Anda di halaman 1dari 10

PERTANDINGAN GAJET

BADAN UNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SKGN 2020

KRITERIA SEMASA MEMBINA GAJET:


1. Gajet biarlah ringkas dan praktikal.
2. Senang dibina.
3. Kukuh dan dapat pamerkan.
4. Menggunakan lidi.
5. Tali.
6. Mesti menggunakan ikatan atau simpulan yang telahdisediakan.
JENIS-JENIS GAJET
1. Gajet di hadapan perkhemahan:
- Pintu gerbang
- Lampu, pelita atau tempat meletak lilin
- Menara
- Tempat meletak barang tajam
- Tempat meletak kasut / rak kasut
- Tempat meletak kain / pakaian (ampaian)
- Pagar
2. Gajet dalam khemah:
- Penyangkut baju
- Tempat lilin / lampu / lampu pelita
3. Gajet bahagian dapur / belakang:
- Tempat duduk / kerusi / meja
- Tempat menyimpan makanan
- Tempat menyimpan perkakas dapur
- Tempat menyangkut cawan / gelas
- Rak menyimpan kayu api
IKATAN DAN SIMPULAN

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN

1. Simpul Buku Sila

Simpul buku sila sangat penting dan digunakan sepanjang masaoleh semua
golongan.Simpul buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiznya,
mematikan ikatan pada bungkusan, membalut luka dan sebagainya. Simpul ini boleh dibuat
dengan membuat lingkaran pada hujungkedua-dua tali atau anduh.
2. Simpul Bunga Geti

Simpul bunga geti digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
saiznya.

3. Simpul Tindih Kasih

Simpul tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut,
contohnya untuk menjerut leher binatang.Simpul ini banyak digunakan untuk semasa
menyelamat di dalam air.Apabila digunakan semasa kerja menyelamat, simpul tindih
kasih diikat pada pinggang mangsa, kemudian mangsa ditarik ke tempat yang selamat.
4. Simpul Manuk

Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.Tidak mudah terburai
dan juga selalu digunakan semasa memula dan mematikan ikat seraya dan ikat silang
gunting.

5. Lilit Balak

Lilit balak digunakan untuk mengikat tali pada kayu atau batang kayu yang besar saiznya.
6. Lilit Dua Simpul

Lilit dua simpul digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu dan mengikat hujung
tali khemah pada pancangnya.Selalu juga digunakan untuk mengikat tali perahu, bot dan
kapal yang berlabuh.

7. Lilit Kacang

Lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gejek.Kayu
atau buluh itu dapat diikat dengan kuat.
8. Ikat Seraya

Ikat seraya digunakan dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering.Ikat seraya
digunakanuntuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tepat.Dimulakan dengan ikatan
manuk (a), kemudian lilit dengan kemas dan ketatkan (b), (c), dan (d).Kemudian lilitkan
dicelah kayu (e).Tamatkan ikatan dengan simpul manuk pada salah satu batang kayu.

9. Ikat Silang Gunting

Ikat silang gunting digunakan dalam aktiviti membuat gajet. Ikatan ini digunakan untuk
menyambung dua batang kayu atau tiang.
10. Ikat Silang Tungku

Digunakan untuk membuat tiang gajet atau menara, ketiga-tiga batang kayu dikerat sama
panjang. Pada hujung ketiga-tiga kayu dibuat ikat silang tungku. Dimulakan dengan
menggunakan lilit balak atau simpul manuk pada sebatang tiang. Kemudian lilitkan
ketiga-tiga batang tiang berselang-seli (a). Selepas itu belit dicelah-celah batang kayu (b),
dan akhirnya tamatkan dengan menggunakan simpul manuk pada tiang (c).

Menyambung tiga batang tiang atau kayu


11. Ikatan Belit Lucut
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau pokok bagi tujuan memanjat
tali, menuruni pokok atau bukit. Ia dapat dibuka dengan senang.

RUMUSAN
Tali tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia, lebih-lebih lagi semasa aktiviti
perkhemahan.Berbagai-bagai bahan digunakan untuk membuat tali seperti kulit pokok,
bulu binatang, sabut kelapa, kapas, nilon, bahan campuran sintetik dan
sebagainya.Malah, bahan semulajadi seperti akar-akar kayu, bemban dan rotan boleh
dijadikan sebagai taliuntuk keadaan serta merta.Tali mempunyai banyak kegunaannya
seperti untuk menyelamat, mengangkat, menarik, mengikat dan sebagainya demi untuk
kesenangan dan keselesaan hidup

Anda mungkin juga menyukai