna Peristilahan, Tataistilah dan Tatanama Dalam bidang kajian semantik, terdapat beberapa istilah, tataistilah dan tatanama khusus yang digunakan bagi membolehkan makna sebenar bagi satu-satu perkataan menjadi lebih jelas. Oleh itu, apakah yang diertikan sebagai peristilahan, tataistilah dan tatanama? Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2004), menyatakan bahawa istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Sebagai contoh: hablur, medan magnet, metamorfosis.Kata umum juga boleh menjadi istilah, seperti tenaga tenaga atom (atomic power).Definisi ini adalah bertepatan seperti yang telah didefinisikan dalam Kamus Dewan edisi keempat (2008) yang menyatakan bahawa istilah bermaksud perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Manakala peristilah pula didefinisikan sebagai sebagainya). Tataistilah ini pula iaitu terminology dalam bahasa Inggeris didefinisikan sebagai kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala dalam tulisan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992), tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). 3 berkaitan dengan istilah (pembentukan istilah dan

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Sebelum mendefinisikan tatanama, nama yang menjadi kata dasar bagi tatanama merujuk kepada kata atau frasa yang merujuk kepada orang, haiwan, tumbuhan, benda, tempat atau hal. Manakala tatanama pula didefinisikan sebagai kumpulan nama khusus yang disusun menurut peringkat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu. Misalnya dalam bidang kimia ada tatanama kimia yang memberi label kepada bahan-bahan kimia seperti natrium klorida untuk garam makan, methanol untuk metil alcohol dan sebagainya. Oleh itu, berdasarkan definisi yang telah dinyatakan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992 dan 2004), maka dapatlah dilihat bahawa istilah merupakan kata yang digunakan untuk menerangkan makna khusus dalam sesuatu bidang. Melalui peristilahan maka, sesuatu istilah itu akan dibentuk. Manakala tataistilah dan tatanama masing-masing merupakan kumpulan peraturan yang berfungsi untuk membentuk istilah dan nama khusus dalam bidang tertentu.

3.0 JENIS-JENIS MAKNA Nik Safiah Karim dan Norlidza Jamaluddin (2005) mengatakan bahawa jenis-jenis makna dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Pembahagian ini adalah sama seperti yang telah dinyatakan oleh John Lyons terjemahan Abdullah Hassan (1989) yang mengatakan bahawa leksem dan makna sesuatu ayat dapat dibezakan dengan makna leksikal dan makna ayat. Fries (1959) dalam S. Nathesan (2008) mengatakan bahawa makna umumnya dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu makna linguistik dan makna sosial (kultural). Makna linguistik dikategorikan kepada dua subbahagian iaitu makna leksikal dan makna struktural. Berikut merupakan rajah yang menunjukkan bahagian-bahagian makna:

makna

Linguistik

sosial

leksikal

struktural

denotatif

konotatif Rajah 3.0. Jenis-jenis Makna

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Walaupun terdapat banyak pendapat tokoh-tokoh bahasa mengenai bahagian dalam jenisjenis makna, namun secara ringkasnya, makna ini telah dikategorikan kepada makna dari segi linguistik dan sosial. Dalam bidang bahasa, kajian makna adalah lebih ditumpukan pada kajian makna linguistik. Makna linguistik ini dibahagikan lagi kepada dua iaitu makna leksikal dan makna struktural. Menurut Nik Safiah Karim dan Norlidza Jamaluddin (2005), makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ini ialah leksem, iaitu bentuk bahasa yang bermakna. Makna leksikal bermaksud makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera kita atau makna yang nyata. Sebagai contoh, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang yang buas, yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat. Contoh ayat: 1. Buaya di sungai itu telah ditangkap. 2. Jangan percara sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya. Berdasarkan ayat 1 dan 2, ayat 1 mempunyai makna yang leksikal, manakala ayat 2, buaya tidak membawa makna leksikal lagi kerana ia sebaliknya membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Menurut Zulkifley Hamid (2007), ketaksaan leksikal ini terjadi apabila sesuatu perkataan memberi dua atau lebih makna, dan keadaan ini menyebabkan beberapa bentuk makna dapat dibina daripada ayat yang mengandungi perkataan yang taksa. Manakala , ketaksaan struktur pula adalah merujuk kepada dua atau lebih struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa. Setiap struktur mempunyai makna yang berlainan daripada struktur yang lain. Makna gramatikal pula merupakan makna yang biasanya dipertentangkan dengan makna leksikal. Makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal seperti pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Sebagai contoh imbuhan ter(terangkat),gandaan: buku-buku, pemajmukan: kerusi malas. Makna gramatikal ini sering juga dipanggil sebagai makna kontekstual atau makna situasional kerana makna sesebuah perkataan yang sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya (Nik Safiah Karim dan Norlidza Jamaluddin, 2005). Menurut Leech (1974) dalam S. Nathesan (2008), makna terbahagi kepada tujuh jenis yang utama iaitu makna konseptual atau denotatif, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna renungan, makna kolatif dan makna tematik. 5

