Anda di halaman 1dari 12

Alat Bantu Mengajar (ABM) ABM mengikut Atan Long (1982) adalah terdiri daripada berbagaibagai bahan di mana

suatu bahan itu boleh disampaikan dalam berbagai cara. Umpamannya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk carta pada slaid dan dipancarkan pada layar. Noraziah Hamid (1981) pula mendefinisikan ABM sebagai alat yang digunakan untuk melancarkan perhubungan antara guru dengan pelajar dan mempercepatkan lagi proses pemahaman mereka.

a) Perisian Powerpoint

Dalam penggunaan perisian Powerpoint, terdapat lima unsur yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik. Dalam satu persembahan elektronik tidak semestinya kelima-lima media ini digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.

Lima unsur tersebut adalah:

1. Kandungan elemen seni 2. Keperluan persembahan 3. Golongan sasaran 4. Lokasi persembahan 5. Mesej yang tepat

Penggunaan media bergantung kepada keperluan persembahan. Sebagai contoh, dalam persembahan elektronik menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar.

Persembahan menggunakan gambar adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks. Pembangunan perisian perlu memikir dan menganalisis golongan sasaran pengguna perisian. Bagi membangun persembahan yang mempunyai golongan sasar terdiri daripada kanak-kanak tadika contohnya, adalah sesuai pembangun perisian menggunakan animasi adalah bersesuaian dengan golongan sasar tersebut. Manakala penggunaan animasi yang banyak adalah tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa. Lokasi persembahan juga perlu di ambil kira dalam membina persembahan elektronik sebagai contoh, bagi membina persembahan di dewan besar penggunaan teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan pengguna tidak dapat membaca mesej yang hendak di sampaikan dan membosankan pengguna. Maka, Font Size berukuran besar dan jelas amat bersesuaian dengan lokasi tersebut. Penggunaan media yang bermakna kepada mesej yang hendak dipersembahkan. Media yang hendak dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada persembahan. Bagi persembahan keadaan yang membawa mesej yang sedih dan sayu, penggunaan warna panas dan terang adalah tidak sesuai. Sebaliknya, penggunaan warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni. Penggunaan media yang digunakan perlulah berkaitan atau membawa mesej, pembangun perisian perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembina persembahan. Klip Video senario kampus contohnya, tidak sesuai di jadikan video intro untuk persembahan teknik permainan dan perlawanan bola sepak. 4.2

a) OVERHEAD PROJECTOR (OHP)

Untuk mempersembahkan media transparensi dengan baik, tip-tip dibawah perlulah diikuti. a) Susunlah semua transparen yang akan dipersembah dengan rapi. Untuk memudahkan urutan persembahan, sebaiknya setiap helaian transparen diberi nombor urutan, mulai transparan pertama sehingga yang terakhir. b) Letakkan transparen terlebih dahulu di atas OHP, kemudian dinyalakan lampunya. c) Periksa arah cahaya sama ada kedudukan tayangan sudah tepat pada layar. Arah tayang yang tidak tepat akan membentuk kesan keystone (menyempit pada salah satu sisinya). d) Letak kedudukan transparensi dan ketepatan fokusnya sehingga memperoleh hasil visual yang baik. e) Penerangan dalam ruangan tetap seperti biasa (kecuali jika ada cahaya kuat yang masuk ke ruang, maka lampu di berhampiran layar perlu dipadamkan). f) Gambar/tulisan yang ditayang pada layar harus dapat dilihat dengan jelas tanpa terhalang. g) Jangan tunjuk tulisan/gambar yang ada di layar, tetapi tunjuklah tulisan/gambar pada transparen di OHP.

h) Tunjukkan bahagian yang sedang anda bentangkan. Sebaiknya tidak menunjuk tulisan dengan menggunakan jari tetapi gunakan alat penunjuk misalnya pensil yang tajam. i) Jika perlu, tutuplah sebagian permukaan transparen menggunakan kertas, kemudian dibuka bersesuaian dengan isi yang dijelaskan. j) Bila perlu, anda boleh menulis pada transparen untuk memperjelas isi. k) Segera padamkan OHP jika tayangan tidak diperlukan lagi. Hal ini untuk menghindari OHP yang terIalu panas merosakkan lampu.

b) Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.

Jenis-jenis Carta Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu

Cara menggunakan carta adalah seperti berikut: a) Sebelum sesuatu carta dibuat, nota ringkas haruslah dibuat terlebih dahulu agar proses membuat carta dapat dijalankan dengan lancar. b) Aliran atau peristiwa yang hendak disampaikan haruslah bermula dengan peristiwa atau perkara yang pertama berlaku. c) Kemudian, diikuti dengan aliran atau peristiwa kedua dan seterusnya hinggalah ke aliran atau peristiwa yang terakhir berlaku. d) Untuk menjadikan carta lebih menarik, gambar bolehlah diletakkan di setiap isi. Cara ini juga dapat meningkatkan pemahaman audien terhadap carta yang dibuat.

e) Carta juga boleh berwarna-warni agar nampak lebih ceria. f) Setiap isi haruslah ringkas, tepat dan padat agar carta tidak serabut. g) Penerangan tambahan bolehlah dilakukan oleh penyampai kepada audien.

d) Gambar

Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambar 1. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ideide yang maujud dan formal. 2. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan. 3. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil. 4. Penggunaan gambar boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup 5. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Panduan Penggunaan Gambar.

a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambar yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. b. Semasa digunakan, letak gambar di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar berkedudukan tegap. c. Hadkan jumlah gambar yang bakal digunakan pada satu-satu masa. d. Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual. e. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar yang dipamerkan.

e) BROSUR

Brosur atau juga disebut risalah adalah selembar kertas yang berisi maklumat dari sebuah perusahaan, organisasi, yayasan atau informasi lainnya yang disusun secara sistematik, yang hanya terdiri dari beberapa halaman yang dilipat tanpa menggunakan jilid.

Brosur memiliki beberapa fungsi antaranya ialah menyampai informasi. Brosur biasanya digunakan untuk membekalkan kepada semua pelanggan ataupun calon pelanggan tentang perusahaan anda, produk dan pengetahuan yang ditawarkan oleh perusahaan anda, ataupun tentang sesuatu perkara. Cara-cara menggunakan brosur dengan baik: a) Brosur perlulah menarik dan dapat menarik perhatian pembaca. b) Membekalkan informasi yang tepat, padat dan bermakna kepada pembaca. c) Meletakkan gambar kerana dapat menarik perhatian pembaca. d) Gunakan ayat yang ringkas dan padat dengan makna. e) Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang dan hanya dipenuhi dengan tulisan seperti karangan. f) Menggunakan saiz dan jenis font tulisan yang sesuai dengan isi kandungan.

Anda mungkin juga menyukai