Anda di halaman 1dari 3

Melatih anak-anak menggunakan tandas sama seperti melatih mereka untuk membaca.

Apabila mereka sudah bersedia, mereka akan mempelajarinya. Dan tiada seorang pun yang daripada kecil sehingga mencapai usia 21 tahun secara semulajadi tahu membaca atau ke tandas. Kebanyakkan penyebab kegagalan dalam melatih anak-anak ke tandas apabila terlalu awal didedahkan. Menyuruh anak-anak berdikari ke tandas sebelum mencapai usia 2 tahun adalah tindakan yang tidak wajar. Malah akan terdedah kepada kecedaraan. Kerisauan para ibu bapa pada keupayaan anak mereka untuk berdikari ke tandas apabila mereka perlu di hantar ke tadika ataupun prasekolah yang mensyaratkan agar setiap murid bebas daripada pampers. Cara mengatasinya

Kebanyakkan kanak-kanak berasa tidak selamat apabila duduk di atas tandas orang dewasa. Jadi penggunaanpotty-chair sangat membantu mereka. Jadikan penggunaan potty chair sebagai salah satu tingkah laku baharu mereka. Berikan mereka galakkan serta pujian setiap kali mereka belajar menggunakannya. Berjaya atau tidak itu belakang kira. Sekiranya anak-anak yang masih tidak petah bercakap untuk memberitahu mereka ingin ke tandas, ajari mereka menggunakan bahasa tubuh. Misalannya, tutup hidungdengan ekspresi wajah menjengkelkan apabila berbau busuk boleh membantu. Dengan ini, isyarat pergerakan tubuh si ibu atau penjaga dapat membantu menghantar mesej kepada anak-anak masa untuk ke tandas sudah sampai ! Bertenanglah Anak kedua selalunya lebih mudah diajar menggunakan tandas daripada anak sulung kerana mereka mempunyai role-model atau contoh untuk ditiru. Kebanyakkan ibubapa juga lebih bertenang tentang isu ini pada anak kedua dan seterusnya. Dorongan dan Galakan Oh tak mengapa sayang, lain kali lari laju sikit ya, apabila mereka gagal dalam misi membiasakan diri ke tandas. Lama-kelamaan mereka akan semakin efektif menggunakannya.

Jadi ibubapa perlu sabar dan ceria selalu dalam menangani masalah ini. Jadikan waktu ke tandas antara momen gembira anak-anak anda. Masa akan mematangkan mereka.