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Makna konseptual ialah makna yang ditanggap dalam minda oleh seseorang pengucap atau pendengar. Sebagai contoh, apabila disebut sekolah, maka dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid-murid dan guru. Makna di sini ada kaitannya dengan kognitif. Oleh itu, makna konseptual ini kemungkinan akan berbeza mengikut seorang kepada seorang yang lain. Beralih pula kepada makna konotatif yang dapat diertikan sebagai makna yang bukan literal atau tersurat tetapi tersirat, ( S.Nathesan, 2008). Contoh seperti ayat 2: Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya. Buaya dalam ayat ini bukan membawa makna buaya tetapi sebagai laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Makna stilistik pula merupakan lazimnya merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu. Misalnya, untuk menyatakan rasa rendah hati, seseorang yang menjemput kawannya ke rumahnya mengujarkan, Jika ada masa lapang, sila datang ke teratak saya di Likas. Sebenarnya, orang yang menjemput itu tidak menghuni sebuah teratak (sejenis rumah kecil yang lazimnya dibina di sawah, tetapi rumah yang diperbuat daripada batu. Makna tematik pula bermaksud cara seseorang pengguna bahasa menyusun mesejnya mengikut fokus atau tekanan dalam ujaran atau tulisannya. Misalnya, ayat aktif mempunyai makna yang berbeza sedikit daripada makna ayat pasif meskipun makna konseptual adalah sama. Sebagai contoh: 3. Ali menendang bola tersebut. 4. Bola tersebut ditendang oleh Ali. Berdasarkan ayat 3 dan ayat 4, terdapat penegasan berbeza yang dilakukan. Fokus pada ayat 3, ialah Ali sebagai penendang bola, tetapi fokus pada ayat 4, telah berubah kepada perbuatan Ali yang menendang bola tersebut, dan bukan lagi fokus kepada pelakunya. Makna yang seterusnya ialah Makna kolatif. Makna kolatif ialah makna yang berbeza berdasarkan penggunaannya pada tempat-tempat yang tertentu. Sebagai contoh: 5. Gadis itu cantik. 6. Pemuda itu kacak. 7. Pemandang itu indah. Berdasarkan ayat 5 , ayat 6 dan ayat 7, dapat dilihat bahawa walaupun makna kedua-dua kata itu hampir sama, namun oleh sebab terdapat kolokasi yang berbeza, maka ayat-ayat tersebut 6

Semantik dan Peristilahan BMM3111


tidak boleh dinyatakan seperti gadis itu indah, pemuda itu cantik atau pemandangan itu kacak. Secara keseluruhannya, terdapat tujuh jenis makna yang terdapat dalam makna linguisik iaitu makna konseptual atau makna denotatif, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna renungan, makna kolatif dan makna tematik.

4.0 TEORI SEGI TIGA SEMIOTIK Menurut de Saussure, lambang linguistik terdiri daripada penanda dan petanda. Secara lebih khusus lagi lambang linguistik merupakan imej bunyi dan suatu konsep, kedua-duanya dihubungkan oleh satu ikatan asosiatif psikologis. Bahasa terdiri daripada sistem lambang. sesebuah perkataan atau leksem merupakan lambang. Dalam semantik hubungan antara perkataan dengan konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu sering diperkatakan. Ogden & Richards (1923 [1949: 11]) telah melihat perhubungan dalam satu rajah segi tiga. Berikut merupakan rajah segi tiga:

Fikiran atau Rujukan

Simbol (Perkataan/ leksem)

Perujuk (sesuatu yang dirujuk)

Rajah 4.0. Segi Tiga Semantik Orgen dan Richards Berdasarkan Rajah 4.0, Simbol yang dimaksudkan itu ialah unsur linguistik iaitu terdiri daripada perkataan, ayat dan sebagainya, manakala Perujuk pula ialah bendanya dan sebagainya dalam dunia pengalaman. Fikiran atau rujukan pula merujuk kepada konsepnya. Menurut teori ini, tidak terdapat hubungan langsung antara simbol dan perujuk (antara bahasa dan dunia). Kaitannya adalah melalui fikiran atau rujukan, iaitu konsep fikiran kita.

