Anda di halaman 1dari 4

TUJUAN ANDA MENGARANG 1.

menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan


itu. 2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. 4. menguji tentang sejauh mana
pembacaan anda. PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu
karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan
karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan
c) Penutup A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau
pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara
atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik
perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara
ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang
menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa.
Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih
daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak
tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak
mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun
dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam
perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu
perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan
tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang
daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan
oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya
supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang
bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari
karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak
membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana,
buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman
sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam
perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Tip Antara kaedah
mencari isi Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda ) Apa ? Siapa ? Bila ?
Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ? C. Penutup Kalau pengenalan dapat
mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut
maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.
Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan. CARACARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS 1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan
seperti di bawah : a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 - Baca
dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami bentuk soalan sama ada jenis
berformat atau tidak berformat. - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benarbenar boleh dikuasai - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : Tuliskan
laporan mengenai lawatan tersebut. ) Contoh : Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan
mengenainya. Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan
laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Komen : Tajuk

karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu
merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat. Tip Adalah lebih baik jika
adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam
soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada
tajuk sebenar. b. Menyusun rangka karangan - Pilih mana-mana kaedah yang
mudah bagi anda mencari isi - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang
mungkin. - susun isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta
contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan diulangulang c. Menulis karangan - Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan
menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. - Setiap isi yang dihurai perlu
ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. ( Bahagian-bahagian
karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi
kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup - Tulislah
mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan. d.
Menyemak karangan - Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi
memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca,
penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu. e. Secara umum
peruntukan masa untuk sebuah karangan a. 4 minit mencari isi b. 24 minit menulis
karangan c. 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit Kamu mesti
menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab
satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua
pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu
soalan yang baik. Tip Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan
padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah
kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang
telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja
bagi huraian satu isi. Tahukah kamu ? Bagaimana hendak menulis dialog dengan
baik ? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan
anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa.
Lihat contoh : Contoh A ( dicadangkan ) "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi."
Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggutunggu," luah Jamal , lembut. Contoh B ( mengelirukan ) "Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut. PETUA BILA MENULIS
KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja
isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah
mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta ,
sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap
perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang
mudah. KELEMAHAN KARANGAN A] Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih
tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan.
Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. B] Kekurangan isi Oleh sebab
kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleretleret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini

berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. C]


Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu
perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam.
Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan ! D] Tidak
merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih
dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini
menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan
isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang
menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ). E]
Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting
bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya
masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat
membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan
"apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul.
Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.
F] Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa
memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan
karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa.
Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang
cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah
penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat
50 % ( C ) sahaja. G] Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang
menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )
A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah /

Perbualan / Wawancara

6. Karangan jenis Berita


7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
B. Karangan Tidak Berformat
1. Karangan Rangsangan Bergambar /
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita /

Rangsangan Kata
Gambaran / Situasi

3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan


4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa

Anda mungkin juga menyukai