Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA : 23 Julai hingga 27 Julai 2012

Minggu ini merupakan minggu yang sangat bermakna kerana pada minggu ini saya beserta lima orang lagi rakan yang lain mula menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa. Ini merupakan kali kedua saya menjalani praktikum. Memandangkan pada semester lepas, saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Dato Kramat, saya secara tidak langsung membandingkan sekolah ini dengan SK Dato Kramat dalam diam-diam. Sebagai contoh, sekolah ini lebih besar dan mempunyai halaman yang luas termasuklah padangnya. Manakala SK Dato Kramat terpaksa berkongsi padang dengan SK Francis Light ekoran kawasan yang sempit tidak mengizinkan SK Dato Kramat untuk mempunyai padang sendiri. Namun yang demikian, saya akui setiap sekolah mempunyai kelebihan masingmasing. Saya dapati murid-murid SK Dato Kramat lebih menghormati guru berbanding murid SK Seri Sentosa. Ya, saya sangat merindui SK Dato Kramat. Namun yang demikian, saya memujuk hati ini dengan menyatakan bahawa saya perlu mengharungi cabaran ini dan belajar untuk bangkit dan mengatasinya dengan cara tersendiri. Setibanya saya di perkarangan sekolah, kami semua disambut oleh Penolong Kanan 1,Puan Noorin binti Abdul Rahman. Beliau telah mengaturkan jadual waktu pengajaran kepada kami semua. Saya dan rakan, Nur Salsabila telah diberikan 9 jam waktu pengajaran iaitu tujuh waktu Matematik dan dua waktu Pendidikan Jasmani. Bagi subjek Matematik,saya ditugaskan untuk mengambil alih kelas 4 Cemerlang dan bagi subjek Pendidikan Jasmani, saya diberikan mandat untuk mengendalikan kelas 2 Bestari. Namun yang demikian, saya dapati murid kelas Bestari lebih sukar dikawal jika dibandingkan dengan murid kelas Cemerlang

Memandangkan sepanjang minggu ini iaitu bermulanya hari Selasa `sehingga hari Khamis murid tahun 3, 4, 5 dan 6 menduduki peperiksaan UP 2, jadi saya belum mula mengajar. Oleh itu, seteleh selesai relief, bagi mengisi masa terluang, saya hanya melengkapkan buku rekod pengajaran serta portfolio individu. Kami, guru-guru praktikum juga dijemput oleh Guru Besar, Puan Hjh Che Jamaliah bt Hj Musa untuk menyertai Mesyuarat Kurikulum Kali ke-3 yang bertempat di Bilik Mesyuarat SK Seri Sentosa. Hal ini telah memberikan saya pengalaman seperti seorang guru sebenar kerana perlu menghadiri mesyuarat guru yang diwajibkan kepada semua guru. Saya sangat teruja untuk menimba pengetahuan baru di sekolah ini. Di dalam mesyuarat tersebut, kami guru-guru praktikum secara tidak langsung didedahkan dengan isu-isu sekolah seperti headcount, Program Penyayang dan juga mesyuarat panitia. Secara peribadinya, saya sangat kagum terhadap suasana sekolah ini yang sangat ceria. Tandas sekolah paling menarik perhatian saya. Menurut Guru Besar. Sekolah ini masih belum mencapai tahap kluster disebabkan oleh pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Oleh sebab itulah semua guru sedang bertungkus-lumus meningkatkan prestasi pelajar dengan melaksanakan pelbagai program seperti kelas tambahan setiap pagi bagi murid yang lemah bermulanya pukul 7.15 pagi sehingga pukul 7.45 pagi. Saya berharap agar minggu hadapan bermulanya titik tolak yang baik kepada saya sebagai salah seorang warga pendidik SK Seri Sentosa. Doakan saya kawan-kawan !