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005), sesebuah perkataan atau leksem mengandungi makna atau konsep. Makna atau konsep bersifat umum, sedangkan sesuatu yang dirujuk, yang berada di dunia bahasa bersifat khusus. Konsep segi tiga semantik ini boleh dijelaskan dengan mengambil satu contoh kerusi. Perkataan kerusi mengandungi konsep kerusi pada umunya. Dalam dunia nyata, kerusi yang dirujuk bersifat khusus. Hubungan antara perkataan kerusi sebagai lambang dengan makna atau konsepnya bersifat langsung. Begitu juga hubungan kerusi di dunia nyata bersifat langsung. Namun, hubungan antara perkataan kerusi (lambang) dengan sebuah kerusi di dunia nyata tidak bersifat lansung. Maka, dalam Rajah 1, hubungan antara perkataan dengan rujukannya ditandai dengan garis berputus-putus. Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa hubungan antara perkataan dengan maknanya bersifat abitrasi. Ini bermakna tidak terdapat hubungan mutlak antara deretan fonem yang membentuk perkataan itu dengan maknanya. Namun begitu, hubungan itu bersifat konvensional. Ini kerana masyarakat penutur bahasa tertentu telah menetapkan bahawa perkataan bagi sesuatu benda atau perkara, dan hubungan antara kedua-dua itu tidak berubah.

5.0 TEORI PEMBUKTIAN Setiap kata yang diungkapkan haruslah merujuk kepada sesuatu benda atau perkara atau sebaliknya mempunyai makna yang tersirat iaitu makna konotatif. Apabila sesuatu kata itu merujuk kepada suatu benda atau perkara maka teori pembuktian adalah teori yang digunakan untuk menjelaskan rujukan kata tersebut. Ainon Mohamad dan Abdullah Hassan (2008) mengatakan bahawa teori logik simbolik juga dikenali dengan nama analisis logik atau analisis linguistik merupakan teori yang digunakan dalam merujuk makna sesuatu kata itu. Mengikut teori logik simbolik, ciri-ciri situasi dan tingkah laku juga yang mengiringi bahasa adalah sebahagian daripada makna perkataan itu. Teori ini mengkaji bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia (Ruth M. Kempson ; penterjemah Zaiton Ab. Rahman, 1991). Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan. Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku.

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Terdapat tiga sub bahagian kajian yang termasuk dalam teori ini iaitu semantik, sintaksis dan pragmatik. Dalam perbincangan ini, kajian dalam bidang semantik lebih diutamakan. Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau perisitiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain. Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan. Teori Logik Simbolik ini adalah mempunyai persamaan langsung dengan teori Relevans yang telah dinyatakan oleh Hashim Bin Musa dan Ong Chin Guan (1998). Teori Relevans lebih menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami antara penutur dan pendengar. Menurut teori ini, apabila sesuatu ujaran disampaikan, menjadi tanggungjawab si penutur untuk menjamin maklumat yang disampaikan itu relevan dan setimpal dengan perhatian yang diberikan oleh pendengar apabila diproses mengikut konteks. Oleh itu, dalam bidang semantik makna logik merupakan makna yang ditinjau dari sudut kebenaran iaitu makna yang dapat diterima oleh akal manusia. Sesuatu ungkapan bahasa boleh dikatakan mempunyai makna logik atau tidak logik. Berdasarkan teori logik simbolik, contoh ayat berikut dapat menjelaskan teori ini: 5. Matahari terbenam di sebelah timur (tidak logik dan tidak masuk akal) 6. Matahari terbenam di sebelah barat (logik dan diterima akal) Ayat 5 dikatakan tidak betul dan tidak logik kerana pernyataan dalam ayat tersebut dikatakan telah melanggar kebiasaan umum. Hal ini kerana secara kebiasaannya matahari terbenam di sebelah barat dan bukan di sebelah timur. Maka ayat tersebut dikatakan sebagai satu pernyataan yang tidak logik. Ayat kedua dirasakan lebih logik dan diterima akal kerana umumnya dapat diterima masyarakat bahawa matahari terbenam di sebelah barat. Menurut Jos Daniel Parera (1999), sesuatu pernyataan itu adalah logik atau tidak logik sekiranya kita mampu menghubungkan satu gagasan dan satu konsep gagasan dengan gagasan atau konsep yang lain. Sebagai contoh: 7. Orang itu kelaparan dan makan batu. 8. Orang itu kelaparan dan makan nasi. Berdasarkan ayat 7 dan ayat 8, ayat 7 dikatakan tidak logik kerana hubungan antara ungkapan makan dan batu adalah bersifat tidak logik tetapi ayat 8 dikatakan logik kerana nasi 9

Semantik dan Peristilahan BMM3111


termasuk dalam kategori makanan manusia. Sehubungan dengan itu, dalam aspek berbahasa, makna logikal haruslah diutamakan. Oleh itu, berdasarkan teori ini, maka dapat dilihat bahawa setiap pernyataan yang relevan atau logik adalah mematuhi konsep dalam teori logik simbolik. Pernyataan yang benar dan logik mempunyai rujukan benda, konsep atau perkara yang betul, manakala pernyataan yang tidak logik tidak merupakan pernyataan yang tidak bertepatan dengan teori logik simbolik.