Melatih Anak ke Tandas / Potty Training


Kalau dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/09/potty-problem.html, i pernah ceritakan masalah potty atau senang cakap masalah belajar buang air kecil dan air besar (atau lagik best dalam bahasa pasarnya, kencing dengan berak lah tu. Hehehe) masa anak i yang sulung, Danish berumur 3 tahun. Alhamdulilah masalah tu selesai tak sampai sebulan lepas i pening kepala macam mana nak latih Danish ke tandas. Daripada pengalaman melatih Danish ni, sedikit sebanyak. I dah boleh kendalikan (handle) anak i yang kedua dan yang ketiga. Apa yang i belajar daripada pengalaman i sebelum ni, sebagai ibu bapa kita kena jangan putus asa (give up) dan yang paling penting kena banyak bersabar, sabar dan sabar. Hahaha... siapa yang belum kahwin bila baca entry ni, dah mula kerut-kerut dahi. Jeng-jeng-jeng, bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Banyak tanggungjawab nak kena pikul bermula mereka dilahirkan ke dunia lagik tau (phewww...) Sebenarnya i pernah dengar, ada sesetengah ibu bapa yang dah melatih dan ajar anak dorang buang air kecil / besar bermula dua minggu pertama dilahirkan. Eh, ye ke? Macam mana tu? Caranya ialah, setiap awal pagi, petang dan malam (bergantung dari kekerapan bayi korang minum susu), korang bukakan lampin / diapers. Pegang bayi korang sambil dudukkannya di dalam timba atau tab mandi untuk beberapa minit. Dan biarkan bayi korang merasa selesa untuk buang air kecil / besar dengan sendirinya. Sekiranya bayi korang menangis dan tidak memberi sebarang tindak balas untuk buang air kecil / besar. Jangan paksa mereka dan cepat-cepat angkat mereka. Apa yang korang perlu ingat ialah jangan biarkan bayi korang terlalu lama tanpa pakaian, takut dikhuatiri selsema / batuk. Walaubagaimanapun teknik ni tak pernah pun diguna pakai oleh i selama ni, sebab sepanjang waktu berpantang, i menguruskan sendiri anak-anak i dan diri i sendiri. Jadi rasanya, macam memenatkan pulak nak kena tunggu lama-lama dalam tandas ditambah dengan keadaan diri i yang tak berapa sihat lagik. Sebab tu lah, i fikir waktu yang paling baik melatih anak-anak i ialah bila mereka mula memasuki usia 3 tahun. Pada umur 3 tahun kebiasaannya kanak-kanak dah mula memahami apa yang kita perkatakan dan menerima tunjuk ajar. Apa yang kita perlu buat ialah menjadikan acara masuk ke tandas ni sebagai acara yang menyeronokkan (alahai... seronoklah untuk dorang tapi untuk mama papanya pulak... Pengsan nak kena cuci. Hehehe). I paling tak suka nak latih anak i buang air kecil / besar dengan gunakan tandas latihan / training potty. Walaupun tandas training potty ni comel-comel warnanya. Suka jugaklah i belek tandas ni, bila pergi ke pasaraya / shopping complex. Apa yang buat i tak suka atau tak sanggup nak menghadapi tandas ni, bab nak cuci lepas dorang guna. Mak aihh... terus takde selera nak makan sebulan jadinya. Hehehe... Jadi latihan ke tandas untuk anak-anak i banyak melibatkan pengaruh psikologi, ganjaran (reward) dan emosi. Yelah... bila ada ganjaran barulah bersemangat sikit nak dengar cakapkan? (Seronok betul jadi budak kecik kan?) NAK TAHU TIPS / CARA I MELATIH ANAK KE TANDAS? JOM BACA... Pengaruh psikologi yang i maksudkan dekat sini ialah mencantikkan keadaan tandas, sediakan foot stool/ bangku kaki, tempat gantung tuala yang senang dicapai, bib tap / pancur air paip yang mudah untuk dorang pegang dan gunakan serta bekas sabun yang mudah ditekan untuk mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Nak tengok gambar / rupa tandas dekat bilik anak i selepas ditampal pelekat /sticker mickey / minie mouse, korang boleh belek dekat entry ini -->http://www.reenaonline.com/2009/02/jom-tantekkan-toilet-anda.html. Manakala untuk reward pulak, selalunya i akan belikan underpants / panties yang comel-comel untuk dorang pakai. Macam si abang, Danish, i akan belikan gambar kartun kegemarannya, Ben 10. Untuk Ariana pulak, tak lain tak bukan ialah Hello Kitty. Tapi terpulanglah untuk korang nak hadiahkan rewardyang macam mana. Janji anak korang berbahagia. Hehehe... Untuk emosi pulak, lebih tertumpu sewaktu di awal latihan dorang ke tandas. Waktu ni, korang kenalah kerap / berkali-kali ulang soalan yang sama kepada dorang, "nak kencing ke?" atau "nak berak ke?" atau "nak pergi tandas tak?" Bunyi soalan ni memang ringkas tapi cukup annoying kepada dorang. Bila dah kerap ditanyakan / disuruh untuk pergi ke tandas, secara automatik dorang akan terbiasa pergi ke tandas tanpa disuruh. Jangan korang pulak yang rasa tak larat nak ulang soalan yang sama, sudah. Hehehe... Malah i tunjukkan jugak cerita kanak-kanak macam Monster Inc sebagai contoh terbaik kalau dorang boleh pergi ke tandas sendiri (ada bahagian dalam cerita ini waktu Boo (kanak-kanak perempuan yang comel) pergi ke tandas dengan sendirinya. Selain tu, i explain / terangkan dekat dorang yangdiapers hanya digunakan oleh bayi bukan untuk kanak-kanak yang nak pergi ke sekolah. Jadi kalau nak pergi sekolah, dorang kenalah belajar berdikari buang air kecil / besar di tandas.

Ikutkan tips ni simple je dan senang untuk korang apply / gunakan ke atas anak-anak korang. Cuma macam i katakan di awal entry, korang kena selalu banyak bersabar menghadapi kemungkinan yang tak dijangka. Contohnya kalau tiba-tiba carpet / permaidani korang basah gara-gara air hujan yang tak disangka-sangka. Huhuhu... Awal-awal memanglah macam tu, nak buat macam mana kan? Berilah dorang peluang untuk belajar daripada kesilapan sebab dari kesilapanlah dorang tahu mana yang baik dan mana yang buruk (tapi kalau dah tua bangka umur 17 tahun buat perangai macam gini, memang dah takde peluang dah ni. Eh, hehehe). Gambar bawah, korang boleh tengok i dan hubby sediakan pancur air untuk mencuci dan foot stool untuk memudahkan anak-anak i turun dan naik sewaktu gunakan tandas dan cuci tangan di sinki. Bila dah sediakan segala kemudahan ni dekat tandas, anak-anak i boleh pergi ke tandas sendiri tanpa bantuan mama papanya (yeay!)

Anda mungkin juga menyukai