Anda di halaman 1dari 2

10 Tips Untuk Berjaya Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya

#Tips 1. Yakin Untuk Susu Ibu Sepenuhnya

Setelah bertekad nak bagi susu ibu sepenuhnya…mesti yakin. Takde nak beli susu formula buat
spare….InsyaAllah Allah dengar niat suci murni kita. Cari ilmu tentang penyusuan susu ibu dan join group
yang support susu ibu

#Tips 2. Jangan Stress

Apa2 yang berlaku jangan stress. Releks….emosi ibu sangat berkait dengan pengeluaran susu
ibu…problem kat tempat kerja ke….anak di utamakan…let it go….let it goo….semua kita yang kawal…nak
atau tidak saje

#Tips 3. Tidak Perlu Stok Banyak

Tidak perlu banyak stok susu perahan. Cukup untuk tinggalkan kat baby sitter. Macam saya memang
bukan jenis sekali perah berbotol2 dapat…biasa 6oz saje 1 hari…so hari ni perah, cukup untuk bekalan
esok. Kecuali kena out station, kena buat stok awal.

#Tips 4. Bagitahu keluarga dan Rakan Rakan

Ini sangat penting….bila diorang tahu komitmen kita, insyaAllah diorang akan support kita. Macam saya
waktu rehat, masa untuk mengepam. Sambil kami sembang2 atau makan, saya mengepam dengan
gigihnya….

#Tips 5. Konsisten Pam

Pam untuk bekalan kat baby sitter. Susu ada ke tak ada ke….pam mesti buat. Kadang2 guna pam elektrik
susu tak keluar, guna marmet cara yang paling berkesan…kalau tak sempat pam kat tempat kerja,
sebelum ambil baby, pam dulu. Tambah sekarang guna power band pun boleh

#Tips 6. Doa susu cukup

Semua rezeki dari Allah. Susu ibu adalah rezeki dari Allah. Mohonlah kepada yang memberi rezeki. Tak
perlu nak hafal doa bahasa Arab, bahasa ibunda lagi mudah. InsyaAllah…murah rezeki anak-anak

#Tips 7. Makan Yang Berkhasiat

Untuk hasilkan susu yang banyak, perlukan sumber makanan yang berkhasiat. Pastikan menu kita ada 7
kelas makanan karbohidrat, protein, vitamin dan lain-lain. Lebihkan sayur-sayuran dan jangan
tinggalakn buah buahan. Kalau dapat kenal pasti milk booster jangan ditinggalkan. Milk booster berbeza
setiap orang.

#Tips 8. Minum Air Banyak

Susu adalah cecair, maka semestinya perlu sumber air yang mencukupi. Lagi bagus air suam, pantang
sekali ais diminum. Cara saya, letak siap2 air suam dalam botol. Duk dalam bilik ke, depan tv
ke…anytime ambil botol teguk air. Pastikan habis 2 atau 3 botol sehari.
#Tips 9. 6 Bulan Pertama

6 bulan pertama saje kena gigih pam buat stok. Bila dah masuk 6 bulan, baby dah start makan. So,
keperluan susu berkurang sebab baby akan kenyang bila dah start makan. Macam Ammar memang saya
bagi nasi bubur…NO..NO…nestum atau yang instant. Mula2 memnag baby akan tolak, minggu kedua
baby akan makan. Ammar hanya perlu susu 6oz saje sehari kat rumah pengasuh, kadang2 tak habis pun

#Tips 10. Enjoy

Enjoy your breastfeeding…..bercakap2 dengan baby semasa menyusu, gurau2 dan macam2 lagi.
Pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jom mommies….you can do it…Allah Maha
Mendengar.

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Lain orang lain caranya….boleh cuba mana yang sesuai. Jom
kongsikan pengalaman ibu2 semua di sini…12 bulan lagi meneruskan misi…

Read more http://www.rahsiaummi.com/rahsia-kejayaan-penyusuan-susu-ibu-secara-eksklusif/

Anda mungkin juga menyukai