Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN Menurut sumber Wikipedia, teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai

sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Noriati A.Rashid(2012) di dalam bukunya yang bertajuk Guru dan Cabaran Semasa menjelaskan bahawa sistem pendidikan kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepasan menengah dan pendidikan tinggi. Ledakan Maklumat di Malaysia sudah mula dirasai dan menjadi satu keperluan bagi setiap isi rumah mempunyai internet seperti wifi, broadband, Yes dan banyak lagi. Pelancaran MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) pada 13 Januari 1996 lalu adalah bukti yang nyata. Segalanya berpunca daripada Teknologi Maklumat yang sedang berkembang. Teknologi Maklumat diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan dalam bidang mikroelektronik yang mengandungi perkembangan pelbagai teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Paling terserlah

kemunculan Internet yang mempamerkan penggunaan jaringan informasi bersepadu sehingga boleh diaplikasikan sebagai bahan komunikasi multimedia, komponen yang melibatkan teks, bunyi, grafik, dan video.

Kepesatan

IT

ini

telah

mempengaruhi

iklim

ataupun

atmosfera

kemodenan sedunia. Semuanya tidak mahu ketinggalan. Semua sektor ingin mengetahui, mempelajari serta mengkaji apa yang boleh disumbangkan serta penyumbangan yang boleh dilakukan oleh dunia IT sendiri. Dari sektor perubatan, ekonomi, perkapalan, astronomi, hartanah, pendidikan dan

sebagainya,semuanya ketika ini berlandaskan IT. Pendidikan amnya mengalami perubahan yang sangat ketara. Bagi memastikan mutu pengajaran guru adalah setaraf dengan kemajuan teknologi yang dikecapi generasi-G (generasi gajet) pada masa sekarang, maka pelbagai alat bantu mengajar digunakan supaya pengajaran dapat di sampaikan dengan lebih efektif. Memandangkan murid-murid pada masa sekarang adalah merupakan generasi-G (generasi gajet), maka alat bantu mengajar yang terkenal adalah yang berunsurkan teknologi. Sebagai contoh, dalam ruang lingkup institut pendidikan menyaksikan guru sekalipun, saya sebagai salah sangat seorang pelajar guru para pensyarah

betapa

teknologi

membantu

menyampaikan ilmu dengan lebih optimum sekaligus mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah tidak asing lagi dalam system pendidikan di Malaysia. Baik yang muda mahupun yang berumur, semua lapisan masyarakat dahagakan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian, penulisan laporan saya adalah berkisarkan cabaran pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kepada sistem pendidikan negara. kesan adalah impak postif manakala akibat pula merupakan impak negatif. Saya akan menghuraikan dengan terperinci di dalam penulisan laporan saya kesan serta akibat daripada perkembangan ICT.

2.0

KESAN TERHADAP PELAJAR Rentetan daripada ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),

pelajar sekolah menerima banyak impak yang positif. Impak yang paling jelas sekali yang dapat kita saksikan ialah pelajar dapat meningkatkan prestasi akademik. Hal ini demikian kerana sumber pembelajaran sangat mudah diakses dengan adanya laman sesawang yang berunsurkan akademik. Contohnya ialah Portal Pembelajaran.

Portal Pembelajaran Sains Angkasa

Portal Pembelajaran i-Belajar

Portal Pembelajaran Utusan Di samping itu, pelajar menikmati maklumat tanpa sempadan denagan adanya kategori perkhidmatan internet yang dikenali sebagai perkongsian fail (file sharing). Internet boleh digunakan untuk menghubungkaitkan pangkalan data bagi membolehkan pelajar memuat turun (download) maklumat yang disimpan dalam pengkalan data. Antara sumber akademik di laman sesawang yang selalu dimuat turun ialah Scribd, Google Scholar, dan banyak lagi. Selain daripada maklumat teks, pelajar boleh memaut turun bunyi, grafik, video dan perisian komputer bagi tujuan pembelajaran. Dengan adanya sistem pengakses maklumat tanpa sempada, prestasi akademik pelajar akan meningkat secara tidak langsung. 3

Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat telah menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada sesiapa pun untuk berkecimpung dalam bidang pendidikan yang diminati. Peluang-peluang pendidikan yang terbuka luas menggalakkan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran melalui pendidikan jarak jauh atau berdaftar di institut pendidikan swasta. Sebagai contoh, antara institut pengajian tinggi yang menganjurkan program pembelajaran jarak jauh ialah Open University Malaysia (OUM) . OUM menyediakan modul pembelajaran kepada pelajar-pelajar Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) secara dalam talian dan pelajar-pelajar boleh memuat turun modul tersebut bila-bila masa sahaja. Justeru, peluang pendidikan tidak terhad kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar. Kekangan jarak bukanlah penghalang kerana pembelajaran tanpa had masa dan jarak dapat diperoleh dengan senang dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat. Bagi menjawab soalan tugasan, saya dapat simpulkan bahawa

perkembangan ICT membawa impak yang positif kepada pelajar kerana modal insan yang serba boleh dapat dilahirkan yang cemerlang dalam segi akademik, sahsiah , jasmani dan rohani.

3.0

KESAN TERHADAP GURU Di samping itu, para guru turut menerima kesan ekoran perkembangan

ICT.

Pertama

sekali,

perkembangan

ICT

jelas

berjaya

meningkatkan

produktiviti guru.

Rozinah Jamaludin (2003) di dalam penulisannya

menjelaskan bahawa guru boleh menjadi lebih produktif jika mereka terlatih dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu mengakses secara pantas maklumat yang boleh membantu usaha mencapai keperluan mereka. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan beliau. Hal ini demikian kerana perkara ini telah saya alami sendiri semasa tempoh berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah baru-baru ini. Semasa menjalani praktikum, saya telah mengajar topik tambah bagi kelas 3 Gemilang. Dengan menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint, saya telah menghasilkan slaid mengenai langkah-langkah untuk soalan penyelesaian masalah. Ternyata, penyampaian P&P lebih efektif kerana murid lebih senang faham langkah penyelesaian masalah Matematik berayat melalui carta alir yang telah saya hasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint. Pendek kata, seorang guru tidak dapat menyampaikan semua maklumat semasa di bilik darjah. Tetapi dengan menggunakan alat bantu mengajar berunsurkan teknologi seperti rakaman video yang menunjukkan denyutan jantung umpamanya, serang guru boleh

menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Rentetan itu, P&P lebih menyeronokkan dan pelajar tidak bosan dengan kaedah lazim yang sentiasa guru gunakan di dalam bilik darjah iaitu kaedah chalk and talk. Saya dapat lihat wajah bersinar-sinar para pelajar 3 Gemilang apabila saya memberi penerangan sambil memaparkan slaid yang berkaitan. Hal ini demikian kerana murid sangat teruja apabila guru memperkenalkan benda yang lain daripada yang kebiasaan. Di samping itu juga, penggunaan aplikasi Geometer Sketch Pad (GSP) juga dapat membantu guru untuk mengajar topik Bentuk dan Geometri dengan lebih jelas. Pelbagai bentuk geometri dua matra dan tiga matra dapat dihasilkan dengan menggunakan perisian dan hal ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar.. 5

Rozinah Jamaluddin (2003) menyatakan di dalam bukunya bahawa penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran. Justeru, untuk meningkatkan keberkesanan P&P, sebagai latihan amali, guru boleh memanggil pelajar untuk datang ke hadapan untuk menghasilkan sendiri bentuk geometri dengan menggunakan perisian tersebut. Bukan itu sahaja, guru dapat meningkatkan kemahiran mengajar . Sebagai contoh, selain daripada melaksanakan strategi pengajaran, guru boleh menerapkan elemen didik hibur dalam P&P. Anjakan paradigma masa kini menyaksikan lambakan rakaman video yang dimuat naik di Youtube. Terdapat juga rakaman video yang berunsurkan akademik. Sebagai contoh, rakaman video gwiyomi yang telah dimuat naik di laman sesawang oleh seorang gadis Korea telah mencetus fenomena yang sihat yangmana gadis tersebut mengajar operasi penambahan sambil menyanyi. Elemen didik hibur berjaya diterapkan secara tidak langsung. Jadi, guru boleh mengambil manfaat daripada kepesatan perkembangan ICT pada masa sekarang ini dengan menyelesaikan masalah pengajaran di dalam bilik darjah. Memandangkan kebanyakan pelajar sukar ingat sifir, maka guru boleh mengambil kesempatan ini mempelajari cara-cara untuk mengajar sifir dengan nyanyian melalui laman Youtube. Selain itu juga, guru boleh juga mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mempelajari daripada laman blogspot yang berunsurkan akademik. Sebagai menjawab soalan tugasan, saya dapat rumuskan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunkasi (ICT) telah meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Hal ini demikian kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu

menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain dan warga pendidik adalah tulang belakang kepada modal-modal insan bakal pemimpin negara kelak.