PENULISAN JURNAL MINGGU KEDUA : 29 Julai hingga 3 Ogos 2012

Minggu ini bermulalah minggu yang mencabar bagi saya. Saya memulakan minggu ini dengan mengajar subjek Matematik kelas 4 Cemerlang. Terdapat hanya 19 orang pelajar dalam kelas ini. Mungkin bilangan tersebut memberikan gambaran yang melegakan kepada saya namun yang demikian setelah menyelidik daripada guru Matematik kelas ini, saya dapati terdapat tiga orang murid kelas ini yang merupakan pelajar pendidikan khas iaitu Hazwan, Mishalini dan Nelson. Mereka bertiga sepatutnya dimasukkanke kelas pendidikan khas namun ibu bapa mereka meminta kepada pihak sekolah agar anak-anak mereka dimasukkan ke kelas biasa. Saya belajar banyak pengalaman baru terutamanyapengalaman mengendalikan murid pendidikan khas ini. Nelson seorang murid yang sukar menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Begitu juga dengan Hazwan. Situasi ini sangat mencabar kredibiliti saya sebagai seorang guru. Sementelah lagi saya hanya belajar bidang Matematik, saya mempunyai zero pengalaman dan pengetahuan mengendalikan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini. Namun hal ini tidak mematahkan semangat saya bagi memastikan mereka bertiga bersemangat untuk menuntut ilmu. Namun yang demikian, saya sangat gembira walaupun Nelson tidak faham apa yang beliau pelajari, beliau sentiasa menghantar latihan untukdi semak oleh saya. Begitu juga dengan Mishalini. Pada hari pertama saya masuk ke kelas 4 Cemerlang, Mishalini tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya. Namun, saya dapati beliau semakin tertarik terhadap saya kerana Mishalini sudah semakin dapat memberikan perhatian terhadap pengajaran saya dan bukan itu sahaja, jika disoal di dalam kelas, Mishalini banyak mengambil bahagian denagn memberikan pendapat dan pandangan beliau. Saya sangat gembira dengan perubahan ini. Di sudut yang lain pula, saya akui saya sangat sukar untuk bersikap garang terhadap murid-murid saya. Saya sanagt bersimpati dengan mereka. Tambahan pula, hati kecil saya menyatakan bahawa tidak perlu garang untuk menyampaikan ilmu kerana ilmu itu cahaya dan sesuatu yang mulia jadi sangat tidak wajar cahaya

disalurkan dengan secara paksaan. Saya sangat sayangkan murid-murid saya terutamanya murid tahun 4 Cemerlang. Oleh yang demikian, saya berusaha dengan menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian mereka agar berminat dalam pengajaran saya dan bersemangat untuk menyiapkan kerja rumah yang saya berikan. Antara inisiatif yang saya ambil ialah saya menyediakan tasksheet kepada mereka sebagai latihan pengukuhan seusainya sesi pengajaran dan bukannya worksheet. Tasksheet memerlukan murid untuk melengkapkannya sebelum berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Manakala worksheet atau nama lainnya kerja rumah merupakan latihan pengukuhan yang perlu disiapkan oleh pelajar di rumah. Saya mahu semua pelajar saya menyiapkan tasksheet on the spot dan terus menghantarnya kepada saya agar saya boleh menyemaknya di rumah dan boleh membawa tasksheet yang telah disemak untuk diserahkan semula kepada mereka pada keesokan harinya. Kesannya, murid-murid saya bersemangat untuk menghantar tasksheet mereka untuk disemak kerana pada keesokan harinya saya akan mengumumkan individu yang mendapat markah penuh dan mendapat token. Saya bersyukur kerana teknik saya untuk menarik minat mereka menyiapkan latihan pengukuhan berjaya. Saya mengambil iktibar daripada praktikum lepas.pada praktikum lepas, hanya segelintir daripada pelajar saya kelas 5 Jaya yang menghantar worksheet yang saya berikan kepada mereka. Oleh yang demikian, saya tidak dapat menganalisa sama ada pengajaran saya berkesan ataupun tidak kerana penilaian dibuat berdasarkan pencapaian murid. Saya berharap agar murid-murid saya dapat mengekalkan disiplin sebegini bagi mingguminggu yang seterusnya insha ALLAH.

Anda mungkin juga menyukai