Anda di halaman 1dari 4

PENGGUNAAN BIGBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Bigbook yang telah kumpulan kami hasilkan yang bertajuk

Dunia Pecahan

adalah bersifat multifunction (serba guna) dan tidaklah bersifat spesifik kepada satu

kegunaan sahaja. Hal ini demikian kerana, di samping bercerita, kami memberi penekanan yang lebih terhadap konsep. Kami percaya bahawa pemahaman konsep merupakan tugu asas bagi murid sebelum mendalami input yang lebih mendalam lagi terhadap apa-apa pembelajaran sekalipun. Oleh yang demikian, bigbook kami sangatlah berguna sebagai buku rujukan murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Tampil dengan sedikit kelainan, setakat ini kami dapati hanya kumpulan kami sahaja yang menghasilkan bigbook yang mengetengahkan pengenalan konsep di samping turut berfungsi untuk bercerita. Oleh yang demikian, bigbook kami berperanan memberi input bermakna dalam bentuk yang santai. Jadi, murid tidak akan merasai tekanan ketika menggunakannya

malahan seronok serta teruja. Tanpa disedari, proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa bimbingan guru. Namun demikian, usah risau kerana kami menghasilkan setiap

penerangan dalam bentuk yang ringkas. Oleh yang demikian, murid dapat memahami kebanyakan input tanpa perlu dibantu guru.

Selain

daripada

itu,

kumpulan

kami

mengambil pendekatan kreatif dalam penghasilan bigbook ini. cerita yang kami hasilkan dibantu oleh watak kartun yang hangat digilai oleh kanak-kanak sekarang iaitu watak Upin dan Ipin. Selain itu,kami turut menggunakan khidmat kakak mereka, Kak Ros, nenek yang dikenali sebagai Opah serta rakan-rakan mereka iaitu Rajoo, Ehsan, Mei Mei, Fizi dan Sarojini. Murid lebih bersemangat untuk mengulangkaji topik pecahan, memandangkan idola mereka adalah cikgunya. Helaian cetakan bigbook kami tampil dengan versi warna-warni bagi mengelakkan murid bosan. Tidak dapat disangkal lagi, bigbook kami sangat sesuai digunakan sebagai buku cerita yang padat dengan input berguna bagi muridmengenali topik pecahan, kami hasilkan setiap penerangan dalam font yang besar dan ayat yang mudah supaya setiap penerangan adalah mudah difahami dan dicerna ke dalam fikiran murid terutamanya pelajar visual yang belajar dengan berkesan melalui penglihatan. Bukan itu sahaja, kumpulan kami turut menitikberatkan aspek keselamatan. Memandangkan kami turut mengalami zaman kanak-kanak sepuluh tahun yang lalu, kami amat faham dengan sifat azali kanak-kanak yang tertarik dengan benda luar biasa serta

mempunyai sifat inkuiri (ingin tahu) yang tinggi. Oleh yang demikian, kami telah mengambil inisiatif

membalut setiap helaian bigbook kami dengan pembalut buku lutsinar agar murid tidak tercedera memandangkan kami menggunakan pelbagai bahan dalam pembuatah bigbook ini seperti pencungkil gigi dan span pencuci pinggan. Justeru, bigbook kami merupakan sebuah bahan bacaan yang selamat bagi murid sekolah rendah.
Pencungkil gigi

Berdasarkan kebolehan visual-ruang murid, bahan visual seperti carta aliran, gambar, video dan lukisan dipercayai dapat menyokong pengajaran untuk murid sekolah rendah. Setelah mengambilkira pertimbangan aspek ini dengan sewajarnya, kumpulan kami bersepakat untuk menampilkan bigbook ini dalam bentuk yang ringkas tetapi padat. Ringkas tetapi padat yang kami maksudkan adalah dari segi persembahan grafik yang mana kebanyakan input kami hasilkan dalam bentuk mindmap (peta minda) dan flowchart (carta alir). Kami yakin, dengan bantuan watak animasi comel Upin dan Ipin yang mengajar subtopik-subtopik dalam tajuk pecahan ini menggunakan peta konsep, murid akan lebih cekap mencerna idea dan dalam masa yang sama terhibur dengan kecomelan idola mereka. Oleh yang demikian, bigbook kami sangat sesuai sebagai bahan bacaan kanak-kanak yang simple dan efektif. Di samping itu juga, selain memberi input dalam bentuk cerita yang menarik, bigbook ini telah kami selitkan aktiviti

pengukuhan seusainya sesuatu pengajaran konsep. Untuk murid-murid yang kinestetik, pengajaran perlu dikemukakan secara holistik dengan berasaskan penekanan pengalaman kepada supaya aktiviti dapat

merangsang kreativiti dengan menggunakan rangsangan visual-ruang dan sentuhan.Oleh yang demikian, latihan pengukuhan yang kami sediakan berkisarkan sesuatu yang

dekat dengan kehidupan mereka. Oleh kerana murid-murid sekolah rendah suka pembelajaran koperatif dan kolaboratif, maka bigbook kami turut berfungsi sebagai buku latihan pengukuhan bagi murid tahun empat, lima dan enam. Melalui disediakan, aktiviti murid pengukuhan akan yang

berusaha

menyelesaikan permasalahan yang diberi secara berkumpulan. Secara tidak

langsung, suasana pembelajaran koperatif secara berkumpulan wujud dalam

persekitaran yang agak bebas tetapi dalam kawalan. Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual,pendekatan menggunakan cerita dan lagu, contoh-contoh yang sebenar dan pembelajaran hands-on sebagai kaedah pembelajaran untuk murid sekolah rendah. Di akhir sesi pembelajaran, murid belajar dalam suasana yang sangat aktif dan kondusif. Secara tidak langsung, strategi pembelajaran berasaskan tugasan/aktiviti wujud. Sebagai rumusan, berpandukan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, kami dapati kanak-kanak pada darjah 4,5 dan 6 berada di peringkat operasi konkrit. Menurut Piaget lagi,pada peringkat ini, murid menggunakan bahan yang konkrit untuk mempelajari pengetahuan baru. Oleh yang demikian, kami dapat simpulkan bahawa bigbook kami amatlah menepati teori kognitif Piaget yang mana ia memuaskan ciri-ciri bahan konkrit yang boleh menarik perhatian pelajar seperti berwarna-warni, mencabar pemikiran,mesra pengguna dan yang paling penting sekali ia berkait rapat dengan kehidupan murid iaitu perceritaan oleh watak kartun animasi kegilaan mereka iaitu Upin dan Ipin.buku dua dalam satu ini tidak terdapat dipasaran kerana penghasilannya adalah terhad.Profesionalisme adalah janji kami !!

Anda mungkin juga menyukai