Anda di halaman 1dari 26

Pemindahan

Pembelajaran

Definisi
Kecekapan dan kebolehan menggunakan
pengalaman, pengetahuan atau kemahiran yang
sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan
kepada proses pembelajaran atau situasi baru
yang berkaitan.

Proses Pembelajaran
Gagne
Antara 8 fasa proses pembelajaran Gagne, fasa
generalisasi merupakan fasa pemindahan
pembelajaran atau fasa aplikasi.
Pada fasa ini, individu berusaha mengingat kembali
maklumat-maklumat berkaitan dalam stor ingatan
panjang untuk diaplikasikan.

Fasa kefahaman juga merupakan fasa proses


pemindahan pembelajaran.
Pada fasa ini, individu berusaha menggunakan
konsep sedia ada serta ingatannya untuk
memahami maklumat yang diterima dari
rangsangan luar untuk membentuk satu konsep
baru.

Fasa proses pembelajaran Gagne

Fasa motivasi
Fasa kefahaman berlaku proses pembelajaran
Fasa penyimpanan
Fasa ingatan
Fasa generalisasi berlaku proses pembelajaran
Fasa prestasi
Fasa maklum balas

Terdapat 3 proses pembelajaran lama yang


mempengaruhi pembelajaran baru iaitu :
a) pengkategorisasi
b) generalisasi
c) gangguan proaktif
Pemindahan pembelajaran berlaku dalam 2
keadaan iaitu :
a) pemindahan positif (positive transfer)
b) pemindahan negatif (negative transfer)

Positive Transfer
Satu keadaan dimana hasil pembelajaran lama
dapat membantu pembelajaran baru.
Negative Transfer
Satu keadaan apabila pembelajaran lama
menganggu atau menghalang pembelajaran
baru.

Jenis-jenis Pemindahan
Pembelajaran
Pemindahan positif (Positive Transfer) dapat
diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu :
a) Pemindahan mendatar (lateral transfer)
b) Pemindahan menegak (vertical transfer)

Pemindahan Mendatar
Merujuk kepada pengalaman seseorang dan
individu tersebut dapat mengaplikasikannya
kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat
kesukaran yang sama.
Contoh : Kanak-kanak mempelajari maksud
perkataan untuk memperolehi lebih banyak
pengetahuan.

Pemindahan Menegak

Merujuk kepada penambahbaikan pengalaman


sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi.
Melibatkan pembelajaran yang melibatkan prinsip,
hukum dan teorem.
Contoh : Murid-murid mempelajari konsep
sisiempat, maka murid-murid dapat menyelesaikan
konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan
segiempat selari.

Jenis-jenis Pemindahan
Pembelajaran Yang Lain
Pemindahan bilateral
Pemindahan pengantara
Pemindahan set pembelajaran

Pemindahan Bilateral
Dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross
education)
Melibatkan pemindahan pembelajaran dalam
bidang dan latihan kemahiran seperti pendidikan
jasmani.
Contoh : Latihan menggunakan tangan kiri
dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.

Pemindahan Pengantara
Pemindahan pengantara (mediated transfer)
berlaku setelah menguasai satu tindak balas dan
menggunakannya sebagai pengantara untuk
membentuk satu tindak balas baru.
Contoh : Selepas menguasai sebutan suku kata,
murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.

Pemindahan Set
Pembelajaran
Set pembelajaran (learning set) ialah teknik
pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman
pembelajaran yang berulang-ulang.
Contoh : Murid diberi latih tubi berkaitan topik
mendarab dan murid dapat menguasai operasi
mendarab dengan baik.

Pemindahan Pembelajaran
Negatif
Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran
negatif ialah :
a) gangguan proaktif
b) ganggunan retroaktif
c) gangguan tabiat

Gangguan Proaktif
Pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran
berikutnya.
Contoh : Mempelajari Fizik menganggu pelajaran
Kimia

Gangguan Retroaktif
Pembelajaran berikutnya menganggu
pembelajaran sebelumnya.
Contoh : Selepas belajar Bahasa Inggeris melupai
struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya.

Gangguan Tabiat
Tabiat lama mengganggu tabiat baru.
Contoh : Murid yang mempunyai tabiat menulis
tangan kiri akan mengganggu pembentukan
tabiat menulis tangan kanan.

Pemindahan Sifar
Pemindahan sifar bermaksud TIDAK berlaku
sebarang pemindahan.
Seseorang berusaha menggunakan kemahiran
atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak
mendatangkan sebarang kesan.

Berlaku kerana penggunaan konsep atau


kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan
langsung dengan konsep baru.
Contoh : Menggunakan konsep operasi tambah
untuk mempelajari operasi bahagi.

Prinsip-prinsip Pemindahan
Pembelajaran
Beberapa prinsip pemindahan pembelajaran
adalah seperti berikut:
a) Prinsip unsur kesamaan
b) Prinsip banyak latihan asas
c) Prinsip kepelbagaian rangsangan
d) Prinsip pengukuhan konsep
e) Prinsip celik akal
f) Prinsip pembelajaran untuk belajar

meningkatkan pemindahan
pembelajaran positif dalam
p&p
Cadangan beberapa strategi dan prinsip untuk
meningkatkan pembelajaran positif dalam p&p,
antaranya :
1. Menentukan pencapaian objektif eksplisit
2. Mengutamakan pemerolehan konsep dan
memupuk kemahiran berfikir
3. Pengalaman berkumulatif dan organisasi
sistematik
4. Mengajar konsep dengan contoh sesuai

Menentukan pencapaian objektif eksplisit


Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa
pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan
bentuk peperiksaan sblm pembelajaran
mempunyai pencapaian yang lebih baik
berbanding diberitahu selepas pembelajaran.
Ini kerana pelajar mempunyai persediaan
mengingat fakta atau konsep penting.

Mengutamakan pemerolehan konsep & memupuk kemahiran berfikir

Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat


memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh
itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi
sesuatu yang bermakna.

Contoh : Untuk mengingat nombor 19572020


dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan
yang bermakna Merdeka, Wawasan

Pengalaman berkumulatif dan organisasi

sistematik
Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu
pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat
untuk pembelajaran baru maka 2 prinsip berikut
perlu dilaksanakan :
a) Pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari
pengalaman asas kepada yg lebih kompleks.
b) Mengaitkan antara matapelajaran2 contohnya
konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik

Mengajar konsep dengan contoh sesuai


Dalam aktiviti p&p, huraian konsep dengan contoh
yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami
konsep tersebut.
Contoh : Guru menerangkan konsep tuas dan
memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod
pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.

Anda mungkin juga menyukai