4.0

KESAN TERHADAP SEKOLAH Perkembangan ICT membantu guru melaksanakan analisa terhadap

markah dan prestasi akademik para pelajar melalui beberapa perisian. Antaranya ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM. JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras, berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melaluinya boleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya PPD , JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. Hal ini bukan sahaja memudahkan urusan pihak sekolah, malah pihak atasan pentadbir akademik juga turut menerima manfaat. Selain itu juga, guru boleh menganalisa peningkatan prestasi pelajar melalui carta grafik yang dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel.

(SAPS)

Carta Palang Peningkatan Markah

Bukan itu sahaja, Sekolah Bestari telah diwujudkan bagi melatih tenaga mahir dalam alaf baru dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), serta memperkembang pelajar mengikut aspirasi Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Menurut Mok Soon Sang (2009) di dalam penulisan beliau, antara prasarana IT dalam Sekolah Bestari adalah merangkumi Pusat Media (database), makmal computer, Pejabat pentadbiran yang dilengkapi dengan database dan bilik guru yang dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat. Dengan adanya prasarana IT ini, maka membolehkan sekolah bestari berkomunikasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan melalui jaringan LAN, MAN dan WAN. 7

Bagi

menjawab

soalan

tugasan,

saya

dapat

simpulkan bahawa

perkembangan ICT membawa impak yang positif kepada sekolah kerana dapat menganalisa prestasi akademik pelajar dengan sistematik.

meningkatkan prestasi akademik

PELAJAR

menikmati maklumat tanpa sempadan

menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada sesiapa pun

meningkatkan produktiviti guru

KESAN guru

P&P lebih menyeronokkan

meningkatkan kemahiran mengajar

SEKOLAH

melaksanakan analisa terhadap markah dan prestasi akademik para pelajar

Sekolah Bestari telah diwujudkan

5.0

AKIBAT TERHADAP PELAJAR Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses

perkembangan ICT yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Di Malaysia, kesan yang paling ketara akibat pengaruh perkembangan ICT adalah perubahan gaya hidup dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Boleh dikatakan setiap orang pelajar pada masa sekarang mempunyai sebuah dalam talian seperti

telefon pintar (smart phone). Jadi, aplikasi

permainan

Candy Crush Saga dan Dota sangat mudah dan cepat dimuat turun menyebabkan pelajar-pelajar lalai dalam menumpukan perhatian terhadap akademik. Hal ini demikian kerana permainan-permaianan dalam talian tersebut mengakibatkan pelajar ketagih untuk terus melepasi tahap (level) dan bersaing dengan rakan-rakan lain. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini apabila mendaftar untuk permainan dalam talian Candy Crush Saga. Setelah saya berjaya melepasi banyak tahap, saya berasa ketagih untuk menaikkan lagi tahap. Dalam masa yang sama, saya berasa sangat seronok apabila saya berjaya menandingi rakan-rakan yang lain dengan melepasi tahap mereka. Pengaruh modenisasi dan perlkembangan pesat ICT lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi dalam kalangan pelajar. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan pelajar mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.hal ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif 10

dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton. Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala-gejala sosial negatif selain

peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Sebagai contoh, melalui kemudahan talian internet tanpa sempadan, pelajar yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh mengakses pelbagai maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif. Sebagai contoh, laman sosial Youtube dan sebagainya. Kemudahan telefon pintar (smart phone) membolehkan pelajar memuat turun rakaman video porno di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Hal ini turut menyumbang kepada peningkatan kes-kes rogol dan sumbang mahram dalam kalangan pelajar. Selain itu, kesan negatif seterusnya rentetan perkembangan ICT ialah prestasi akademik pelajar merosot. Pelajar banyak menghabiskan masa

dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata. Sebagai contoh, laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, Keek dan banyak lagi. Masa yang patut diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajarang terbuang begitu sahaja. Kesannya, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik.Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Bagi menjawab soalan tugasan, saya dapat simpulkan bahawa

perkembangan ICT membawa impak yang negatif kepada pelajar kerana melalaikan pelajar, mendorong kepada penglibatan dalam gejala sosial dan menyebabkan akademik pelajar merosot.