6.0 PETIKAN HURAIAN PERKAITAN MAKNA PERKATAAN DARI SEGI LEKSIKAL (SINONIM, ANTONIM, HIPONIM, POLISEMI) Tajuk Petikan: Jenis-jenis Tarian di Malaysia Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, suku kaum iban dan suku kaum kadazan dusun. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini. Ini terutamanya dapat dilihat melalui tariannya. Contoh- contoh tarian yang terdapat di Malaysia seperti tarian zapin, bhrata natyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau. Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Pada zaman dahulu, tarian ini digunakan dalam amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. Kini, tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya. Tarian sumazau adalah tarian suku kaum Kadazan Dusun yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang. Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan sembilan orang ahli, iaitu tujuh wanita dan dua lelaki. Kipas cina merupakan alat keperluan dewa-dewi pada masa lalu. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mempercayai "Fung Shui" iaitu tentang petanda baik dan buruk. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat. Tarian klasik india bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun. Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah. Penari akan melompat bersama iringan lagu bersesuaian dengan upacaranya. Penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan. Penari menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan.

10

Semantik dan Peristilahan BMM3111


6.1 Sinonim Menurut S. Nathesan (2008) sinonim pada umumnya difahami sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dengan kata tertentu Contoh situasi dalam petikan perkataan serupa: Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari adat daripada masyarakat pelbagai kaum ini. (Perenggan 1) budaya Tambahan lagi, angina merupakan satu tradisi tradisi masyarakat cina yang mempercayai (Perenggan 4) yang mempunyai makna

makna sinonim

Jadual 6.0. Contoh Situasi Perkataan Bersinonim Berdasarkan Jadual 6.0, maka dapat dilihat bahawa adat, budaya dan tradisi adalah tiga perkataan yang dianggap mempunyai makna yang sinonim, iaitu menggambarkan sesuatu kebiasaan yang telah diamalkan turun temurun yang sudah sebati di dalam sesuatu masyarakat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008). Contoh situasi dalam petikan perkataan yang serupa: Penari lelaki dan penari perempuan perempuan wanita mempersembahkan tarian (Perenggan 3) Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan sembilan orang ahli, iaitu tujuh wanita dan dua lelaki. (Perenggan 4) Jadual 6.1. Contoh Situasi Sinonim dalam Petikan Zulkifley Hamid (2007) mengatakan bahawa sinonim dirujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang serupa dan sama. beliau mengatakan bahawa kata nama mempunyai sifat yang bersinonim. Berdasarkan Jadual 6.1 perempuan dan wanita ialah golongan kata nama yang mana saling mendefinisikan makna perkataan sesama sendiri iaitu, perempuan bererti orang wanita, manakala wanita didefinisikan sebagai orang perempuan. Namun begitu, terdapat sebahagian kosa kata dalam bahasa Melayu mempunyai pasangannya yang mempunyai makna yang sinonim, tetapi perkataan-perkataan yang sinonim, tetapi perkataan-perkataan yang dikatakan mempunyai makna yang sinonim atau sama ini sebahagiannya pula tidaklah mempunyai makna yang benar-benar serupa. Sebagai contoh, perkataan memaparkan dan mempersembahkan merupakan kata nama yang bersinonim, namun sinonimnya tidak dianggap benar dalam semua keadaan. mempunyai makna

makna sinonim

11

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Berikut merupakan contoh situasi dalam petikan: Contoh situasi dalam petikan perkataan yang mempunyai makna serupa: Penari lelaki dan penari perempuan mempersembahkan memaparkan mempersembahkan tarian (Perenggan 3) makna sinonim berdasarkan epic India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian (Perenggan 5) Jadual 6.2. Sinonim perkataan mempersembahkan dan memaparkan Dalam Jadual 6.2, perkataan mempersembahkan dan memaparkan membawa erti

membentangkan atau menyampaikan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008). Namun begitu, dalam konteks ini, mempersembahkan tidak boleh digantikan dengan perkataan memaparkan kerana tidak sesuai dengan penggunaan ayat tersebut. Perkataan-perkataan yang bersinonim dalam petikan ini adalah seperti yang berikut: Perkataan wanita adat dramatik mempersembahkan majlis Sinonim perempuan tradisi, budaya bersemangat memaparkan acara

