Anda di halaman 1dari 1

Nama permainan: Galah panjang Nama: Muhammad Zulhairi bin Zulkifli : Haryati binti Ismail : Norafidah binti Mohamad

1) Peraturan, cara bermain dan cara untuk mengira pemenang.

i. ii. iii.

iv. v. vi. vii.

Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

2) Syarat-syarat permainan i) Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. ii) Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

3) Senarai peralatan yang diperlukan. i) Tepung gandum ( dari stor) ii) Tali skipping ( dari stor )

4) Anggaran perbelanjaan yang perlu beli Tiada -

5) Masa bermain : 10 minit 6) Bilangan pemain : 10 orang

Anda mungkin juga menyukai