11

6.0

AKIBAT TERHADAP GURU Dalam konteks ini, tidak semua guru boleh menerima atau mengikuti

perubahan sesuatu teknologi dengan hati yang terbuka. Sudah tentu ada di kalangan mereka yang sukar untuk menerima teknologi baru di persekitaran mereka dan menyebabkan mereka mengalami gejala teknostres. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan kerana mereka telah serik, takut, atau fobia daripada menggunakan teknologi. Perasaan takut, bimbang, rungsing, serik, atau fobia ini merupakan antara impak negatif teknologi ke atas tindakan, fikiran, tingkahlaku, dan fisiologi badan individu. Teknostress disifatkan sebagai reaksi individu terhadap teknologi dan bagaimana individu tersebut berubah akibat daripada pengaruh teknologi . Kesan daripada teknostress sudah pasti akan menjejaskan imej dan reputasi sesebuah sekolah apabila para guru yang merupakan mekanisme saluran penyampaian ilmu mengalami gejala ini pada tahap yang tinggi. Di samping itu, impak negatif seterusnya ekoran perkembanagn ICT adalah lambakan kerja dan tugas guru .Guru terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran dan pengurusan menjejas tumpuan terhadap tugas hakiki sebagai pendidik. Guru kini bukan saja bertindak sebagai pendidik dan mengajar, malah terpaksa menyediakan laporan tugas mereka. Kajian menunjukkan tugas dan tanggungjawab guru meningkat setiap tahun. Peningkatan ini kesan transformasi sistem pendidikan yang membabitkan penggubalan dasar dan sistem. Sebagai contoh, SPPBS telah dibangunkan secara atas talian bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kesannya, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah membebankan para guru dengan tugas-tugas pentaksiran. Saya telah

menyaksikan senario ini di sekolah tempat saya menjalani praktikum di mana guru-guru kerap merungut mengenai proses keep in maklumat murid yang rumit dan menyusahkan. Selain itu juga, guru-guru turut mendakwa bahawa talian sistem sangat lambat pada siang hari dan mereka terpaksa bangun pada 3 pagi semata-mata untuk keep in maklumat pelajar ke dalam sistem.

12

Sistem SPPBS Bukan itu sahaja, para guru yang mengalami masalah kekangan kurang kemahiran ICT menerima impak negatif ekoran perkembangan pesat ICT dalam sistem pendidikan. Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia. Kurang

mahir dalam penyediaan bahan mengajar dalam ICT menyebabkan guru tidak dapat menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan berkesan dalam memudahkan pengajaran serta pemahaman pelajar. Tambahan lagi apabila guru tidak mahir dalam penggunaan ICT, mereka akan mengambil masa yang lama untuk membuat pemasangan seperti LCD projektor dan hal ini akan mengurangkan masa mengajar mereka. Sepatutnya ICT sangat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi apabila guru kurang mahir dalam selok belok pengggunaan ICT selalunya guru akan memilih untuk tidak menggunakan ICT dalam pengajaran. Bagi menjawab soalan tugasan, saya dapat simpulkan bahawa

perkembangan ICT membawa impak yang negatif kepada guru kerana mendorong kepada gejala teknostress dan menambah bebanan kerja guru.

13

7.0

AKIBAT TERHADAP SEKOLAH Tujuan pembudayaan ICT di sekolah adalah untuk memantapkan

pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. Namun yang demikian, walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana bahan berasaskan ICT

memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran. Namun yang demikian, masalah dalaman ini tidak diketahui umum. Kesannya, kredibiliti sekolah dipersoalkan kerana prestasi pelajar yang tidak seberapa walhal prasarana ICT telah disediakan. Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain. Kesannya, sekolah tidak dapat mencapai keputusan target purata yang telah ditetapkan ekoran beberapa pelajar yang ketiggalan tidak dapat mencapai target. Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di sekolah. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan

pengalaman sebenar.