Jadual 6.3. Perkataan-perkataan Bersinonim dalam Petikan. Oleh itu, berdasarkan huraian berkaitan istilah sinonim ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa sinonim merupakan perkataan yang hampir sama ertinya akan tetapi keserupaan tersebut masih terbatas kepada sesetengah situasi yang tertentu. Ini terutamanya dalam proses penggantian perkataan tersebut dengan sinonimnya, Terdapat tiga perkataan mengandungi sinonim iaitu golongan kata kerja, kata sifat dan kata nama. Manakala perkataan pinjaman dan perkataan yang digunakan dalam dialek-dialek yang berbeza juga menghasilkan sinonim yang tertentu dengan perkataan dalam bahasa Melayu.

6.2 Antonim Antonim merupakan istilah dalam bidang semantik yang bermaksud pertentangan makna antara perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa (Zulkifley Hamid, 2007). Ini samalah seperti yang telah dikatakan oleh S. Nathesan (2008) yang mengatakan bahawa antonim mempunyai makna yang berlawanan kerana kata-kata tersebut mempunyai makna sebaliknya. Dalam Petikan tersebut terdapat beberapa perkataan yang berantonim dapat ditemui. 12

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Berikut merupakan perkataan yang mempunyai antonim dalam petikan: Perkataan wanita, perempuan baik dewa atas kiri Antonim lelaki buruk dewi bawah kanan

Jadual 6.4. Perkataan-perkataan Berantonim dalam Petikan. Berdasarkan Jadual 6.4, wanita atau perempuan adalah antonim bagi lelaki. Manakala baik pula antonim bagi buruk, dewi antonim bagi dewa, atas antonim bawah dan kiri antonim kanan. Namun begitu, makna berlawanan pada pasangan tersebut hanya makna umum sahaja. Oleh itu, S. Nathasen (2008) mengatakan bahawa antonim tidak mendukung makna yang benar-benar berlawanan. Sebagai contoh baik boleh sahaja berantonim dengan jahat dalam situasi tertentu, ataupun buruk seperti dalam situasi ini. Manakala, Zulkifley Hamid (2007) pula mengatakan bahawa, dalam perkataan yang berantonim ini juga boleh terdiri daripada beberapa perkataan yang berlawanan dengan satu perkataan yang tertentu. Sebagai contoh, baik boleh dikontraskan dengan buruk. Namun begitu, baik juga boleh dikontraskan dengan jahat. Ini bermakna baik berantonim dengan perkataan buruk dan jahat mengikut kesesuaian makna antonim perkataan tersebut. Antonim ini juga boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata sifat.

6.3 Polisim Istilah lain yang tidak kurang pentingnya dalam kajian bidang semantik ialah polisim. Istilah polisim merujuk kepada satu perkataan yang mempunyai beberapa makna (Zulkifley Hamid, 2007). F.R. Palmer terjemahan Abdullah Hassan (1989) mengatakan bahawa bukan hanya perkataan berlainan yang mempunyai makna berbeza, malahan sesuatu perkataan itu juga mempunyai satu set makna yang berbeza. Ini bermaksud sekiranya melihat entri makna dalam kamus, kata yang tergolong dalam kategori polisim akan mempunyai beberapa entri makna.

13

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Berikut merupakan contoh perkataan polisim yang terdapat dalam petikan: Perkataan Tanda (tulisan) Tanda (lambang) Tanda (perbuatan) Tanda ( alamat) Tanda (bukti) Tanda (gejala) Makna Polisim 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll) 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala:

Jadual 6.5. Perkataan tanda yang Mendukung Makna Polisim Berdasarkan Jadual 6.5, tanda dalam petikan tersebut yang terdapat dalam ayat ini adalah seperti yang berikut:

Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindarkan roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.

Ayat tersebut membawa erti sebagai lambang yang digunakan untuk mengenali sesuatu. Dalam konteks ayat di atas, tarian Sumazau digambarkan sebagai jenis tarian yang digunakan bagi melambangkan kesyukuran atau tuaian padi yang banyak pada zaman dahulu. Oleh itu, benarlah seperti yang dikatakan oleh S. Nathesan (2008) bahawa polisemi ialah perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung makna yang banyak.

