Anda di halaman 1dari 2

1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu.

Mungkin beri mainan, atau bacakan buku atau apa sahaja yang Wana boleh lakukan. 2. Jangan tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu. Eh, sudah berlawan pula dengan item no. 1 tadi? Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini boleh dikawal kerana ia bergantung kepada ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun, sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu dan jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu. 3. Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak Wana dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat, lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu direct. 4. Pakai pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa. Saya pula mula memakai Abaya (jubah) yang tidak berbutang dihadapan dan tunjukkan kepada Sawda betapa sukar dan tidak sesuai untuk dia menyusu jika saya memakai Abaya sebegitu. Jadi jika di luar rumah, tidaklah dia minta untuk menyusu. 5. Jika Wana ada spot menyusu dirumah, elakkan untuk duduk di tempat itu. Contohnya dirumah Wana sering menyusu disatu kerusi/sofa tertentu. Mungkin Wana boleh beralih tempat duduk. Jika Wana sering menyusu ketika baring, kurangkan berbaring (susahnya kan sebab kita pun mahukan rehat juga). Tapi ini semua hanya sementara sahaja. 6. Cuba gunakan teknik Sichida. Bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru lelap/tidur atau tidur=tidur ayam, Wana boleh bisikkan ditelinganya dan beritahu perkaraperkara yang Wana harap dia buat. Ia boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga. Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam ingatan anak-anak. 7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah swt supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Doa senjata orang Islam yang paling kuat, dan Allah swt sangat suka pada hambaNya yang berdoa. Jadi Allah swt sahaja yang boleh bantu kita disaat kita rasa tidak berdaya dan berupaya.

8. Teknik meletakkan sesuatu pada badan ibu, seperti kopi, sos, dan sebagainya boleh berjaya pada sesetengah anak terutama anak yang lebih kecil, tetapi seorang rakan memberi saya tips untuk menyapu sedikit buat tunjuk langit (saya pun tak tahu bagaimana rupa asalnya kerana yang diberikan kepada saya hanyalah kepingan kecil sahaja). Sewaktu saya cuba, memang Sawda tidak mahu langsung menyusu. Agaknya rasanya payau dan kelat, saya pun tidak pasti kerana tidak berani rasa. Tetapi seperti yang saya maklumkan pada awal entri ini, saya belum bersedia, jadi esoknya saya tidak sapukan lagi buah ini. Kebetulan pula Sawda pun demam. Maka, tidaklah jadi bercerai susu. Proses penceraian susu ini bukannya mudah kerana ia berkait rapat dengan emosi dan psikologi anak dan ibu. Ia perlu dilakukan dengan perlahan-lahan supaya ia menjadi satu pengalaman dan proses yang aman kepada semua.

Petua: 1. Sapukan / titikkan sikit pewarna merah / sirap dekat breast sikit. Cakap ada darah. mesti takut atau geli. 2. Sapukan asam jawa. Bior masam. Tak sedap katakan.. 3. Sapukan nescafe / kopi. Kasi rasa pahit. 4. cuba cara taruk air perahan pucuk ubi campur kapur utk keringkan susu. 5. Letak getah akar bakawali. Pahit.(tak pernah cuba) 6. Letak serbuk jadam. Pahit gak(tak tau apa jadam ni?)huuhu- petua orang 7. Secara beransur-ansur. Beritahu setiap kali menyusu beritahu dah besar, pandai minum dalam cawan. 8. Hanya memberi menyusu bila anak mintak aje. Jangan nak offer. 9. Cuba bagi makan benda lain bila nak menyusu-offer la biskut dulu 10. Doa- senjata terbaik mukmin...

Anda mungkin juga menyukai