14

Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Pelajar akan terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi pelajar di sekolah. Bagi menjawab soalan tugasan, saya dapat simpulkan bahawa

perkembangan ICT membawa impak yang negatif kepada sekolah kerana menyebabkan kredibiliti sekolah dipersoalkan, menjejaskan perkembangan komunikasi pelajar di sekolah dan juga sekolah tidak dapat mencapai keputusan target purata yang telah ditetapkan.

15

PELAJAR

lalai dalam menumpukan perhatian terhadap akademik menyumbang kepada berlakunya gejala-gejala sosial prestasi akademik pelajar merosot.

GURU

gejala teknostres kekangan kurang kemahiran ICT

SEKOLAH

kredibiliti sekolah dipersoalkan sekolah tidak dapat mencapai keputusan target purata yang telah ditetapkan kurang memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di sekolah. menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi pelajar di sekolah.

16

8.0

PENUTUP/KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, setelah menganalisis semua kesan dan akibat

perkembangan ICT terhadap pelajar, guru dan sekolah, saya mendapati selain impak positif, impak negative juga turut timbul ekoran perkembangan pesat ICT. Seperti yang telah saya jelaskan terdahulu, kesan adalah impak postif manakala akibat pula merupakan impak negatif. Saya telah menghuraikan dengan terperinci di dalam penulisan laporan saya kesan serta akibat daripada perkembangan ICT. Oleh yang demikian,pada pandangan peribadi saya sebagai bakal guru, saya menyeru semua warga pendidik agar bersiap sedia menghadapi perkembangan ICT yang lebih pesat menjelang wawasan 2020. Hal ini demikian, dunia semakin mencabar and golongan pendidik merupakan golongan yang ahrus bersiap sedia denagn cabaran modenisasi untuk bersaing secara sihat dengan negara-negara membangun lain untuk melahirkan modal insan yang bertaraf antarabangsa. Selain itu juga, guru sebagai rol model harus sentiasa menunjukkan keperibadian dan tingkahlaku yang baik sejajar dengan title pendidik yang dipegang. Pepatah melayu ada mengatakan, Guru kencing berdiri, m urid kencing berlari. Pepatah ini membawakan perumpamaan betapa penting seorang guru mempunyai sahsiah yang baik memandangkan bukan sahaja perbuatan, malah imej guru turut menjadi ikutan. Saya sendiri mengalami situasi ini semasa berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah pada semester lalu di mana penampilan dan cara pemakaian saya sentiasa diperhatikan oleh pelajar-pelajar sekolah. Pelajar sering memuji penampilan saya yang kemas dan terdapat beberapa orang pelajar perempuan meminta saya untuk mengajar mereka cara untuk memakai tudung seperti saya. Saya berasa bangga untuk membawakan imej guru yang kemas dan tertib sesuai dengan profesion saya sebagi pendidik.

17

Jadi, apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa bagi menghadapi cabaran modenisasi dan perkembangan ICT, guru sendiri yang perlu menyediakan diri pada tahap yang optimum dalam semua aspek supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan RMK-9. Perdana Menteri berpendapat, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga satu cabaran terbesar. Justeru, siapakah yang bakal menyahut cabaran Perdana Menteri andai bukan warga pendidik? Tepuk dada tanya hati .

18

9.0

SUMBER RUJUKAN

Rujukan Buku Ab. Rahim Selamat (2000). Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan). Johor : Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Fred Percival dan Henry Ellington (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa and Pustaka. Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng (1995). Guru dan Perkembangan Negara. Selangor Darul Ehsan :Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab.Rashid (1988). Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Bahasa. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008). Teks Komprehensif Penilaian Tahap Kecekapan Kompetensi Umum :Teras. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A.Rasdid dan rakan-rakan (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rozinah Jamaluddin (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rujukan Laman Sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat dimuat turun pada 1 September 2013 http://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-teknologi-maklumat/ turun pada 31 Ogos 2013 dimuat

http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1486 dimuat turun pada 31 Ogos 2013 2013 http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=MAT&b=JAN&m=4&r= m&i=NOTA dimuat turun pada 1 September 2013 http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index September 2013 dimuat turun pada 1

19

Anda mungkin juga menyukai