6.4 Hiponim Perkataan hiponim ini adalah berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu onoma yang bererti nama dan hypo yang bererti di bawah. Hiponim ialah ungkapan yang maknanya dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Sebagai contoh dalam petikan tersebut iaitu zapin ialah hiponim terhadap perkataan tarian, oleh sebab zapin termasuk dalam makna tarian. Selain itu, terdapat banyak jenis tarian lagi yang termasuk dalam makna tarian seperti bhrata, natyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau. Hubungan antara dua perkataan yang berhiponim ini adalah searah. Ini bermakna perkataan zapin adalah berhiponim dengan perkataan tarian, tetapi tarian tidak berhiponim dengan zapin kerana perkataan tarian meliputi seluruh jenis tarian.

14

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Berikut merupakan contoh lain perkataan berhiponim yang terdapat dalam petikan: Perkataan Masyarakat Majlis Hiponim Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan-Dusun perkahwinan, keagamaan, perasmian, kemasyarakatan Jadual 6.6. Perkataan Hiponim dalam Petikan. Berdasarkan Jadual 6.6, dapat dilihat bahawa perkataan masyarakat merupakan hiponim bagi Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan-Dusun. Manakala perkataan perkahwinan, keagamaan, perasmian dan kemasyarakatan merupakan hiponim bagi majlis. Dalam hal ini, masyarakat tidak sama sekali berhiponim dengan Melayu kerana perkataan masyarakat kerana masyarakat meliputi semua jenis masyarakat. Oleh itu, daripada penjelasan yang telah diutarakan oleh Nik Safiah Karim dan Norlidza Jamaluddin (2007), mereka juga telah menerangkan bahawa hubungan antara perkataan yang bersinonim, berantonim dan berhomonim bersifat dua arah.

7.0 BENTUK-BENTUK ISTILAH DAN SUMBER-SUMBER ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU Sebaris dengan perkembangan era globalisasi pada zaman ini, terdapat pelbagai bentukbentuk istilah dan sumber-sumber istilah yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. Dalam proses peristilahan, morfem merupakan unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Manakala, morfem peristilahan pula merupakan kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. Daripada kata akar, maka sumber-sumber istilah dalam bahasa Melayu dapat diketahui. Kata akar ini mempunyai kumpulan bentuk istilah yang tertentu. Proses penggandaan,

pengimbuhan dan penggabungan pula akan membentuk istilah yang baharu.

7.1 Bentuk-bentuk Istilah Terdapat beberapa bentuk istilah yang telah dinyatakan dalam Pedoman Umum Peristilahan Bahasa Melayu (1992). Bentuk istilah telah dibahagikan kepada empat iaitu

termasuklah bentuk akar bebas, bentuk berimbuhan, bentuk gabungan, bentuk gandaan. Manakala terdapat lagi bentuk kata yang lain seperti bentuk prototaip dan paradigma kata.

15

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Kata akar didefinisikan sebagai kata yang belum mendapat imbuhan. Sebagai contoh rumah, asid, algebra dan lain-lain ( Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, 1992). Kata akar ini akan membentuk istilah bentuk akar bebas iaitu bentuk yang boleh berdiri sendiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004), istilah yang berupa bentuk dasar dipilih di antara golongan kata utama, seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Selain itu, akronim juga tergolong sebagai kata tunggal tanpa imbuhan, kerana ditulis dan dilafazkan sebagai kata yang utuh. Bentuk istilah yang kedua pula ialah bentuk berimbuhan. Dalam Kamus Tatabahasa Dewan (2008) mengatakan bahawa proses pengimbuhan adalah proses yang menggandingkan umbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Kata dasar yang merupakan morfem terikat disebut akar. Dalam pembentukan istilah, bentuk berimbuhan iaitu istilah yang mengandungi imbuhan akan dihasilkan. Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004) mengatakan bahawa istilah kata terbitan menunjukkan pertalian yang teratur antara bentuk dan maknanya. Bentuk Gabungan pula merupakan bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Bentuk gabungan ini juga lebih dikenali sebagai kata majmuk yang diertikan sebagai proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan betindak sebagai sati unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain (Kamus Tatabahasa Dewan, 2008). Manakalah bentuk istilah yang keempat iaitu bentuk gandaan ialah istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan (2008), Terdapat tiga jenis penggandaan yang boleh dialami oleh kata dasar iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Bentuk istilah yang seterusnya ialah bentuk prototaip. Bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu. Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992), paradigma kata pula merupakan bentuk istilah yang kumpulan katanya dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan, mahupun yang berupa kata gabungan. Manakala Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004) menambahkan bahawa

16

Semantik dan Peristilahan BMM3111


istilah kata terbitan boleh dimasukkan ke dalam paradigma, tetapi tidak semua paradigm mempunyai bentuk yang rapi. Berikut merupakan contoh bagi bentuk-bentuk istilah dalam bahasa Melayu: Bentuk Istilah Akar Bebas Berimbuhan Gabungan Gandaan Bentuk Prototaip Paradigma Kata Contoh haba (heat), sisa (residue) bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan Garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang pepasir, jejari, buli-buli, kacang-kacang protein, radiator, magnet Kumpulan kata Istilah dalam bahasa Melayu absorb serap absorbate zat terserap, absorbat absorbent zat penyerap, absorben absorber penyerap absorpivity kedayaserapan, keabsorptifan absorptive absorptif, berdayaserap Jadual 7.0. Contoh bentuk-bentuk Istilah Bahasa Melayu

7.2 Sumber Istilah Terdapat pelbagai istilah yang telah diserap dalam bahasa Melayu. Tidak kurang juga istilah-istilah yang berasal daripada kosa kata bahasa Melayu sendiri. Bagi memperkaya lagi istilah dalam bahasa Melayu, sumber istilah khususnya daripada dialek-dialek Melayu dan juga bahasa klasik telah diserap daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-lain. Selain itu bahasabahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu juga telah menjadi sumber istilah bagi bahasa Melayu. Tidak kurang bahasa Inggeris yang telah banyak diserap dalam istilah-istilah bahasa Melayu.

17

Semantik dan Peristilahan BMM3111


Berikut merupakan jadual bagi sumber-sumber istilah bahasa Melayu: Sumber Istilah Jenis Bahasa Contoh Istilah hospital dan rumah sakit hospital dipilih fisiologi dan kaji tugas organ fisiologi dipilih engkabang ellipenut gambut peat awet lasting nyeri pain atom, elektron, profesional, psikologi munafik, lahiriah, salih

Bahasa Melayu Bahasa Indonesia Dialek-dialek Bahasa Melayu Bahasa Melayu Klasik Bahasa Serumpun Bahasa Iban Bahasa Banjar

Bahasa Melayu Bahasa Jawa Bahasa Sunda Bahasa Asing Bahasa Inggeris Bahasa Arab

Jadual 7.1. Sumber-sumber Istilah Bahasa Melayu Berdasarkan Jadual 7.1, terdapat tiga jenis sumber bahasa yang dijadikan sebagai istilah dalam bahasa Melayu. Pedoman Umum Peristilahan Bahasa Melayu (1992) telah menyatakan bahawa mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. Selain itu, kata yang dipilih adalah yang paling singkat sekiranya terdapat sekelompok sinonim. Sebagai contoh kata hospital dan rumah sakit, hospital akan dipilih menjadi istilah. Begitu juga dengan fisiologi dan kaji tugas organ, fisiologi akan dipilih sebagai istilah yang khusus. Pemilihan istilah ini juga termasuklah kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. Manakala, dalam Jadual 7.1 juga turut terdapat istilah daripada bahasa serumpun dengan bahasa Melayu. Pemilihan istilah ini adalah disebabkan oleh istilah yang diperlukan tidak terdapat dalam bahasa Melayu (Pedoman Umum Peristilahan Bahasa Melayu, 1992). Akhir sekali, pemilihan istilah dalam bahasa Melayu ini akan menyerap bahasa asing sekiranya tidak terdapat istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Pedoman Umum Peristilahan Bahasa Melayu (1992) telah menggariskan bahawa penulisan istilah daripada bahasa asing hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber, dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Contoh-contoh istilah yang telah diserap dalam bahasa Melayu terdapat dalam Jadual 7.1. Terdapat beberapa syarat lain yang ditetapkan dalam penyerapan istilah daripada bahasa asing. Istilah asing boleh dipinjam atas dasar sesuai makna, lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayu dan mempermudahkan penyelarasan sekiranya istilah bahasa Melayu mempunyai 18

Semantik dan Peristilahan BMM3111


banyak sinonim. Bentuk-bentuk serapan pula adalah bergantung kepada konteks situasi dan pemakaiannya dalam ayat (Pedoman Umum Peristilahan Bahasa Melayu, 1992).

8.0 PENUTUP Mengkaji bidang bahasa tidak akan lengkap tanpa kajian bidang semantik ini ditinggalkan. Secara keseluruhannya, bidang semantik merupakan bidang yang berkaitan dengan kajian makna perkataan. Makna perkataan ini pula termasuklah makna pertuturan dan perlakuan yang ditunjukkan oleh penutur. Kajian bidang semantik ini akan lengkap dengan adanya takrifan berkaitan konsep, istilah, tataistilah, tatanama, teori segi tiga semiotik dan lain-lain lagi yang termasuk dalam bidang semantik. Proses peristilahan merupakan salah satu elemen penting dalam kajian semantik. Peristilahan bermaksud proses pembentuk istilah bahasa Melayu. Manakala, istilah dalam bahasa Melayu ini pula terbahagi lagi kepada beberapa bahagian. Istilah-istilah dalam bahasa Melayu boleh sahaja berbentuk akar kata bebas, iaitu kata dasar yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan, pengimbuhan dan penggabungan. Kata dasar yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu dikategorikan sebagai istilah khusus. Selain istilah bentuk akar bebas, pembentukan istilah juga dapat mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. Melalui proses ini, maka bentuk istilah seperti bentuk berimbuhan seperti bersistem, bentuk gabungan seperti garis lintang dan bentuk gandaan contohnya jejari dan buli-buli akan terbentuk. Selain bentuk-bentuk istilah ini, terdapat dua lagi bentuk istilah lain yang terdapat dalam bentuk istilah iaitu bentuk prototaip iaitu kata yang masih berbentuk seperti bahasa sumber dan paradigm kata. Paradigma kata ini pula ialah kumpulan kata yang dientuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu. Walaupun kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang mengikut peredaran masa, namun masih terdapat beberapa istilah yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Sekiranya ada pun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu yang agak panjang dan kurang sesuai. Oleh itu, untuk membolehkan istilah-istilah dalam bahasa Melayu ini lengkap, maka terdapat pelbagai sumber-sumber istilah yang telah diserap. Sumber istilah yang pertama termasuklah bahasa Melayu sendiri. Bahasa Melayu juga mempunyai kosa kata yang banyak untuk menerangkan sesuatu perkara atau konsep yang tertentu. Selain bahasa Melayu, bahasa-bahasa yang serumpun juga dijadikan sebagai sumber istilah. Ini termasuklah bahasa Banjar, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan yang seumpamanya. Pemilihan kata daripada bahasa-bahasa serumpun ini adalah disebabkan oleh istilah tersebut tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Bahasa 19

Semantik dan Peristilahan BMM3111


asing juga banyak dijadikan sebagai sumber istilah. Ini terutamanya bahasa Inggeris yang mempunyai pelbagai bentuk istilah sains dan matematik yang sukar diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Seterusnya beralih pula kepada jenis-jenis makna. Terdapat beberapa jenis makna yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh bahasa. Jenis-jenis makna tersebut termasuklah makna konseptual atau denotatif, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna renungan, makna kolatif dan makna tematik. Setiap makna adalah bersifat subjektif kerana makna itu tidak tetap atau mengandungi beberapa pengertian. Ini bergantung terhadap perubahan dalam konteks, budaya, larangan dan sebagainya. Teori Segitiga Semiotik pula merupakan teori yang dipelopori oleh Ogden &Richards pada tahun 1923 digunakan dalam membuktikan sesuatu yang diperkatakan itu mempunyai perkaitan ataupun tidak. Terdapat tiga unsur utama yang terdapat dalam teori Segitiga Semiotik. Ini termasuklah fikiran atau rujukan, simbol dan perujuk. Dalam teori ini menyatakan bahawa simbol membawa erti unsur linguistik seperti kata, ayat dan sebagainya, manakala perujuk pula ialah benda yang dirujuk oleh kata tersebut dan fikiran atau rujukan pula merupakan konsep yang terdapat dalam fikiran manusia. Teori ini telah merumuskan bahawa sebenarnya simbol dan perujuk tidak mempunyai sebarang kaitan, sebaliknya hanya dikaitkan oleh fikiran atau rujukan yang terdapat dalam fikiran manusia. Teori pembuktian ini dapat juga dijelaskan dalam teori Logik Simbolik yang telah dipelopori oleh Ruth M. Kempson. Beliau menyatakan bahawa sesuatu pernyataan itu adalah benar sekiranya pernyataan merujuk kepada konsep yang logik dan dapat diterima akal. Manakala pernyataan yang tidak logik bertentangan sama sekali dengan teori logik simbolik. Oleh itu, teori ini merupakan teori yang harus mengikut peraturan umum agar tidak bercanggah dengan kejadian semulajadi. Sebagai contoh matahari seharusnya terbenam di sebelah barat. Sekiranya terdapat pernyataan yang menyatakan bahawa matahari terbenam di sebelah timur, maka pernyataan tersebut sama sekali bercanggah dengan teori logik simbolik. Akhir sekali, bagi memantapkan lagi pemahaman berkaitan topik ini, maka kajian yang berkaitan dengan makna perkataan dari segi leksikal iaitu sinonim, antonim, hiponim dan polisemi telah dikaji dalam topik ini. Setiap makna perkataan ini mempunyai ciri yang tersendiri dan harus dikaji dengan teliti agar dapat meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam dalam bidang semantik.

20

Anda mungkin juga menyukai